Tuesday, December 4, 2012

full of shit.

Pada pandangan aku manusia semua adalah hipokrit, pendapat aku-lah, tapi tiada satu orang diatas kulit bumi ini mahu dipanggil hipokrit kerana merasakan panggilan tersebut satu kekejaman atau humilitasi terhadap orang lain.

Don’t you ever think that you are not a hypocrite, Where am I in your imaginary rank and where are you in mine? Are you true to yourself? Or am I true to myself when I am with you.?  Atau semua-nya adalah satu drama pentas bila berhadapan dan berlainan bila membelakang. Sama seperti filem filem lesu arahan anak anak Yusof Haslam.

Jangan jadi seperti orang ramai-ramai yang cepat berasa selesa, cepat menjatuhkan kesimpulan dan hukuman, dan cukup gemar memberi title kepada kawan atas bayangan yang bermain dalam kubikel sempit otak kau.

It has been fucking years aku hidup dengan menjaga hati kawan kawan, it has been more fucking years aku hidup dengan jatuh bangun kawan kawan, it has been fucking years juga aku teraba raba mencari makna dan hala tujuan hidup juga dengan kawan kawan, it has been fucking years aku hidup bergelumang dengan saki daki dosa kawan kawan, it has been fucking years juga aku bergelumang dengan tahi dan najis kawan kawan.

Sebelum kau membuat penghakiman. Aku mahu kau ingat, ingat, untuk membuat keputusan banyak perkara harus difikirkan, tambah lagi jika ia berkait rapat dengan kawan kawan yang berdamping susah atau senang, kalah atau menang, hidup juga mati. Atas sebab apa, aku dilahirkan sebagai kawan yang sangat meng-agungkan friendship, mungkin aku juga sedikit selfless, self-sacrificing, considerate, magnanimous, altruistic, atau full of shit.

arkib -2011-

Wednesday, October 10, 2012

Offkey 4


Aku sedang lari. Lari dari entah apa yang mengejar. Atau mungkin sedang berlari mengejar entah apa. Jantung aku pantas walau jasad aku diam. Dalam darah aku, semacam ada getar-getar yang tidak sunyi dari kritikan terhadap lagak diri yang tenang dan gembira.

Kita akan bertemu, nanti.
..

Aku mahu masuk dalam hati dia, dengan diam dan sungguh berhati-hati barangkali berjinjit seakan-akan pencuri  menggodam kewarasan dia dengan senyuman paling memukau, lalu dengan suara yang terketar-ketar seperti menanggung berat kerahsiaan sesuatu khabar, beritahu dia dengan bunyi yang hampir-hampir kedengaran berbisik, “Aku jatuh cinta.”

Ia satu peperangan. Dan tentera aku adalah imej-imej maya bersenapang-kan persepsi tentang diri aku yang berlegar dan mengepung pemikirannya.

...........
Pada kamu.

Sunday, August 26, 2012

Mercy

Bagai menyeret beban-beban yang tak menghilang, menghadap realiti dengan jiwa yang memberat dengan penafian kebenaran, memikul jasad yang terpasung dengan belenggu mungkar dosa-dosa semalam, dan setiap nafas yang dihirup, jantung berderai dengan pedih rasa-rasa anti-kehidupan.

Aku renung ruang putih yang terbentang sebelum mata. Jari-jemari sedari tadi mengais-ngais keyboard; cuba mencantum huruf-huruf yang dapat memuntah-kan maksud yang tak terkata oleh mulut dan ternyata-nya, tiada apa yang mampu aku aturkan kecuali terus-terusan merenung silau.

Setiap kali ada kata yang mampu terluah, akan terwujud pula kekesalan, dan setiap kali terwujud-nya kekesalan, terus, aku hancur-kan segala apa yang aku mula-kan. Setiap kali. Setiap kali.

Everything was not good enough. Every word was not fit within. Semua macam hilang, kotor, kosong, kabur, dan terbang melayang.

"Jika bukan kerana takdir yang tergelincir-- *inhale*

........
I should revolutionize my approach toward people. Life is an alone journey, it gets better only if you have Real companies along the course. Do you have one.? *exhale*

Thursday, July 26, 2012

Offkey 3

Lewat ini, semacam timbul seribu satu kalut dalam fikir. Seperti, waiting to explode, begitu. Cuba untuk occupy-kan diri, hilang-kan diri, lari-kan diri, nyahpeduli-kan semuanya, anyhow, rasa guilt tetap mengekori, seperti bayang-bayang.

