Friday, November 4, 2011

offkey 5

Pada pandangan aku manusia semua adalah hipokrit, pendapat aku-lah, tapi tiada satu orang diatas kulit bumi ini mahu dipanggil hipokrit kerana merasakan panggilan tersebut satu kekejaman atau humilitasi terhadap orang lain.

Don’t you ever think that you are not a hypocrite, Where am I in your imaginary rank and where are you in mine? Are you true to yourself? Or am I true to myself when I am with you.?  Atau semua-nya adalah satu drama pentas bila berhadapan dan berlainan bila membelakang. Sama seperti filem filem lesu arahan anak anak Yusof Haslam.

Jangan jadi seperti orang ramai-ramai yang cepat berasa selesa, cepat menjatuhkan kesimpulan dan hukuman, dan cukup gemar memberi title kepada kawan atas bayangan yang bermain dalam kubikel sempit otak kau.

It has been fucking years aku hidup dengan menjaga hati kawan kawan, it has been more fucking years aku hidup dengan jatuh bangun kawan kawan, it has been fucking years juga aku teraba raba mencari makna dan hala tujuan hidup juga dengan kawan kawan, it has been fucking years aku hidup bergelumang dengan saki daki dosa kawan kawan, it has been fucking years juga aku bergelumang dengan tahi dan najis kawan kawan.

Sebelum kau membuat penghakiman. Aku mahu kau ingat, ingat, untuk membuat keputusan banyak perkara harus difikirkan, tambah lagi jika ia berkait rapat dengan kawan kawan yang berdamping susah atau senang, kalah atau menang, hidup juga mati. Atas sebab apa, aku dilahirkan sebagai kawan yang sangat meng-agungkan friendship, mungkin aku juga sedikit selfless, self-sacrificing, considerate, magnanimous, altruistic, atau full of shit.

Kebanyakkan masa kamu menghakimi orang berdasarkan tahap kestabilan emosi kamu sendiri, realiti yang kamu anggap real adalah bukan realiti yang layak untuk dihakimi. Kawan, jangan gundah, aku, dia, kau atau kamu semua, semua mengalami keadaan yang sama. Kita semua lakukan hal yang sama. 

Tapi, aku tak mahu highlight kan apa yang aku mahu sampaikan, aku anggap ini semua adalah karma dengan apa yang kau lakukan dulu dulu. Kau buat baik kau dapat balasan dan kau buat jahat juga kau dapat balas, jadi aku anggap-kan semua yang berlaku ada hasil dari kompilasi yang kau kumpul dari dunia permainan kau yang dulu. Jadi jangan salahkan aku atau dia dan tuhan dengan karma yang kau terima.

Apa apa pun,
Salam Eid Ul Adha.
......

Hakikat-nya, aku seperti semakin kosong, semakin nihil dan sifar, jiwa sosial aku seperti disedut ke dalam ruang vakum, yang membuatkan aku, lesu, kusut, rebah, lumpuh, kaku dan malas berfikir. Care-less about everything. Egocentric. Ignorant. unsophisticated, naive, innocent overbearing, imperious, high-handed, overweening, disdainful, anesthetized atau ringkas-nya arsehole.

Thursday, October 13, 2011

Offkey 4

Seorang manusia tanya pada aku.
Aku tak pernah nampak dia online ym, tapi kawan lain kata dia on ym.
Aku jawab, dia (perempuan) tidak mahu di ganggu barangkali.

Atau, mungkin, barangkali, kemungkinan besar

Dia (perempuan) membenci kau (lelaki) 

Atau, mungkin, barangkali, kemungkinan besar

Dia (perempuan) hanya mahu berbicara waktu dia sunyi atau susah
..........
Tanam dalam kepala kau dalam dalam, dia tidak pernah, aku ulang tidak pernah mahu letak nama kau dalam jiwa-nya. 

Dengan harapan kau tidak menyesal kemudian.

Sunday, October 9, 2011

Kabur

Apa yang paling meresahkan dan mengusarkan bila, aku masih, masih, terpasung dengan sesuatu yang pernah aku cuba lupakan. Sengaja menyisih, mengabai dan tidak mempedulikan.

Tapi kini, tidak menyisihkan, tidak mengabaikan dan kembali mempedulikan. 
...
Dalam kalut yang berselimut aku pasang raut wajah senyum, walaupun aku tahu, dia tidak pernah punya jawapan untuk itu.

Dalam diam ada senandung berulang berulang "berlumut-lah ukiran impian" , "berlumut-lah ukiran impian"

.....
Cuba mengikuti gerak hati dan gerak jari, ternyata aku terus terusan gagal mencipta satu seni yang beremosi.

Seperti yang dia pernah katakan dulu.

Monday, September 26, 2011

Reflection 12

Balik ke kota neraka, paru paru direngsa kembali dengan udara kotor, sesak trafik, penuh dengan penghuni-penghuni yang materialistik yang gigih menjilat nikmat dari daki dan titis peluh orang lain. Stereo kereta gamit mendendangkan irama hingusan dan mentah.

Dia di sebelah ralit membetulkan posisi tidurnya, stereo diperlahan bagi memberi ruang mimpi berlegar di dalam kepalanya. Aku pinjamkan tangan kiri sebagai alas tidurnya, sesekali menjeling mencuri wajah ayu milik-nya.

The Moffats sayup mengulang bait " i miss you like crazy, i miss you like crazy "

Larut dalam aruhan kafeina, aku masih segar meneruskan pemanduan sesekali masih mencuri wajah-nya. Aku hanya mahu waktu bergerak perlahan supaya dapat menikmati aruhan liebestraum ini lebih lama.

Siren bingit dari belakang memaksa aku memperlahan kenderaan dalam hati hendak bersalin barangkali, aku separa normal memaksa pacuan berhenti bila lihat dia tiada di sebelah, melihat cermin sisi juga tiada, kini aku sedar aruhan kafeina memaksa aku berilusi. See.. Lihat.. i really can't get you out of my mind aku berdialog dengan tempat duduk kosong dan tersenyum sendiri. Heh, barangkali aku sudah layak bertemu dengan psychiatrist yang kata aku gila dulu. Basket.!

Dengan kepala yang sarat dengan bebab aku tekan pedal kuasa dan berlalu.
............
Kalau wujud saat saat terindah, mungkin itulah salah satu dari yang terindah.