Wednesday, December 28, 2011

apostrophe 13

"Aku mahukan dia" kata lelaki 1

"Well, goodluck" aku kata

"Aku dah penat berdoa, aku dah letih berdoa" kata dia lagi penuh dramatik dengan kerut kerut muda di dahi.

Aku cuma mampu tersenyum dan telan air liur tawar.

Sebentar- Hentikan sebentar tentang karut marut cinta gila.
.....

Bila umur semakin meningkat dan bertambah jangkamasa antara hidup semakin memendek, kita mulai sedar tentang banyak - banyak perkara. Kadang-kadang, jika kita mampu henti-kan masa sejenak, dan menyorot kembali segala hal-hal dan usaha-usaha penjelajahan yang telah kita jalan-kan, yang konon-nya menjadi-kan diri kita, kita; sebenar-nya kita masih tidak mampu menimbus jutaan tanda tanya tentang erti sebuah kehidupan, tujuan, kebenaran pegangan dan pilihan kita, dan apa yang benar-benar kita perlu.

2011, bergerak macam petir langit afrika. Laju. Ganas. Bumi juga semakin memperlihat-kan karektor sebenar. Teman-teman datang dan pergi, yang kita anggap sebagai bukti kewujudan dan keberadaan kita, semakin menjauhi diri kita, atas sumpahan komitmen, kerjaya, keluarga, cinta, takdir dan *kau nyata-kan sendiri*

Akhir-nya, kita akan terbuka mata kerana yang tinggal cuma, jiwa kita sendiri yang berseorangan bekerja keras, bergelandangan memekik dan berteriak menonjol diri agar di sedari dan di hargai.

Kita, secara teknikal-nya, menyibuk-kan diri daripada kekalutan yang sama sahaja. Jika Aung San Suu Kyi berjuang untuk Myanmar yang demokratik, Mahmoud Ahmadinejad untuk sebuah Iran yang bebas dari cengkaman sekatan ekonomi dan tuduhan sunni liar, Barack Obama berhempas-pulas untuk mengekal-kan kerajaan unilateral-nya, Anwar Ibrahim bermati-matian cuba mempertahan-kan reputasi sebagai tokoh reformasi-nya daripada di-musnahkan dengan tuduhan sodomi, realiti-nya, kita semua bertungkus-lumus untuk meliberal-kan kekosongan daripada terus-menerus menghuni salur-salur darah kita.

Aku tak harap-kan malaikat turun menghulur skrol perutusan dari langit tentang apa yang perlu aku lakukan. Aku tak minta untuk tumbuh sayap supaya aku boleh terbang bebas mengelilingi dunia dan mengkaji pemikiran-pemikiran-nya dan makna-makna-nya. Aku tak ingin manjadi ahli dalam simposium-simposium menyelamat-kan dunia.

Tahun Masihi yang bakal menjenguk ini, aku tak perlukan apa apa. Aku tak perlukan sebarang rasa rasa yang buat aku rasa bodoh dan hodoh.

Jadi 2012, selamat datang. And to the universe, jangan lagi men-cemburui aku.
........
Ya, kamu hanya pentingkan diri sendiri. Aku yakin bahawa satu hari nanti kamu akan mula merasakan-nya.

Tuesday, December 20, 2011

Amuse me Mammals.

Chromosome Xy

Sedang memandu bersama beban muatan merbahaya yang dikendong berat tambah pula kisah dongeng yang menyempitkan lagi ruang kewarasan. Ditambah lagi sisa asap hitam yang diserap masuk bersama udara cemar disekeliling yang penuh dengan sampah sarap dan roti roti berkrim yang tarikh luputnya mula berlegar dan bau hanyir air longkang yang dia hidu hingga tersumbat lubang hidung yang mengakibatkan bulu bulu hidungnya gugur kesemuanya dan mati.

Chromosome Xx

Sedang duduk dikerusi mahal ditemani chromosome Xy pilihan hatinya disalah sebuah pulau yang paling cantik bersama Blackberry dan ber-tweet- tweet dicampur dengan angin madu lembut meniup sayup sayup hingga hampir membuatkan dia hampir horny setengah mati sambil minum epal susu paling sedap didunia tanpa iringan lagu mendayu nyanyian Air Supply yang konon pernah ditangisi satu masa dulu.


