Wednesday, September 21, 2011

Offkey

Lihat, betapa keras dan terpasung akal secubit puak di tanah melayu. Semakin hari semakin parah seperti barah yang menjalar megah di tubuh seorang ibu.

......
Takkan pernah mahu berubah

Wednesday, September 14, 2011

Apostrophe 12

Ada beberapa tempat yang amat berat untuk aku jejaki kembali yang penuh dengan hal hal yang meroboh hati.

Salahkan memoir memoir hitam yang terpasung dan terkepung dalam ruang lingkup yang memaksa aku untuk tidak menjejak kembali ke sana. Seperti teori kromodinamik kuantum akan ada energi pemusnahan walaupun tidak secara collateral secara spontan terhasil wap wap estatik yang meresap masuk ke dalam ruas ruas pembuluh darah dan membawa bersama sisa sisa memori lepas.

Tanpa sedar, masih ada kelibat bayang bayang yang terus mengekori langkah aku walau dia sudah mengusir-nya lama.

Dan, seperti yang aku katakan dulu.
......................
Hingga- kini aku hanya punya aku untuk berkongsi segala rasa

Saturday, September 3, 2011

Apostrophe 11

Aku ajukan persoalan, apa apa keperluan, apa apa kesalahan, apa apa permasalahan, apa apa kesilapan, apa apa pembetulan, apa apa bebanan, apa apa perancangan, apa apa pergerak-kan. Dengan harapan dapat mengangkat sedikit bebanan dan permasalah mereka dan memudarkan rasa rasa kesunyian aku sendiri. Sedikit sebanyak membuat mereka, individu atau organisasi berkenaan akan rasa lebih bertanggungjawab dengan diri mereka dan organisasi mereka di kemudian hari.

Dari setiap nod nod yang terhambur keluar dengan ejekan, cacian dan gurauan, membuat akal aku berputar menangkap kembali apa yang pernah aku laung laungkan dulu.
...........
Tapi yang aku dapat dan serap, adalah jawapan kabur yang menghampakan.

Monday, August 29, 2011

Offkey 3

Membicarakan seorang mutual friend yang terjalin daripada alasan yang rapuh, asalnya bila aku melihat dia hadir godaan syaitan untuk aku membenci dia. Yakin suara hati tidak akan menipu, dan hanya menipu hati sendiri untuk menyedapkan hati.


Untuk berhibur atau berkongsi rasa, yang kamu fikir untuk menjalin hubungan jiwa ke jiwa dengan aku dan aku tidak punya halangan untuk mengurusniaga jiwa aku dalam berkongsi segala masalah suka duka kamu hanya untuk memerdekakan hati dan akal fikiran kamu dari segala rasa yang menyesak-kan.

Maaf.
Mungkin konfrontasi yang melanda hanya disebabkan beberapa segmen politik dan akal kamu yang tidak merdeka. Dan muncul persepsi untuk menjatuhkan mereka yang bertentangan dengan kamu. Dan segala dogengan misteri yang disampaikan merata untuk kehidupan aku yang misteri.

Cuma satu pesan aku.
Jangan jadi macam orang kebanyak-kan yang cepat berasa selesa, cepat menjatuh-kan hukum serta kesimpulan, dan cukup gemar memberi label kepada bayangan dan delusi yang tercipta di dalam minda kamu sendiri.

Dan jarang bagi aku untuk percaya sepenuhnya kepada orang kebanyak-kan, mungkin aku berbeza dengan orang orang "kebanyak-kan" yang gemar kepada dogeng dan fantasi jiwa mereka.

Secara tiba kamu si celaka muncul dalam kubikel sempit aku dan cuba membesarkan diri dalam ruang fikiran orang lain dengan dogengan dan fantasi agung tentang aku, hingga aku begitu sukar sekali untuk bernafas.
............
Dan apa yang merisau-kan bila segala yang aku lupakan datang kembali dengan kejam membunuh aku secara perlahan lahan dengan tasbih tasbih dendam dan menghukum angan angan romantis aku.