Tuesday, December 4, 2012

full of shit.

Pada pandangan aku manusia semua adalah hipokrit, pendapat aku-lah, tapi tiada satu orang diatas kulit bumi ini mahu dipanggil hipokrit kerana merasakan panggilan tersebut satu kekejaman atau humilitasi terhadap orang lain.

Don’t you ever think that you are not a hypocrite, Where am I in your imaginary rank and where are you in mine? Are you true to yourself? Or am I true to myself when I am with you.?  Atau semua-nya adalah satu drama pentas bila berhadapan dan berlainan bila membelakang. Sama seperti filem filem lesu arahan anak anak Yusof Haslam.

Jangan jadi seperti orang ramai-ramai yang cepat berasa selesa, cepat menjatuhkan kesimpulan dan hukuman, dan cukup gemar memberi title kepada kawan atas bayangan yang bermain dalam kubikel sempit otak kau.

It has been fucking years aku hidup dengan menjaga hati kawan kawan, it has been more fucking years aku hidup dengan jatuh bangun kawan kawan, it has been fucking years juga aku teraba raba mencari makna dan hala tujuan hidup juga dengan kawan kawan, it has been fucking years aku hidup bergelumang dengan saki daki dosa kawan kawan, it has been fucking years juga aku bergelumang dengan tahi dan najis kawan kawan.

Sebelum kau membuat penghakiman. Aku mahu kau ingat, ingat, untuk membuat keputusan banyak perkara harus difikirkan, tambah lagi jika ia berkait rapat dengan kawan kawan yang berdamping susah atau senang, kalah atau menang, hidup juga mati. Atas sebab apa, aku dilahirkan sebagai kawan yang sangat meng-agungkan friendship, mungkin aku juga sedikit selfless, self-sacrificing, considerate, magnanimous, altruistic, atau full of shit.

arkib -2011-

Wednesday, October 10, 2012

Offkey 4


Aku sedang lari. Lari dari entah apa yang mengejar. Atau mungkin sedang berlari mengejar entah apa. Jantung aku pantas walau jasad aku diam. Dalam darah aku, semacam ada getar-getar yang tidak sunyi dari kritikan terhadap lagak diri yang tenang dan gembira.

Kita akan bertemu, nanti.
..

Aku mahu masuk dalam hati dia, dengan diam dan sungguh berhati-hati barangkali berjinjit seakan-akan pencuri  menggodam kewarasan dia dengan senyuman paling memukau, lalu dengan suara yang terketar-ketar seperti menanggung berat kerahsiaan sesuatu khabar, beritahu dia dengan bunyi yang hampir-hampir kedengaran berbisik, “Aku jatuh cinta.”

Ia satu peperangan. Dan tentera aku adalah imej-imej maya bersenapang-kan persepsi tentang diri aku yang berlegar dan mengepung pemikirannya.

...........
Pada kamu.

Sunday, August 26, 2012

Mercy

Bagai menyeret beban-beban yang tak menghilang, menghadap realiti dengan jiwa yang memberat dengan penafian kebenaran, memikul jasad yang terpasung dengan belenggu mungkar dosa-dosa semalam, dan setiap nafas yang dihirup, jantung berderai dengan pedih rasa-rasa anti-kehidupan.

Aku renung ruang putih yang terbentang sebelum mata. Jari-jemari sedari tadi mengais-ngais keyboard; cuba mencantum huruf-huruf yang dapat memuntah-kan maksud yang tak terkata oleh mulut dan ternyata-nya, tiada apa yang mampu aku aturkan kecuali terus-terusan merenung silau.

Setiap kali ada kata yang mampu terluah, akan terwujud pula kekesalan, dan setiap kali terwujud-nya kekesalan, terus, aku hancur-kan segala apa yang aku mula-kan. Setiap kali. Setiap kali.

Everything was not good enough. Every word was not fit within. Semua macam hilang, kotor, kosong, kabur, dan terbang melayang.

"Jika bukan kerana takdir yang tergelincir-- *inhale*

........
I should revolutionize my approach toward people. Life is an alone journey, it gets better only if you have Real companies along the course. Do you have one.? *exhale*

Thursday, July 26, 2012

Offkey 3

Lewat ini, semacam timbul seribu satu kalut dalam fikir. Seperti, waiting to explode, begitu. Cuba untuk occupy-kan diri, hilang-kan diri, lari-kan diri, nyahpeduli-kan semuanya, anyhow, rasa guilt tetap mengekori, seperti bayang-bayang.

Dia bilang, aku macam orang lain. Tak sama tak serupa dan sentiasa bermisteri, gaya cakap-nya seperti saja dia sudah mengenali aku sejak 20 tahun.

Banyak persepsi tentang hidup aku kini perlahan-lahan menjadi ringan dan jinak. Mild. Semakin malas. Mungkin petanda yang aku semakin grow up; satu perkara yang aku tidak mahu berlaku.

Percanggahan tentang apa yang kau pegang selama ini dengan apa yang sebenarnya berlaku akan merobohkan tembok ego kau. And as old ideas die hard, aku juga masih terpana dengan setiap penemuan yang berlawanan dengan hukum tafsir dan logik kepintaranku, dan di situlah titik konflik emosi aku tercetus dan hangus.

Dan perasaannya, seperti kau berenang melawan arus.

.....
Aku cuma mahu, hidup mudah,  jarang berkonflik dengan persekitaran, mati muda, masuk syurga dengan iman yang tepat pada tuhan.