Monday, August 2, 2010

Jadi budak baik lah.

Betul... Api dari 2 tabung gas besar besar pemeluk budak tadika tu nampak panas betul. Tambah lagi dengan bunyi dia. Kadang dia tak berapa merah. Dia berat ke biru. Lepas tu ada satu putih bercahaya di tengah tengah biru. Kalau tala ke besi sekejap je besi memerah. Lama sikit besi tertembus. Kuat kuat besi pun mengalah. Kalau tala ke dahi?Kalau tala ke badan..perghh neraka..

Aku ingat esok nak pergi cari buku fardu ain le sikit..

Unta Padang Pasir Pandai Lagi Dari Ko!!

Bila cerita pasal Facebook, memang jadi fenomena meletup-letup sangat, Sana-sini orang cerita pasal facebook, dari budak baru lahir sampai lah imam satu masjid kampung aku pun berebut buka akaun facebook. Memang dasyat betul penangan benda alah ni. Sampai satu tahap, siapa yang takde akaun facebook memang kena cop kodi berkoyan-koyan betul.

Dia punya fasiliti dalam facebook ni, berbagai-bagai, macam-macam kemahiran boleh dapat. Boleh jadi petani, peladang, pemain bola, rock star,mafia, tinggal takde kemahiran belajar cara nak proses ubat nyamuk jadi dadah lagi. Kalau ada, aku rasa memang berduyun yang pakai PORSCHE kat Malaysia, paling koman nak "cover line" pun pakai Satria GTi.

Benda alah Facebook ni pun, banyak guna juga, boleh jumpa kawan-kawan lama. Dari zaman Tadika Kemas kat Batu 9 sampai lah zaman STPM blaja main-main aleh2 dapat masuk universiti amek degree. Jemput kenduri kahwin pun sekarang pakai main ikut benda alah ni juga. Memang kedekut betul makrop yang buat jemputan macam tu. Keh keh keh.

Cuma

Satu saja yang aku tak puas hati. bila ada fasiliti buat "group" ikut suka hati korang. Mula-mula buat "group" alumni tadika atau universiti, itu boleh diterima masyarakat lagi. Lepas tu buat "group" benci/suka/gedik dekat orang tertentu. Itu setengah masyarakat boleh terima lagi.

Tapi

Paling aku menyampah sekali bila buat "group" yang aku rasa peratusan penggunaan akal pencipta "group" tinggi sikit dari pokok kacang panjang. Ada ke patut buat "group" Adakah pisang ini boleh dapat ramai fans dari Fara Fauzana?. Adoiiiiii, lu orang ni memang takde kehidupan ke?.

Satu lagi "group", Kami lelaki hensem. Hek eleh, aku pun "kacak" juga, takdelah sampai kebulur sangat nak promosi diri. Aku sendiri pun hairan, apa motif "group" ini semua di buat?.

Kalau takat nak isi masa lapang, baik bawa-bawa pergi mancing ker, main bola ker, cari suratkhabar lama buat kitar semula ker. Lagi faedahlah oi!.

Sekian, dari aku yang memang asyik tak puas hati. Keh keh keh.

Friday, July 2, 2010

Gadis Tepat..

sebelum dia kenal apa itu cinta.dia tidak berjaya menemuinya.

setelah dia kenal apa itu cinta.akhirnya dia telah berjaya menemuinya.



dia menemui gadis itu.

gadis tepatnya.


mereka berdua berikrar untuk terus menuju kehidupan yang wukuf.


walaupun dia masih mentah lagi untuk meneruskan kehidupan yang penuh duri-duri.

akhirnya.

sekali lagi dia tunduk kepada kententuanNya.

gadis tepatnya telah pergi.

meninggalkan tanpa berita.

kecewa sungguh dia.air mata bukan teman setianya lagi.

mana mungkin dia melupakan gadis tepatnya?.



setelah sekian lama dia menyendiri.

dia kembali berdiri tegak.

kali ini,dia telah membuang kenangan silam jauh ke dalam lubuk paling dalam.

gadis tepatnya sekali lagi telah ditemui.

dia tidak mahu kecewa untuk kali kedua.

harus

dia bersama gadis tepatnya menganyam satu perjanjian.

perjanjian untuk kekal bersama hingga abadi.

namun.

langit tidak selalu cerah kerana asap kilang yang tebal

sekali lagi dia tunduk kepada kententuanNya.

gadis tepatnya bukanlah gadis mahupun betina tapi BINATANG!.

dia kecewa,dia tertekan.

mengapa begini nasibnya?.
..................................................................


untuk keberapa kali yang dia tidak pasti...

dia bertemu dengan gadis tepatnya..

tetapi..sebelum menganyam perjanjian bersama

dia terpaksa menderita..
sebelum dapat bersama gadis tepatnya..

dan

kini dia bersama gadis tepatnya..
mereka berdua menganyam rasa kasih,rasa cinta dan sayang.
mereka berdua berjanji akan terus bersama walaupun terhad.
mereka berdua berjanji akan mengharungi liku- liku bersama.

dia tersenyum.

riang.

tawa.

tersentuh.

sesungguhNya maha adil!.

gadis tepatnya mampu memberikan rasa *bunga-bunga* yang selama ini dia idamkan.

dia berdoa

agar

semua ini akan terus kekal hingga abadi.

Surat untuk bob

Kehadapan sahabatku Lim Choo Han yang berada di... aaa... tak tahu di mana.

Apa khabar? Di harapkan sihat-sihat belaka hendaknya. Saya di sini pun sihat-sihat sahaja, cuma cuaca di Uganda sedikit panas daripada biasa. Maklumlah... kesan daripada penipisan ozon menyebabkan cuaca dunia menjadi semakin tidak menentu.

Semalam, ada seorang perempuan dari Kuala Lumpur menelefon saya, "Kalau awak betul-betul berada di Uganda - awak kena sumpah awak berada di uganda. Awak pula macamana? Apakah ada seorang dua perempuan yang menelefon awak dan menyuruh awak berbuat perkara yang sama? Saya harap - ada!

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu anda bahawa saya telah menukar kerakyatan saya kepada kerakyatan uganda. Ini adalah kerana di Malaysia amat sukar sekali untuk mencari jodoh yang berlainan warna kulit, jadi uganda adalah destinasi sesuai kerana semuanya sama kaler dan tidak memilih warna apa pun.

Oklah, panjang benar kita berbicara pada kali ini, dan oleh kerana masa begitu mencumburui kita, saya sudahi poskad saya ini dengan ucapan Selamat hari Raya dan dengan pertanyaan Kenapa Dah Lama Tak Hantar Berita?

Yang benar,

Raju Cha Cha
Kampala, Uganda.