Sunday, December 26, 2010

Mak

Mak banyak bercerita tentang ranjau perjalanan hidupnya dari kecil hingga sekarang.
Dari drama drama perkenalan dengan abah, hingga ke babak babak ranjau dalam perkahwinan.
Cerita dari zaman waktu aku kecil hingga ke zaman New World Order ini. Mengenang kembali waktu kanak kanak ku,
Makan tengahari dengan nasi putih berlaukan pisang, makan malam berkuahkan cencaru gorang. Mungkinkah ada lagi manusia yang hidup seperti lagi. Menadah hujan yang melepas masuk melalui ruang ruang terbuka atap. Ini akan ku kenang hingga izrail merentap kuat susuk didalam jasadku.


Aku menghirup teh panas, mengangguk tiap kata kata yang disampaikan, Kau cari isteri nanti carilah yang boleh menjaga mak mertuanya seperti emaknya sendiri. Yang tahu selok belok agama, yang boleh masak makan peberet kau nanti kau bawak balik dia kerumah, mak test bawa ke pasar, test dia kenal atau tidak jenis jenis ikan, jangan ikan kembong di cakap ikan belanak.

Sebelum bawa balik rumah kena bawa pergi market suruh dia hafal nama nama ikan. Aku rasa test nie lagi berat dari ditanya sifat 20.  Gusir hatiku

Mak. aku memerhati riak wajahnya waktu mak khusyuk bercerita. Semakin lama aku merenung, semakin lama aku memandang, semakin banyak pula uban dan kedut yang muncul tiba tiba.

Salahkah jika aku jatuh cinta dengan perempuan ini..

Perempuan yang tidak pernah melukakan hati ku.
Perempuan yang mengambil berat jalan hidupku.
Perempuan yang bersusah payah membesarkanku.
Perempuan yang menyuap nasi mendewasakanku


 Mak. Tiada hadiah istimewa yang mampu ku berikan melainkan doa dalam tunduk sujudku. Hanya itu yang mampu ku hadiahkan sepanjang hidup ku. Dan mungkin seorang menantu yang mampu mencintaimu seperti aku anakmu, mungkin juga sebaris cucu yang mampu membahagiakan perjalanan hidupmu.

Selamat hari lahir emak. Selamat hari lahir...

I want to let you know
Deep down in my heart
Having you is the best thing that ever happened in my life
Because you're my everything
Thank you for the love that you've shown me
Thank you for setting go example for me
Thank you for forgiven me when i did wrong
Thank you for teaching me the lesson of life
Than you for helping set my goals
Thank you for give me shoulder to lean on
Thank you for making my life easier
Thank you for caring me always
Thank you for spending time with me
Thank you for always being there when i  need you
Thank you for being my mum
Thank you for everything
I always miss and love you
No matter what happen tomorrow
You're still the one i love.

Thursday, December 2, 2010

Taksub

Kebelakangan ini aku tak berapa into dengan perbualan perbualan malaikat dan syaitan mengenai perempuan, wayang, handphone, spiritual, joran dan politik. Tetapi lebih kepada etika dan agama itupun lebih kepada perbualan melalui ruang maya facebook dan ym. Fitrah aku lebih suka diam dari berdialog dengan manusia perfikiran konservatif sempit. Naturalnya mereka lebih gemar dengan konversasi kalah - menang dari terus berfikir dalam.

Aku tak kisah siapa yang menang, bukan boleh masuk ABP kat TV3 tu ye dak. As long as i can deliver my idea, itu sudah cukup meng exist kan kewujudan aku. Kalau menang pun tak apa lah cuma kadang muncul ujud dan riak.

Sememangnya agak minimum kumpulan manusia yang dapat mengubah kondisi keanjalan kubikel kubikel otak aku. Kamu mungkin boleh menang tapi kamu gagal dalam mengubah persepsi dalam pemikiran aku. Tapi kebisaannya kamu kalah bukan. Kerana aku tidak pernah mengeluar sebarang fakta atau nas nas dari pada kitab kitab pojok yang kamu baca, kerana apa, kerana aku tidak mahu sesat. Dan aku memang tidak mahu terikut sesat seperti kamu sesat.

