Friday, July 1, 2011

Apostrophe 10

Ia sangat menjengkelkan bila perkara yang aku tidak mahu fikirkan selama ini secara tiba tiba timbul satu persatu dan terus menakluk minda untuk satu tempoh.

Tidak terlalu kuat untuk menjatuhkan, tetapi secara nyata adalah kemusnahan secara collateral. Masih berupaya menyuram hari dan mengucar kacir-kan fikiran.

Menyorok dibalik bayang gelap aku, tidak terlihat, tapi dalam diam ianya kekal mengekori dan mencerca kemana saja langkah kaki aku pergi selama ini. Seperti sebelum-nya, kini masih ada kata kata hina yang sangat menyakitkan jika diketahui. Seperti kelmarin entah apa muslihat yang tidak terbaca dek kebijaksaan aku.

Menyuluh malap malam aku dengan mimpi yang sangat menganggu. Lirik mata, gelak tawa, kata kata, renggekkan nya, mengheret bersama kata kata hiba yang tidak tertafsir.

Dan, apa yang membencikan, bilamana aku telan semua kata hiba dalam dalam, kini ia kembali semula satu persatu meragut denyut lemah jantungku.

Bangkit dari lena yang panjang dengan satu azam, cuba menguasai kalut yang bersalut. Dan, akhirnya aku sedar, kebenaran terbesar bila kata kata yang bersembunyi disebalik bayang aku ialah sebuah kekuatan palsu yang menimbus penafian.
............
Aku cuba memahami apa dia mahu aku faham, Perlahan- lahan wajahnya surut dari pandangan aku. Seperti apa yang aku kata sebelum ini.


Hingga aku hanya punya aku untuk berkongsi segala rasa.