Thursday, October 13, 2011

Offkey 4

Seorang manusia tanya pada aku.
Aku tak pernah nampak dia online ym, tapi kawan lain kata dia on ym.
Aku jawab, dia (perempuan) tidak mahu di ganggu barangkali.

Atau, mungkin, barangkali, kemungkinan besar

Dia (perempuan) membenci kau (lelaki) 

Atau, mungkin, barangkali, kemungkinan besar

Dia (perempuan) hanya mahu berbicara waktu dia sunyi atau susah
..........
Tanam dalam kepala kau dalam dalam, dia tidak pernah, aku ulang tidak pernah mahu letak nama kau dalam jiwa-nya. 

Dengan harapan kau tidak menyesal kemudian.

Sunday, October 9, 2011

Kabur

Apa yang paling meresahkan dan mengusarkan bila, aku masih, masih, terpasung dengan sesuatu yang pernah aku cuba lupakan. Sengaja menyisih, mengabai dan tidak mempedulikan.

Tapi kini, tidak menyisihkan, tidak mengabaikan dan kembali mempedulikan. 
...
Dalam kalut yang berselimut aku pasang raut wajah senyum, walaupun aku tahu, dia tidak pernah punya jawapan untuk itu.

Dalam diam ada senandung berulang berulang "berlumut-lah ukiran impian" , "berlumut-lah ukiran impian"

.....
Cuba mengikuti gerak hati dan gerak jari, ternyata aku terus terusan gagal mencipta satu seni yang beremosi.

Seperti yang dia pernah katakan dulu.