Dia bilang, aku macam orang lain. Tak sama tak serupa dan sentiasa bermisteri, gaya cakap-nya seperti saja dia sudah mengenali aku sejak 20 tahun.

Banyak persepsi tentang hidup aku kini perlahan-lahan menjadi ringan dan jinak. Mild. Semakin malas. Mungkin petanda yang aku semakin grow up; satu perkara yang aku tidak mahu berlaku.

Percanggahan tentang apa yang kau pegang selama ini dengan apa yang sebenarnya berlaku akan merobohkan tembok ego kau. And as old ideas die hard, aku juga masih terpana dengan setiap penemuan yang berlawanan dengan hukum tafsir dan logik kepintaranku, dan di situlah titik konflik emosi aku tercetus dan hangus.

Dan perasaannya, seperti kau berenang melawan arus.

.....
Aku cuma mahu, hidup mudah,  jarang berkonflik dengan persekitaran, mati muda, masuk syurga dengan iman yang tepat pada tuhan.

Wednesday, July 4, 2012

apostrophe 17

Ramai teman-teman semasa alam belajar baik dari menengah atau universiti tiba-tiba menjadi over-concern for money, position and glory. Semua seperti cemburu jika seseorang daripada rumpunan teman-teman mereka mendapat kenaikan gaji, naik pangkat, kerja dengan big company, mahupun berkereta mewah.

Dan diskusi jika bertemu mereka, pastinya berkisarkan rungutan dan keluhan. Money, position and glory. Tiada lagi idea-idea agung mahu mengubah dunia semua-nya tenggelam dalam perut bulat mereka.

"How much you make in a year?"

Soalan dan frasa kata biasa pembuka tirai rungutan dan keluhan. Jika kamu fikir melalui nadanya yang seperti mahu mengambil tahu pasal kamu, kamu silap. You're dead!

Mahu saja aku tinggikan suara, "I'm doing fucking good.

Setiap patah kata yang keluar dari mulut kamu adalah substance bagi mereka untuk soalan seterusnya. Racun bagi kamu. Mereka sebenarnya bukan mahu tahu perihal kamu sangat tetapi mahu menjadikan diri kamu sebagai suatu bentuk perbandingan dengan keadaan mereka. Mereka mahu menguji sama ada mereka lebih bagus atau pun lebih teruk dari kamu.

Atau lebih mudahnya, mahu tahu tentang berapa banyak duit yang kamu ada, dan jika-kamu-ada-lubang-yang-boleh-buat-aku-lagi-kaya-sila-tunjukkan-jalan.

Money, position and glory. Terlalu lapar untuk kaya, terlalu dahaga untuk kedudukan dan kesenangan.

"Someday," aku kata, "you will meet a man who cares for none of these things. Then you will know how poor you are.!" meminjam kata-kata Rudyard Kipling.

"Well," mereka jawab, "you will never change.!"

"What? A multi-complicated and fussy guy who love to cook?"

"KAH KAH KAH !" mereka gelak.

Mungkin aku patut jauhi mereka. Mereka tak suka Radiohead. Mereka tak kenal Ian Curtis. Mereka benci vokal Robert Smith. Mereka anggap pop art adalah pelecehan terhadap seni dan simbol ketidakmatangan. Mereka faham hidup dari perspektif yang sangat mudah lagi sempit. Dan mereka tak pernah menonton filem Perfume.

Mereka hanya dengar lagu Super Junior, mereka hanya kenal Justin Bieber dan mereka anggap K-Pop adalah satu lambang keagungan seni. 


Kehidupan menyenangkan itu sebenarnya, diukur bukan dengan betapa banyaknya duit hijau yang kamu pikul dalam saku kamu, tetapi dengan apa yang kamu ada dan heret di dalam otak dan hati kamu.

Reunion? My Butt. Huh!

Wednesday, May 23, 2012

Reflection 15

Hidup keseluruhan adalah pengulangan, berulang berulang dan ulang satu perkara yang sama. Mungkin tidak setiap hari, mungkin seminggu sekali atau setahun setahun berkali kali.

Hidup setiap hari adalah pengulangan seperti satu sistem robot yang telah di set kan untuk mematikan tujuan asal hidup di dunia. Bangun, mandi, sarapan, kerja, balik, lepak, tidur. Esoknya Bangun, mandi, sarapan, kerja, balik, lepak, tidur. Mungkin berbeza untuk sesetengah orang cuma perlu tambah perkataan seks sebelum tidur atau selepas tidur.

