Sunday, December 26, 2010

Mak

Mak banyak bercerita tentang ranjau perjalanan hidupnya dari kecil hingga sekarang.
Dari drama drama perkenalan dengan abah, hingga ke babak babak ranjau dalam perkahwinan.
Cerita dari zaman waktu aku kecil hingga ke zaman New World Order ini. Mengenang kembali waktu kanak kanak ku,
Makan tengahari dengan nasi putih berlaukan pisang, makan malam berkuahkan cencaru gorang. Mungkinkah ada lagi manusia yang hidup seperti lagi. Menadah hujan yang melepas masuk melalui ruang ruang terbuka atap. Ini akan ku kenang hingga izrail merentap kuat susuk didalam jasadku.


Aku menghirup teh panas, mengangguk tiap kata kata yang disampaikan, Kau cari isteri nanti carilah yang boleh menjaga mak mertuanya seperti emaknya sendiri. Yang tahu selok belok agama, yang boleh masak makan peberet kau nanti kau bawak balik dia kerumah, mak test bawa ke pasar, test dia kenal atau tidak jenis jenis ikan, jangan ikan kembong di cakap ikan belanak.

Sebelum bawa balik rumah kena bawa pergi market suruh dia hafal nama nama ikan. Aku rasa test nie lagi berat dari ditanya sifat 20.  Gusir hatiku

Mak. aku memerhati riak wajahnya waktu mak khusyuk bercerita. Semakin lama aku merenung, semakin lama aku memandang, semakin banyak pula uban dan kedut yang muncul tiba tiba.

Salahkah jika aku jatuh cinta dengan perempuan ini..

Perempuan yang tidak pernah melukakan hati ku.
Perempuan yang mengambil berat jalan hidupku.
Perempuan yang bersusah payah membesarkanku.
Perempuan yang menyuap nasi mendewasakanku


 Mak. Tiada hadiah istimewa yang mampu ku berikan melainkan doa dalam tunduk sujudku. Hanya itu yang mampu ku hadiahkan sepanjang hidup ku. Dan mungkin seorang menantu yang mampu mencintaimu seperti aku anakmu, mungkin juga sebaris cucu yang mampu membahagiakan perjalanan hidupmu.

Selamat hari lahir emak. Selamat hari lahir...

I want to let you know
Deep down in my heart
Having you is the best thing that ever happened in my life
Because you're my everything
Thank you for the love that you've shown me
Thank you for setting go example for me
Thank you for forgiven me when i did wrong
Thank you for teaching me the lesson of life
Than you for helping set my goals
Thank you for give me shoulder to lean on
Thank you for making my life easier
Thank you for caring me always
Thank you for spending time with me
Thank you for always being there when i  need you
Thank you for being my mum
Thank you for everything
I always miss and love you
No matter what happen tomorrow
You're still the one i love.

Thursday, December 2, 2010

Taksub

Kebelakangan ini aku tak berapa into dengan perbualan perbualan malaikat dan syaitan mengenai perempuan, wayang, handphone, spiritual, joran dan politik. Tetapi lebih kepada etika dan agama itupun lebih kepada perbualan melalui ruang maya facebook dan ym. Fitrah aku lebih suka diam dari berdialog dengan manusia perfikiran konservatif sempit. Naturalnya mereka lebih gemar dengan konversasi kalah - menang dari terus berfikir dalam.

Aku tak kisah siapa yang menang, bukan boleh masuk ABP kat TV3 tu ye dak. As long as i can deliver my idea, itu sudah cukup meng exist kan kewujudan aku. Kalau menang pun tak apa lah cuma kadang muncul ujud dan riak.

Sememangnya agak minimum kumpulan manusia yang dapat mengubah kondisi keanjalan kubikel kubikel otak aku. Kamu mungkin boleh menang tapi kamu gagal dalam mengubah persepsi dalam pemikiran aku. Tapi kebisaannya kamu kalah bukan. Kerana aku tidak pernah mengeluar sebarang fakta atau nas nas dari pada kitab kitab pojok yang kamu baca, kerana apa, kerana aku tidak mahu sesat. Dan aku memang tidak mahu terikut sesat seperti kamu sesat.