Ego kan aku.

Baru baru ni akhbar kosmo dan stesen tivi meletup meletup mengeluarkan tentang ajaran syiah di Malaysia. Tiada lagi berita hangat punk minum darah, skinhead makan sampah, anak luar nikah.
Ramai juga yang juga yang cuba menjadi jaguh dengan menghentam idea aku. Aku seperti tidak mempunyai barisan perisian firewall kaspersky untuk menampan semua serangan virus virus liar yang berbaris panjang hanya untuk menyakinkan aku bahawa mazhab aku salah dan mazhab mereka betul.

Akhirnya aku cuma mampu senyum dengan beberapa serangan berbentuk peribadi. heh itulah cuba pakai firewall awal awal.

Siapa yang tentukan semua ini, siapa.?
Mengapa perlu patuh dengan prinsip prinsip yang ditentukan manusia lain.

Salahkah aku hidup hanya dengan membontotkan etika etika pegangan hidup kamu. Mengapa perlu ada pandangan pandangan jahat bila aku tidak menuruti pegangan ciptaan kamu.

Tiada satu yang dapat memberi jawapan yang dapat mengubah kawalan kewarasan aku. Semua sampah, semua rubbish, semua tak bermakna. Tiada satu pun sumber dari Kitab Hakiki.

Semua marah marah, kata aku sesat, aku akan ke neraka. Hey siapa kamu untuk menentukan kemana hala selepas kematianku. Kamu tuhan.? Kamu rasul.? Kamu wali.? Kamu khalifah.? Tidak bukan. Kamu manusia biasa, begitu juga aku.
Cuma perbezaan antara kamu dan aku cuma satu. Aku berpegang pada sunnah dan kamu tidak.

Bagi aku kawanan kawanan perang yang kamu hantar ibarat kumpulan beruk di Pantai Teluk Kemang. Mengacah gacah meminta sepotong Tembikai. Kerana apa.? Kerana kamu mengacah aku untuk tunduk mengikut kehendak kamu. Dan paling kamu benci bila tarbiah kamu tidak menusuk masuk kedalam dalam hati hati gelapku.

Dan paling penting aku menyayangi keduanya, baik para sahabat baginda, baik ahli keluarga baginda. Dan tidak pernah bagiku untuk untuk memfitnah satu antara mereka seperti yang tertulis dalam kitab pojok sembahan kamu.

Bait bait karangan panjang untuk kamu, dariku yang kamu katakan Penjilat Khalifah.

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar”.  (Q.S. Ali-Imron : 142)

Frekuensi.

Warna-warni neon, lampu-lampi jalan, dan kadangkala hon, mahupun sorotan lampu kenderaan berjaya menukar frekuensi pandangan tanpa tumpuan aku. Mataku masih gagah menahan beban gayutan syaitan yang menggila, mungkin kerana di dalam kotak serebrum terlalu kacau dengan kepingan kepingan wajah kau.

lirik lirik lagu sedih, hampa, kecewa yang terkeluar dari kerongkong tanpa henti, seolah-olah sebuah radio usang yang kehilangan frekuensi.

Aku cuba mahu melupakan keperitan. Aku cuba mahu meninggalkan kesedihan. Dan aku cuba untuk tidak memikirkan kesengsaraan.

Telefon poket kemas berada di tapak tangan, dengan nama kau yang sedia untuk dihubungi.

Aku merenung langit, aku memandang bulan, dan mencongak bintang dan setiap kali, wajah kau menyelinap masuk mengganggu. Dan untuk setiap kali itu juga, speedometer kewarasan aku terus saja menjunam laju.

jika kau tahu betapa aku..... , oh, mungkin kau tahu apa yang radio buruk ini cuba sampaikan. Dan kamu, tahu apa yang ingin aku maksudkan.

"you are the sight of the sore eyes"