Kamu.? Bangun, mandi, kerja, makan, tidur, bangun mandi, kerja, makan, tidur. Atau bangun, kopi, sosial, mabuk, membiak, tidur, bangun, kopi, sosial, mabuk, membiak, tidur. Dan hari ahad, rasa sedikit gembira kerana cuti dan tak payah bangun pagi.

Olimpik.? Komanwel.? Sea.? Thomas Cup.? Euro.? Fifa.? Liga Malaysia.? Liga Super atau Piala Sultan Azlan.? Semuanya adalah pengulangan.

Lihat saja lagu yang enak enak di dengar, semuanya pengulangan contoh cord lagu kosong Am Dm G Ce kemudian ulang lagi Am Dm G Ce. Dengan hanya berbekalkan tiga hingga lima cord dan bertahan tiga hingga empat minit dengan lirik yang berulang. Lagu Najwa Latif merenggek renggek mendayu meminta meminta disuakan kasut Black Hammer ke dalam mulut.- Mungkin juga kamu sedang mencarut pada aku -  
I knew it’s far from brilliant, but at least , for a moment, please put aside your prejudice and stubbornness, this is just for an example by the way. Okay.?
  
Nahh, berhenti mengeluh. Pengulangan wujud kerana di dalamnya tersimpan kenikmatan dan orgasm tanpa sedar, yang mana kamu perlu gali dan cari. Sama juga seperti kamu solat 5 kali sehari itu juga adalah pengulangan tapi apa kamu perlu tahu apa kamu dapat dari apa yang kamu buat.

I know, You didn’t buy it. You didn’t buy it.





 


Wednesday, May 16, 2012

apostrophe 16

In this life, money is everything. Please don't go against me. Its the fact. Money can't buy u love but hell it will carve you the path of happiness. Tell me, who wants to hear the cry of a commoner.? Even a wife would leave him alone. Apparently wives now can find a richer guy and tebus talak nowadays. Its all money! Fuck!

Tuesday, March 27, 2012

apostrophe 15

Aku setiap hari cuba untuk tidak selalu memikirkan tentang kehidupan, sikap-sikap manusia dan sifat-sifat manusia. Aku setiap hari cuba untuk menjadi tidak skeptikal mahupun sinikal dalam membandingkan karektor-karektor setiap orang.


Ya, aku sedang cuba menjadi seorang yang lebih liberal, dan lebih bersangka baik dengan kehidupan sekeliling aku. Lebih humanitarian terhadap persekitaran sosial --manusia manusia yang kurang bernasib baik daripada aku.


Kerana kita semua sama sahaja.


Lahir dan hidup di atas muka alam ini sebenarnya berhala-kan hanya pada satu maksud.


Untuk mati dan dihakimi, seterusnya dicampak ke syurga atau ke neraka. Benar?


Namun keliberalan dan keterbukaan juga akan menjadi sia-sia jika tiada limitasi. Setiap perkara akan ada keterbatasannya, bukan? Makan, minum, tidur, berhibur, bersosial. aku faham itu semua.


Apa limitasi aku? Pastinya tidak dapat lari dari unsur-unsur teologi.


Kerana aku juga dididik dengan persekitaran yang menyanjungi Tuhan dan kekuasaanNya, didodoi dan dicandui dengan pemikiran bahawa kehidupan sederhana serta zuhud adalah kehidupan yang diredhai.


Cup! aku tiada ulasan tentang ini.


Dalam perlumbaan untuk mati ini, aku keliru keliru penstereotaipan kamu tentang siapa yang akan masuk syurga-neraka ini.


Aku berpendapat, Tuhan telah jadikan kepelbagaian karektor manusia itu sebagai satu rahmat. Untuk apa? Pastinya ada satu tujuan yang besar yang mungkin tidak dapat dirungkai oleh kapasiti otak manusia macam aku dan kamu. Dan bukan tugas aku dan kamu untuk menggali zat Tuhan. Bukan tugas aku dan kamu juga untuk menilai diri aku dan kamu sendiri mahupun orang lain.


Kamu masuk syurga dengan hanya pakai tudung.? Kamu masuk syurga hanya dengan tutup dada.? Kamu masuk syurga hanya dengan solat.? Kamu masuk syurga dengan tuduh orang lain masuk neraka.? Atau kamu masuk neraka hanya kerana minum bir.?