Ego kan aku.

Baru baru ni akhbar kosmo dan stesen tivi meletup meletup mengeluarkan tentang ajaran syiah di Malaysia. Tiada lagi berita hangat punk minum darah, skinhead makan sampah, anak luar nikah.
Ramai juga yang juga yang cuba menjadi jaguh dengan menghentam idea aku. Aku seperti tidak mempunyai barisan perisian firewall kaspersky untuk menampan semua serangan virus virus liar yang berbaris panjang hanya untuk menyakinkan aku bahawa mazhab aku salah dan mazhab mereka betul.

Akhirnya aku cuma mampu senyum dengan beberapa serangan berbentuk peribadi. heh itulah cuba pakai firewall awal awal.

Siapa yang tentukan semua ini, siapa.?
Mengapa perlu patuh dengan prinsip prinsip yang ditentukan manusia lain.

Salahkah aku hidup hanya dengan membontotkan etika etika pegangan hidup kamu. Mengapa perlu ada pandangan pandangan jahat bila aku tidak menuruti pegangan ciptaan kamu.

Tiada satu yang dapat memberi jawapan yang dapat mengubah kawalan kewarasan aku. Semua sampah, semua rubbish, semua tak bermakna. Tiada satu pun sumber dari Kitab Hakiki.

Semua marah marah, kata aku sesat, aku akan ke neraka. Hey siapa kamu untuk menentukan kemana hala selepas kematianku. Kamu tuhan.? Kamu rasul.? Kamu wali.? Kamu khalifah.? Tidak bukan. Kamu manusia biasa, begitu juga aku.
Cuma perbezaan antara kamu dan aku cuma satu. Aku berpegang pada sunnah dan kamu tidak.

Bagi aku kawanan kawanan perang yang kamu hantar ibarat kumpulan beruk di Pantai Teluk Kemang. Mengacah gacah meminta sepotong Tembikai. Kerana apa.? Kerana kamu mengacah aku untuk tunduk mengikut kehendak kamu. Dan paling kamu benci bila tarbiah kamu tidak menusuk masuk kedalam dalam hati hati gelapku.

Dan paling penting aku menyayangi keduanya, baik para sahabat baginda, baik ahli keluarga baginda. Dan tidak pernah bagiku untuk untuk memfitnah satu antara mereka seperti yang tertulis dalam kitab pojok sembahan kamu.

Bait bait karangan panjang untuk kamu, dariku yang kamu katakan Penjilat Khalifah.

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar”.  (Q.S. Ali-Imron : 142)

Frekuensi.

Warna-warni neon, lampu-lampi jalan, dan kadangkala hon, mahupun sorotan lampu kenderaan berjaya menukar frekuensi pandangan tanpa tumpuan aku. Mataku masih gagah menahan beban gayutan syaitan yang menggila, mungkin kerana di dalam kotak serebrum terlalu kacau dengan kepingan kepingan wajah kau.

lirik lirik lagu sedih, hampa, kecewa yang terkeluar dari kerongkong tanpa henti, seolah-olah sebuah radio usang yang kehilangan frekuensi.

Aku cuba mahu melupakan keperitan. Aku cuba mahu meninggalkan kesedihan. Dan aku cuba untuk tidak memikirkan kesengsaraan.

Telefon poket kemas berada di tapak tangan, dengan nama kau yang sedia untuk dihubungi.

Aku merenung langit, aku memandang bulan, dan mencongak bintang dan setiap kali, wajah kau menyelinap masuk mengganggu. Dan untuk setiap kali itu juga, speedometer kewarasan aku terus saja menjunam laju.

jika kau tahu betapa aku..... , oh, mungkin kau tahu apa yang radio buruk ini cuba sampaikan. Dan kamu, tahu apa yang ingin aku maksudkan.

