Monday, March 29, 2010

Hari nie hari aku hepi!!

Aku terima sms yang buat aku yang sedang bertuala terduduk terkebil2 terkedu dan tersedan.aihh macam mane boleh jadi macam nie, tapi aku tak fikir panjang pasal benda nie, aku sangat mengenali mereka. Memang macam tu sikap dorang nie. jadi aku ambik keputusan untuk membunuh!! ya!! bunuh masalah ini dari fikiran aku!. Lagipun bukan aku yang bersalah, sudah berkali2 aku tanya tapi dorang nie buat taktau je.
ahh lantaklah..kalau aku gagal dalam paper tu pon bukan satu masalah bagi aku tok buat repeat paper Bukan satu masalah besar bagi aku untuk extend dan berada di Universiti satu semester lagi. Aku lagi suka kot..Aku turun ke lobi kolej terserempak dengan budak seko nie. Riak muka puas tergambar di wajahnya..aku pura2 taktau apa2.ahh persetan..

sms masuk dari lecture aku.
Dr ****
wan jumpa saya kat kedai abg awak depan kondo rakyat pukol 10
aku balas
Bile plak abg sy bukak kedai makan?
Dr ****
Aihh bukan abg awak punya ke?Habis kenapa pagi2 awak sarapan free kat sana?
aku balas
ooo nie kira nak makan dinner free la malam nie dr?
Dr****
bukan! sy nak kamu tanda kedatangan kamu yang tak penah nak penuh nie, dalam masa yang sama
saya dapat makan free.
aku balas
haa baik boss!

Dalam kepala otak aku fikir dah nak exam pon kena tanda etenden ke..tak kisah ah janji die tak bar aku masuk exam..

Monday, March 15, 2010

Moral hari ini.

Ya

Moral hari ini

.
.
.
.
.
.

ialah

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

di larang keras mendengar lagu daripada album pertama Kansas
.
.
.
.
.

kerana

.
.
.
.
.
.

kerusi kau boleh patah sebab terlalu asyik berhenjut masa tengah menaip esemen
.
.
.
.
.

dan

.
.
.
.
.

kau akan digelakkan oleh rakan-rakan yang macam lahanat sungguh gelak mereka.
.
.
.
.
.

Sekian dari orang yang pernah mengalami pengalaman tersebut.

TV Tidak Mengenal Siapa

Atap zink punya berkarat. Coklat, reput, berlubang. Dinding kalau diketuk ketuk boleh batuk kering. Berhabuk bekas dimakan usia dan anasir. Ada yang bertampal tampal papan baru dengan asal boleh. Lantai boleh pakai lama. Jalan saja kena perlahan. Pasang lampu boleh tembus cahaya di celah celah susunan lantai terus ke bawah rumah. Duduk di beranda, nyamuk sebesar besar anak anak ayam. 40 ekor datang sedut, habis menggigil satu badan. Rumah di sebelah sama. Rumah depan pun sama. Rumah di hujung kampung turut sama. Rumah ketua kampung je kontemporari. Tangga batu. Ada rumah yang macam lif. Tak boleh overload. Ada yang tak boleh bersandar di beranda. Takut jatuh ke tanah katanya.jamban kangkang pulak xboleh nak cerita.Mandi air perigi pagi-pagi macam mandi salji. Tapi macam mana buruk pun rumah. Macam mana berkarat pun atap, macam mana reput pun dinding, macam mana jauh pun jamban, semua rumah ada arial tv, pemancar astro dan parabola Semua rumah ada televisyen. Tiap tiap hari ada bunyi tv.


Tanjung Balai
Kota Asahan
Sumatera Utara
Indonesia.
GMT +0700