Cuma-nya lagi, jangan bandingkan kehidupan orang lain dengan kehidupan kamu.Aku dengan cara hidup aku yang begini, dia dengan set sosialnya yang begitu, dan kamu dengan persekitaran kamu yang kamu mahu.


Kamu mungkin beruntung kerana jalan hidup kamu mungkin lurus dan tidak pernah tergelincir. Kamu boleh menghukum orang lain kerana kamu tidak pernah berpeluang untuk menjadi orang yang lain atau menjadi manusia hodoh.


Ya, hodoh pada visualisasi kasar kamu.


Maaf, pandangan mata aku tak dapat menerobos hati-hati korup manusia lain. Aku tidak mempunyai kasyaf seperti kamu.


Oh ya, aku tidak pernah berbangga dengan dosa-dosa aku. Dan aku juga berdoa, agar setiap tutur aku, agar setiap perbuatan aku, agar setiap penulisan aku, tidak menjadi punca untuk kebangkitan golongan-golongan sesat.


Terima kasih untuk nasihat itu, Enchek Ustaz Mungkin Masuk Syurga. Serius. Sangat bermakna. Jumpa lagi. Kita sama-sama bersihkan hati.


Kerana hanya dengan hati yang putih dan suci, amalan kamu diganjari.

2


Ya, hati.


Aku juga jika mampu, mahu hidup seperti kamu yang tiada kegusaran dengan segala macam umpanan kelaghaan dan keinginan duniawi.


*exhale*


Kadang-kala aku terfikir, untuk apa kita semua dihantar ke dunia jika pengakhiran kita semua ini, sebenarnya telah ditentukan oleh yang Maha Mengetahui?


Untuk apa kita semua hidup dalam etika-etika yang ditentukan dan ditetapkan oleh agama dan persekitaran, jika syurga dan neraka itu adalah ihsan dan rahmat dari Yang Berkuasa?


Aku ambil satu contoh, kamu mesti pernah terbaca kisah seorang alim ulama yang mati dalam kekufuran, bukan? Kisah bagaimana di akhir peristiwa, moral yang kita dapat, syurga dan neraka adalah di tangan Tuhan dan bukan ditentukan dengan amalan kerohanian kamu yang hebat?


Maafkan aku. Aku mungkin confuse. Aku mungkin keliru dengan pemikiran ini. Confuse dan keliru ada-lah nama tengah aku barangkali. Tetapi, pada pendapat aku yang jahil ini, sebenarnya tiada jaminan bagi kamu untuk masuk syurga walaupun kamu sujud 1000 tahun. Peluang ke neraka pula seperti ternganga luas.


Untuk melakukan sesuatu yang baik, ada saja penimbal taranya. Semua mahu niat kerana Tuhan. Tanpa nawaitu yang ikhlas, maka keluarlah istilah-istilah ujud, takbur, riak, syirik, dan akhirnya perlakuan yang baik tadi menjadi beban dosa pula.


Kadang-kala juga, aku takut untuk terus hidup. Takut setiap langkah aku makin menghampirkan aku ke neraka. Takut dengan tindak-tanduk aku yang aku sendiri tidak tahu apa yang aku cari dalam hidup.


"Alah, kau ingat kau boleh masuk syurga ke?!"


"Kita semua ni, confirm masuk neraka kau tahu?!"


Kata-kata hilang semangat dari teman-teman.


Aku tak mahu ke neraka. Aku tak suka panas. Aku tak mahu hidup dengan api.


Tapi apa jaminan, yang aku akan selamat dari neraka walaupun aku laksanakan dengan sempurna perintah-perintahNya?


Tiada satu jaminan.


Kerana masuk syurga atau neraka, hak Dia.


*exhale*


.........


Jadi-nya, berusahalah untuk tidak mati,


Esok.

Saturday, March 10, 2012

Reflection 14

Irama-irama sang pujangga merintih perihal eksistensialis menghanyutkan aku dari realiti dunia. Lirik-lirik hampa, tone suara meremangkan roma, melodi-melodi minor dan melankolik, dengan sendirinya membunuh adrenalin aku untuk terus bermimpi indah memeluk fantasi.

"You’re looking for clarity and meaning, but this world, baby, offers neither.."

Life is uncertain. We are living in uncertainty. Dan barangkali, apa erti hidup?

Aku harus katakan ini pada kamu, wahai setiap jiwa.

"Usah, usah, usah gundah tentang esok."