*mereka pernah bersama. Dulu.

Heh,
Dalam diam, aku mulai muak dalam persekitaran hancing dengan kecelaruan dan kekalutan mengejar dunia.
Saat itu kalau kau tahu, betapa berkecainya aku bila memahami pedih kebenaran dan melihat engkau tidak lagi berkongsi lagi rasa rasa dalam hati. Dengan text text yang tergantung, aku mula membayangkan kewujudan-nya mula melarut dalam gelap pandangan.

Kita hanyalah puppet of our subconscious desire(s), dan kau telah buktikan pada aku bahawa keinginan keinginan kau wahai perempuan perempuan adalah mustahil untuk ditunaikan.

Aku memecut kereta buruk-ku ke lebuhraya. Telan air liur kelat, asap asap nikotin berlingkar keluar dari tingkap kereta. Deep inside, tertinggal sedikit saki baki harapan, bahaw satu masa O satu masa, kau akan dapat apa yang kau kejar-kan.

................
Dan bendera merah yang engkau gemburkan adalah tidak wujud dalam nadi ke jantanan aku kerana aku bukanlah puppet of counterfeiter yang hanya mengandal dan mengadaikan sesuatu kepercayaan pegang-an.

...............
The truth is, I lost the vibe and I am a bit demanding confronting with the silliest drama around. Pure angst and pure grudge, and, I smelled a rat in the matter.

Thursday, December 15, 2011

Suara Keadilan

Aku memandu perlahan kereta buruk-ku atas federal di laluan paling kiri dengan harapan dapat menghenti masa, dia di sebelahku, memaut lenganku dan kepalanya selesa di bahu kiriku, tapak tangan kiriku memegang erat tapak tangan kanan-nya, stereo radio berulang-ulang-kali menyanyikan rangkap, “Closer, closer, lean on me now, lean on me now,”.

Cuaca yang brilliant. Traffic yang ideal. Mood yang wonderful. Perfect.


Dari sisi tepi dan dibayangi haruman sisir rambut-nya, aku cuba curi-curi menangkap riak wajah cantik-nya.

Well, most of time, word is meaningless, when the moment is priceless.


Tuhan, aku hanya mahu hangat degup jantung ini, kekal.
Tapi sayang semua hanya khayalan
................

Saturday, December 10, 2011

Lord

I'm doing all i can

I sit and talk with god, explain everything and i think He just laughs to my plans.



Does that mean that subconsciously I want(ed) to be saved.? 

Having a disease like this means that there are times when I may trip. It’s like having a seizure. You just can’t plan for it. It happens and you deal with it as best you can. It hits you and you pick yourself right up, check for damage or injury and you carry on. 
.....
Heh, When I told you that I didn’t believe I have the capacity to love, I think you misunderstood. It’s not that I fear intimacy. Perhaps I do – a little bit. But it’s not a fear of abandonment so much as an inability to feel. How do you say that you don’t want something when you have never had that in your life.? How do you know you don’t want it or you don’t like it when you have never experienced it.?

Saturday, December 3, 2011

Reflection 13

Ada gugusan tak cerna, ada pelaksanaan tak terlaksana, ada rangka tak terisim ada keributan tak terluah, ada kesinambungan tak tersambung, keseluruhan ada momentum luar yang mengacau tempo dan fokus tumpu. Setiap hari dihadapan cermin memperagakan susuk tubuh yang kian lusuh.


Kesakitan perasaan ini, telah berubah kepada rasa kesedihan, dan kesedihan rasa ini, perlahan-lahan bertukar menjadi riak-riak kemarahan.


Dalam riuh kemarahan ini, aku tahu, lambat laun pasti akan berganti dengan api kebencian; saat di mana senyuman menjadi terlalu pahit dan terlalu sukar, untuk aku laksanakan.

Senyum-lah,
Masa-masa yang ada ini, aku hanya mahu tersenyum.

...
Bila difikir balik- the worst crime i ever committed which seperate us was - i let myself fall in love with her dan dia tak dapat melihatnya.