Warna-warni neon, lampu-lampi jalan, dan kadangkala hon, mahupun  sorotan lampu  kenderaan berjaya menukar frekuensi pandangan tanpa  tumpuan aku. Mataku masih  gagah menahan beban gayutan syaitan yang  menggila, mungkin kerana di dalam kotak serebrum terlalu kacau dengan  kepingan kepingan wajah kau.
lirik lirik lagu sedih,  hampa, kecewa yang terkeluar dari kerongkong tanpa henti, seolah-olah  sebuah radio usang yang kehilangan frekuensi.
Aku cuba mahu melupakan keperitan. Aku cuba mahu meninggalkan kesedihan. Dan aku cuba untuk tidak memikirkan kesengsaraan.
Telefon poket kemas berada di tapak tangan, dengan nama kau yang sedia untuk dihubungi.
Aku  merenung langit, aku memandang bulan, dan mencongak bintang dan  setiap  kali, wajah kau menyelinap masuk mengganggu. Dan untuk  setiap kali itu  juga, speedometer kewarasan aku terus saja menjunam laju.
jika  kau tahu betapa aku..... , oh, mungkin kau tahu apa yang radio buruk  ini cuba sampaikan. Dan kamu, tahu apa yang  ingin aku maksudkan.
"you are the sight of the sore eyes"