"you are the sight of the sore eyes"

Tuesday, November 2, 2010

Gelas

Wan tunggu aku kat motor habis solat kang kata malaikat 2

Selesai.

aku atur langkah ke beranda masjid. Malaikat 2 dah terpacak di sebelah motor. Jom kasim, ujar malaikat 2.

Apa gila aku bawak telur 2 biji jer ni, kata aku.
Malaikat 2 jawab, aku payung kau order jer.

Kassim

aku suka tengok jalan hidup kau, happy je. Perli malaikat 2

aku renung dia, senyum sengih.

Hidup kena macam ni, baru ada feel baru ada makna, aku jawab kurang jujur.

Masalah bukan penghalang untuk terus bergembira, kau bersedih masalah takkan selesai. aku jawab sinis.

Dia pula senyum.

Der. kau tahu siapa aku.? kau tahu siapa orang tua aku.?

Dia diam.

Kau tahu apa hala tuju hidup aku.?

Dia diam lagi.

Aku tak punya masalah untuk entertain orang lain dengan lawak bangang aku.

Dia diam lagi.

Siapa mahu menunjukkan dia tengah sedih dengan merintih, merayu, merungut pada orang lain.

Dia senyum balik.

Aku baca blog kau, notes fb kau. aku rasa kau lost. Dia jawab.

aku speechless, pandang kiri menghadap jalan raya, penuhkan paru paru dengan embun subuh.

aku tahu siapa kau, aku kenal orang tua kau, aku tahu asal usul kau. Aku kawan kau dari tadika dulu. Konfiden jawab malaikat 2.

Aku rasa kau lupa siapa diri kau, kau lupa jalan hidup kau waktu sekolah dulu, kau bukan macam ni orangnya. Kau dulu kaki rayau, hot temper, pantang silap tangan kau hayun, kaki naik keatas, biar sepuluh ganda dari saiz badan kalau kau nak gasak kau gasak. kau ada nama, kau ada pangkat, kau ada semua dulu. Mana kau buang, mana kau lemparkan semua. Kau lupa apa kau buat semua, bilik tayang sekolah kau ubah jadi duiat makan kita, kau hasilkan rm700 per week dengan bilik tayang tu. Dari tak berguna, dari sarang hantu kau tukar. Kau lupa apa cikgu Ruslan cakap pada kau. Kau patut ambil kelas bisnes. Bebel malaikat 2.

Manusia berubah, people dies, people dying so are we. Aku manusia yang telah kalis dengan virus virus pesimik, virus populariti, aku telah menemui satu turning point, which had led me to realize world has noting to offer. Aku telah tetapkan satu matlamat untuk dicapai sebelum segalanya berubah menjadi helaian helaian protein dan partikel debu. Aku tak fokus pada keagungan dan pengiktirafan. Aku jawab.



Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan

Ruang dipenuhi bait bait lagu ini dari radio buruk yang tak berhenti menyalak dari siang.

Kau dengar lagu nie. kau pernah dengar.? Aku tanya.
Kau akan faham bila orang mengharapkan sesuatu dari kau. mengharap rungkaian dari setiap permasalahan. Aku pintas lagu bodoh ni.

Kau kata aku berubah. Apa beza dengan kau. Kau berubah juga, manusia akan berubah bila ada tanggungjawab. Apa tanggungjawab kau.? Isteri dan anak kau. Betul.? Aku bagi lagi.

Dia senyum.

Kau tak banyak cakap macam dulu. Dia kata

Manusia lebih banyak berbicara lebih nampak bodoh. Kau tengok Anwar Ibrahim, kau tak nampak dia makin bodoh. Sanggup lari ke johor mencari malaikat penyelamat. Aku rasa dia memang homo. Saiful, sukma semua jambu jambu, belakang mesti bergetah mantul mantul lagi. Good joke untuk aku.

Dia senyum.

Kau lost, kau lost. Kau baca balik penulisan kau. Nampak sangat kau lost.

Hey itu hanya tulisan. Aku pintas

Memang.! tapi kau mengambarkan kau tengah lost, kau lalai, Perempuan.? Ini semua sebab perempuan. Dia bantai.