Monday, January 30, 2012

apostrophe 14

Aku beberapa purnama lepas seperti ditikam dengan kenyataan palsu, diejek dengan kewarasan palsu dan penafian dan barangkalai memacu sebuah kehampaan yang kekal tidak terhapus walau aku gigih mengusir.

Hanya yang di atas yang tahu setiap getaran dan gelojak yang memaksa aku untuk tidak menghubungi dia, mungkin tidak bercerita mengenai dia, mungkin tidak cuba mengingat dia atau mungkin juga tidak mendoakan dia.

wtf..

That's it. I am going to shut off every little thing now. Not everything is worth sharing, though. Some are best unshared.

Again and again, I was punished by my own desire. In this case, the DESIRE was the idea and the thought of, the YOU.


I am trying to eliminate all the hatred. Divert them into something inspiring. Transmit every them with love into the air. Shift my thought about so-called life. Because lately, I do realize, I am getting exactly what I am feeling about, not so much of what I am thinking about
I want to feel healthy. I want to feel better. I want to validate feeling. And I want to live forever, heh, in your blood

Until next time, you fucking cunts! Keep on fucking. And wish me luck in my endeavor!
........
I am a tortured soul. I bear the burden of being the voice of broken heart . I rescue people, I put smiles on their faces, and more or less, take away all the distresses. And later on, I’ll be left unappreciated.
..
People like you.

Friday, January 20, 2012

Kedai Kopi.

Aku yakin dan percaya memang ada segelintir umat Melayu Islam yang masih lagi buta pekak dan tuli dalam hal hal keagamaan.

Yang konon-nya, hanya ulama saja yang berhak memberi pendapat atau mempersoal sesuatu yang berkaitan dengan agama dan manusia lain tidak.

Apa guna tuhan beri kita akal tetapi tak boleh hujah tentang soal agama Islam. Bila kita soal sahaja dah melenting terus diucapnya ASTAGFIRULLAH dan disuruh kita bertaubat.!!
....................
Sedang aku kekal memberati bahu kiri aku. Aku kagum dengan mereka yang dapat menikmati erti ibadah dan berterusan dalam ketaatan.

Friday, January 6, 2012

Hall Of Fame

Secara general-nya, kau terlalu tamak akan kuasa, to desperate to be noticed. Gila kepada kebendaan , gila kepada kuasa, gila pada kedudukan, gila kepada pengagungan, gila pada perhatian.

Perlu aku jelas-kan.?

Aku tak ingin itu semua, aku tak perlu itu semua.
I dont want to be known nether being illustrious. I am no hunger of fame.

I just want to live and be forgotten and never be remembered. Aku hanya menabur ikhlas dengan senyum gusar-ku.

Oh ya, Kepada kau wahai pemilik hati gundah
You have a great mind, yes you do, but not a great soul.

Untuk kau gadis bernama penyanyi barat.
Go learn a fucking good shit or two,
Atau kau mahu aku tunjuk-kan jalan keluar.?
................
Apa yang aku sampai-kan sebentar tadi buka kerana aku percaya pada kau, tetapi aku tidak mahu apa yang aku usung dan bimbing sebelum ini hancur berciciran.

Wednesday, December 28, 2011

apostrophe 13

"Aku mahukan dia" kata lelaki 1

"Well, goodluck" aku kata

"Aku dah penat berdoa, aku dah letih berdoa" kata dia lagi penuh dramatik dengan kerut kerut muda di dahi.

Aku cuma mampu tersenyum dan telan air liur tawar.

Sebentar- Hentikan sebentar tentang karut marut cinta gila.
.....

Bila umur semakin meningkat dan bertambah jangkamasa antara hidup semakin memendek, kita mulai sedar tentang banyak - banyak perkara. Kadang-kadang, jika kita mampu henti-kan masa sejenak, dan menyorot kembali segala hal-hal dan usaha-usaha penjelajahan yang telah kita jalan-kan, yang konon-nya menjadi-kan diri kita, kita; sebenar-nya kita masih tidak mampu menimbus jutaan tanda tanya tentang erti sebuah kehidupan, tujuan, kebenaran pegangan dan pilihan kita, dan apa yang benar-benar kita perlu.

2011, bergerak macam petir langit afrika. Laju. Ganas. Bumi juga semakin memperlihat-kan karektor sebenar. Teman-teman datang dan pergi, yang kita anggap sebagai bukti kewujudan dan keberadaan kita, semakin menjauhi diri kita, atas sumpahan komitmen, kerjaya, keluarga, cinta, takdir dan *kau nyata-kan sendiri*

Akhir-nya, kita akan terbuka mata kerana yang tinggal cuma, jiwa kita sendiri yang berseorangan bekerja keras, bergelandangan memekik dan berteriak menonjol diri agar di sedari dan di hargai.

