Kebelakangan ini aku tak berapa into dengan perbualan perbualan  malaikat dan syaitan mengenai perempuan, wayang, handphone, spiritual,  joran dan politik. Tetapi lebih kepada etika dan agama itupun lebih  kepada perbualan melalui ruang maya facebook dan ym. Fitrah aku lebih  suka diam dari berdialog dengan manusia perfikiran konservatif sempit.  Naturalnya mereka lebih gemar dengan konversasi kalah - menang dari  terus berfikir dalam.
Aku tak kisah siapa yang menang,  bukan boleh masuk ABP kat TV3 tu ye dak. As long as i can deliver my  idea, itu sudah cukup meng exist kan kewujudan aku. Kalau menang pun tak  apa lah cuma kadang muncul ujud dan riak.
Sememangnya  agak minimum kumpulan manusia yang dapat mengubah kondisi keanjalan  kubikel kubikel otak aku. Kamu mungkin boleh menang tapi kamu gagal  dalam mengubah persepsi dalam pemikiran aku. Tapi kebisaannya kamu kalah  bukan. Kerana aku tidak pernah mengeluar sebarang fakta atau nas nas  dari pada kitab kitab pojok yang kamu baca, kerana apa, kerana aku tidak  mahu sesat. Dan aku memang tidak mahu terikut sesat seperti kamu sesat.
Ego kan aku.
Baru  baru ni akhbar kosmo dan stesen tivi meletup meletup mengeluarkan  tentang ajaran syiah di Malaysia. Tiada lagi berita hangat punk minum  darah, skinhead makan sampah, anak luar nikah.
Ramai juga yang  juga yang cuba menjadi jaguh dengan menghentam idea aku. Aku seperti  tidak mempunyai barisan perisian firewall kaspersky untuk menampan semua  serangan virus virus liar yang berbaris panjang hanya untuk menyakinkan  aku bahawa mazhab aku salah dan mazhab mereka betul.
Akhirnya aku cuma mampu senyum dengan beberapa serangan berbentuk peribadi. heh itulah cuba pakai firewall awal awal.
Siapa yang tentukan semua ini, siapa.?
Mengapa perlu patuh dengan prinsip prinsip yang ditentukan manusia lain.
Salahkah  aku hidup hanya dengan membontotkan etika etika pegangan hidup kamu.  Mengapa perlu ada pandangan pandangan jahat bila aku tidak menuruti  pegangan ciptaan kamu.
Tiada satu yang dapat memberi  jawapan yang dapat mengubah kawalan kewarasan aku. Semua sampah, semua  rubbish, semua tak bermakna. Tiada satu pun sumber dari Kitab Hakiki.
Semua  marah marah, kata aku sesat, aku akan ke neraka. Hey siapa kamu untuk  menentukan kemana hala selepas kematianku. Kamu tuhan.? Kamu rasul.?  Kamu wali.? Kamu khalifah.? Tidak bukan. Kamu manusia biasa, begitu juga  aku.
Cuma perbezaan antara kamu dan aku cuma satu. Aku berpegang pada sunnah dan kamu tidak.
Bagi  aku kawanan kawanan perang yang kamu hantar ibarat kumpulan beruk di  Pantai Teluk Kemang. Mengacah gacah meminta sepotong Tembikai. Kerana  apa.? Kerana kamu mengacah aku untuk tunduk mengikut kehendak kamu. Dan  paling kamu benci bila tarbiah kamu tidak menusuk masuk kedalam dalam  hati hati gelapku.
Dan paling penting aku menyayangi  keduanya, baik para sahabat baginda, baik ahli keluarga baginda. Dan  tidak pernah bagiku untuk untuk memfitnah satu antara mereka seperti  yang tertulis dalam kitab pojok sembahan kamu.
Bait bait karangan panjang untuk kamu, dariku yang kamu katakan Penjilat Khalifah.
“Apakah  kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum  nyata bagi  Allah orang-orang yang berjihad diantara kamu, dan belum  nyata  orang-orang yang sabar”.  (Q.S. Ali-Imron : 142)