Aku pandang dia, aku genggam kemas senapang pemburuan yang telah lama aku gantung, aku isi peluru padat padat, acu tepat kemukanya pom.! aku lepaskan sekejam mungkin. Masa kau kecil kau main lastik, kau main guli, pondok pondok. Kau puas.? Dah masuk zaman remaja kau jadi mat motor, rembat sana sini, kau ngorat perempuan, kau hisap rokok, kau bercinta, kau mengula gula kan ayat ayat manis kau. Dan sekarang, kau ada isteri kau ada anak, kau pergi kedai beli pampers, beli susu anak. Kau taknak kata kau lost.? Kau berubah.? Mana cara hidup kau yang dulu.? macam tu juga aku. Sengaja aku tak menjawab soala mengenai perempuan.

Habis pasal perempuan.? Dia tanya.

Babi dia tanya lagi. aku jawab dalam hati. Perempuan.? itu naluri, itu biasa, apa yang mampu aku buat anggap saja sebagai satu pengalaman untuk kita terus hidup dalam dunia kejam tuhan. Aku pandang langit, mencari cari tuhan untuk dipersalahkan.

Tapi perubahan kau ni membawa kau kemana.? Apa yang kau kejar.? Dunia.? Akhirat.? Perempuan.? Masih lagi tak putus persoalan tentang perempuan.

Der.. kalau satu masa dulu hidup kita macam gelas telangkup. Aku berubah untuk perbetulkan kedudukan gelas hidup aku. Kalau kau tak berubah sampai bila kau nak dapat penuhkan gelas yang terlangkup tadi. ye dak..aku gelak.

Dia senyum.

Kau tak habis habis dengan falsampah kau. rungut malaikat 2.

Kau bahagia dengan cara hidup kau sekarang.?

Aku gelak, kebahgian ni macam bola rondes, lagi kuat kau baling kedinding lagi laju ia terpantul balik, lagi kuat kau baling lagi laju dia terpantul sampai tersasar sasar. Aku cakap dan diam, macam pernah aku cakap baru baru ini.

Dia diam, hirup teh tarik pekat. Dengan buih buih yang melekat dia sambung cakap. Habis masa lalu kau.?

Aku dah tanam, aku dah kambus hidup hidup dalam dalam, aku takkan korek balik. aku jawab.

Dia senyum, wan aku sengaja cakap macam ni. Sebab aku cuma nak tahu macam mana kau jawab. Aku cuma dengar dengar cerita pasal kau. ternyata kau memang takda krisis indentiti. Dia gelak besar.

Aku gelak.. Dah jom, aku nak bawak mak aku pergi pasar cari ikan. Tengahari kang ko datang rumah aku belanja kau makan kat rumah. Sengaja aku tutup cerita tak mahu panjang panjang. Nanti sampai kepetang kang susah.
..

Mencari satu identiti diri yang baru kekal, dan tidak mudah, sebenarnya perjalanan ini pada kewarasan akal aku, tidak akan berakhir selagi mana kamu boleh bernafas.

Aku percaya, setiap manusia yang lahir dan hidup di atas kerak bumi ini mempunyai potensi tersendiri. Tidak kiralah serempit mana pun mereka, sepuakal mana pun mereka, atau sebodoh mana pun mereka, mereka semua mempunyai satu kemampuan yang mereka tidak tahu, yang luar biasa, yang belum  dieksploitasi sepenuhnya.

Seorang mat motor tidak akan merempit sepanjang hidup mereka. Seorang kakijudi tidak akan berjudi selama lamanya, seorang kaki facebook tidak berfacebook selama lamanya dan begitu juga mat-mat dan minah minah lain, mereka semua tidak akan menjadi  itu untuk selama-lamanya.

Kerana suatu masa nanti, aku percaya, kamu semua akan keluar juga dari kelompok puak puak mahupun gerombolan lama kamu, atas alasan mencari penghidupan yang lebih baik yang, lebih sempurna dan proses pembaikan, penjelmaan,penambah, serta pembahagiaan identiti baru akan sentiasa berlaku.