Kita, secara teknikal-nya, menyibuk-kan diri daripada kekalutan yang sama sahaja. Jika Aung San Suu Kyi berjuang untuk Myanmar yang demokratik, Mahmoud Ahmadinejad untuk sebuah Iran yang bebas dari cengkaman sekatan ekonomi dan tuduhan sunni liar, Barack Obama berhempas-pulas untuk mengekal-kan kerajaan unilateral-nya, Anwar Ibrahim bermati-matian cuba mempertahan-kan reputasi sebagai tokoh reformasi-nya daripada di-musnahkan dengan tuduhan sodomi, realiti-nya, kita semua bertungkus-lumus untuk meliberal-kan kekosongan daripada terus-menerus menghuni salur-salur darah kita.

Aku tak harap-kan malaikat turun menghulur skrol perutusan dari langit tentang apa yang perlu aku lakukan. Aku tak minta untuk tumbuh sayap supaya aku boleh terbang bebas mengelilingi dunia dan mengkaji pemikiran-pemikiran-nya dan makna-makna-nya. Aku tak ingin manjadi ahli dalam simposium-simposium menyelamat-kan dunia.

Tahun Masihi yang bakal menjenguk ini, aku tak perlukan apa apa. Aku tak perlukan sebarang rasa rasa yang buat aku rasa bodoh dan hodoh.

Jadi 2012, selamat datang. And to the universe, jangan lagi men-cemburui aku.
........
Ya, kamu hanya pentingkan diri sendiri. Aku yakin bahawa satu hari nanti kamu akan mula merasakan-nya.

Tuesday, December 20, 2011

Amuse me Mammals.

Chromosome Xy

Sedang memandu bersama beban muatan merbahaya yang dikendong berat tambah pula kisah dongeng yang menyempitkan lagi ruang kewarasan. Ditambah lagi sisa asap hitam yang diserap masuk bersama udara cemar disekeliling yang penuh dengan sampah sarap dan roti roti berkrim yang tarikh luputnya mula berlegar dan bau hanyir air longkang yang dia hidu hingga tersumbat lubang hidung yang mengakibatkan bulu bulu hidungnya gugur kesemuanya dan mati.

Chromosome Xx

Sedang duduk dikerusi mahal ditemani chromosome Xy pilihan hatinya disalah sebuah pulau yang paling cantik bersama Blackberry dan ber-tweet- tweet dicampur dengan angin madu lembut meniup sayup sayup hingga hampir membuatkan dia hampir horny setengah mati sambil minum epal susu paling sedap didunia tanpa iringan lagu mendayu nyanyian Air Supply yang konon pernah ditangisi satu masa dulu.


*mereka pernah bersama. Dulu.

Heh,
Dalam diam, aku mulai muak dalam persekitaran hancing dengan kecelaruan dan kekalutan mengejar dunia.
Saat itu kalau kau tahu, betapa berkecainya aku bila memahami pedih kebenaran dan melihat engkau tidak lagi berkongsi lagi rasa rasa dalam hati. Dengan text text yang tergantung, aku mula membayangkan kewujudan-nya mula melarut dalam gelap pandangan.

Kita hanyalah puppet of our subconscious desire(s), dan kau telah buktikan pada aku bahawa keinginan keinginan kau wahai perempuan perempuan adalah mustahil untuk ditunaikan.

Aku memecut kereta buruk-ku ke lebuhraya. Telan air liur kelat, asap asap nikotin berlingkar keluar dari tingkap kereta. Deep inside, tertinggal sedikit saki baki harapan, bahaw satu masa O satu masa, kau akan dapat apa yang kau kejar-kan.

................
Dan bendera merah yang engkau gemburkan adalah tidak wujud dalam nadi ke jantanan aku kerana aku bukanlah puppet of counterfeiter yang hanya mengandal dan mengadaikan sesuatu kepercayaan pegang-an.

...............
The truth is, I lost the vibe and I am a bit demanding confronting with the silliest drama around. Pure angst and pure grudge, and, I smelled a rat in the matter.

Thursday, December 15, 2011

Suara Keadilan

Aku memandu perlahan kereta buruk-ku atas federal di laluan paling kiri dengan harapan dapat menghenti masa, dia di sebelahku, memaut lenganku dan kepalanya selesa di bahu kiriku, tapak tangan kiriku memegang erat tapak tangan kanan-nya, stereo radio berulang-ulang-kali menyanyikan rangkap, “Closer, closer, lean on me now, lean on me now,”.

Cuaca yang brilliant. Traffic yang ideal. Mood yang wonderful. Perfect.


Dari sisi tepi dan dibayangi haruman sisir rambut-nya, aku cuba curi-curi menangkap riak wajah cantik-nya.

Well, most of time, word is meaningless, when the moment is priceless.


Tuhan, aku hanya mahu hangat degup jantung ini, kekal.
Tapi sayang semua hanya khayalan
................

Saturday, December 10, 2011

Lord

I'm doing all i can

I sit and talk with god, explain everything and i think He just laughs to my plans.



Does that mean that subconsciously I want(ed) to be saved.? 

Having a disease like this means that there are times when I may trip. It’s like having a seizure. You just can’t plan for it. It happens and you deal with it as best you can. It hits you and you pick yourself right up, check for damage or injury and you carry on. 
.....
Heh, When I told you that I didn’t believe I have the capacity to love, I think you misunderstood. It’s not that I fear intimacy. Perhaps I do – a little bit. But it’s not a fear of abandonment so much as an inability to feel. How do you say that you don’t want something when you have never had that in your life.? How do you know you don’t want it or you don’t like it when you have never experienced it.?

Saturday, December 3, 2011

Reflection 13

Ada gugusan tak cerna, ada pelaksanaan tak terlaksana, ada rangka tak terisim ada keributan tak terluah, ada kesinambungan tak tersambung, keseluruhan ada momentum luar yang mengacau tempo dan fokus tumpu. Setiap hari dihadapan cermin memperagakan susuk tubuh yang kian lusuh.


Kesakitan perasaan ini, telah berubah kepada rasa kesedihan, dan kesedihan rasa ini, perlahan-lahan bertukar menjadi riak-riak kemarahan.


Dalam riuh kemarahan ini, aku tahu, lambat laun pasti akan berganti dengan api kebencian; saat di mana senyuman menjadi terlalu pahit dan terlalu sukar, untuk aku laksanakan.

Senyum-lah,
Masa-masa yang ada ini, aku hanya mahu tersenyum.

...
Bila difikir balik- the worst crime i ever committed which seperate us was - i let myself fall in love with her dan dia tak dapat melihatnya.

Sunday, November 6, 2011

Jatuh

Bebas.? Adalah sesuatu yang berbahaya dan berat ertinya. Selama ini aku hanya mampu gapai bebas hanya dengan kuku jari aku dan bukan seluruhnya.

Bebas, lepas dan lebih baik.

Aku tidak mahu lagi ada kedut kedut wajah yang melingkar di muka semata untuk menenangkan fikiran dan jiwa lain, tiada lagi kegundahan yang melingkar dalam darah untuk menyelesaikan masalah kuadratik yang tidak membantu, menekan dan menenggelamkan reputasi kewujudan aku.

Tiada lagi suara suara halus dan sumbang yang menyumbang mempersoal niat dan kejujuran setiap perilaku yang sumbang yang aku sumbangkan. Tiada lagi suara yang mempersoal cara aku bertindak dalam sesuatu. Dan, yang paling berharga bilamana, aku tidak perlu dan tiada lagi jiwa jiwa yang perlu aku jaga dalam mengimbangi berat keputusan aku.

Mana mungkin seorang manusia tidak berkonfrontasi dan mengadai prinsip perhubungan.

Aku juga jatuh dan sungkur bila ditebak dan di tekan oleh keluarga dengan keputusan yang aku buat.Mana mungkin aku mahu memijak apa yang telah diwariskan pada aku. Atau. Aku tidak mahu ada bola besi yang mengekang kaki dari memburu fantasi keabadian aku sendiri. Mungkin juga kamu seperti aku, kecuali kalau kamu cepat berasa selesa dengan apa yang diwariskan, tanpa sedikit usaha untuk kamu pertontonkan. Cepat berasa selesa dengan apa yang kamu ada dan apa yang kamu punya. Hey, itu bukan aku, itu bukan aku.!

Kini,
Aku hanya mahu lepas, bebas, dan tidak dipengaruhi sesiapa.
Terus dengan kitab pojok sembahan teori kuadratik aku sendiri, Walau getir ditekan, diketis menyungkur dek sahabat dan keluarga, aku masih, masih, cuba berdiri tanpa ada yang menghulur untuk disambut.

Perhaps, i don't really exist

Dan kini aku sedar, aku tidak lagi merindui sesiapa.

.......
Entah atas dasar apa aku berbohong tidak merindui sesiapa.
Aku mahu kau tahu walaupun aku tahu kau tidak mahu tahu
Dan, kau tahu at this moment aku masih menunggu seperti dulu.

Tidak, tidak pernah berubah.










Life is all about waiting, kan.?



Friday, November 4, 2011

offkey 5

Pada pandangan aku manusia semua adalah hipokrit, pendapat aku-lah, tapi tiada satu orang diatas kulit bumi ini mahu dipanggil hipokrit kerana merasakan panggilan tersebut satu kekejaman atau humilitasi terhadap orang lain.

Don’t you ever think that you are not a hypocrite, Where am I in your imaginary rank and where are you in mine? Are you true to yourself? Or am I true to myself when I am with you.?  Atau semua-nya adalah satu drama pentas bila berhadapan dan berlainan bila membelakang. Sama seperti filem filem lesu arahan anak anak Yusof Haslam.

Jangan jadi seperti orang ramai-ramai yang cepat berasa selesa, cepat menjatuhkan kesimpulan dan hukuman, dan cukup gemar memberi title kepada kawan atas bayangan yang bermain dalam kubikel sempit otak kau.

It has been fucking years aku hidup dengan menjaga hati kawan kawan, it has been more fucking years aku hidup dengan jatuh bangun kawan kawan, it has been fucking years juga aku teraba raba mencari makna dan hala tujuan hidup juga dengan kawan kawan, it has been fucking years aku hidup bergelumang dengan saki daki dosa kawan kawan, it has been fucking years juga aku bergelumang dengan tahi dan najis kawan kawan.

Sebelum kau membuat penghakiman. Aku mahu kau ingat, ingat, untuk membuat keputusan banyak perkara harus difikirkan, tambah lagi jika ia berkait rapat dengan kawan kawan yang berdamping susah atau senang, kalah atau menang, hidup juga mati. Atas sebab apa, aku dilahirkan sebagai kawan yang sangat meng-agungkan friendship, mungkin aku juga sedikit selfless, self-sacrificing, considerate, magnanimous, altruistic, atau full of shit.

Kebanyakkan masa kamu menghakimi orang berdasarkan tahap kestabilan emosi kamu sendiri, realiti yang kamu anggap real adalah bukan realiti yang layak untuk dihakimi. Kawan, jangan gundah, aku, dia, kau atau kamu semua, semua mengalami keadaan yang sama. Kita semua lakukan hal yang sama. 

Tapi, aku tak mahu highlight kan apa yang aku mahu sampaikan, aku anggap ini semua adalah karma dengan apa yang kau lakukan dulu dulu. Kau buat baik kau dapat balasan dan kau buat jahat juga kau dapat balas, jadi aku anggap-kan semua yang berlaku ada hasil dari kompilasi yang kau kumpul dari dunia permainan kau yang dulu. Jadi jangan salahkan aku atau dia dan tuhan dengan karma yang kau terima.

Apa apa pun,
Salam Eid Ul Adha.
......

Hakikat-nya, aku seperti semakin kosong, semakin nihil dan sifar, jiwa sosial aku seperti disedut ke dalam ruang vakum, yang membuatkan aku, lesu, kusut, rebah, lumpuh, kaku dan malas berfikir. Care-less about everything. Egocentric. Ignorant. unsophisticated, naive, innocent overbearing, imperious, high-handed, overweening, disdainful, anesthetized atau ringkas-nya arsehole.

Thursday, October 13, 2011

Offkey 4

Seorang manusia tanya pada aku.
Aku tak pernah nampak dia online ym, tapi kawan lain kata dia on ym.
Aku jawab, dia (perempuan) tidak mahu di ganggu barangkali.

Atau, mungkin, barangkali, kemungkinan besar

Dia (perempuan) membenci kau (lelaki) 

Atau, mungkin, barangkali, kemungkinan besar

Dia (perempuan) hanya mahu berbicara waktu dia sunyi atau susah
..........
Tanam dalam kepala kau dalam dalam, dia tidak pernah, aku ulang tidak pernah mahu letak nama kau dalam jiwa-nya. 

Dengan harapan kau tidak menyesal kemudian.