Free To use "Allah Word Again--PAS akan menbisu dalam kes ini. Kopiah  dan serban mereka akan tercabut dan berterbangan di pukul ribut taufan  dari SHAH ALAM. PKR lagi la suka dan seronok. Kepada mereka inilah  kemenangan perjuangan kesamaan, kesamaratan, sama rasa, sama tara. Tiada  lagi agama rasmi. Allah milik semua walaupun agama lain-lain. Allah kau  Allah aku juga. Dulu semasa kes Lina Joy, Aishah Buhari begitu beria ia  PAS dengan serban dan kopiah mereka membakar perasaan umat Islam  Malaysia berhujah betapa lemahnya UMNO sampaikan murtad begitu  berleluasa. Tetapi sekarang demi kuasa, pangkat, dan undi kepentingan  agama jauh ditinggalkan di belakang..Mereka hanya 'sanggup baring di  tengah jalan, berdemontrasi menggantung gambar orang mati yang kononnya  dibunuh', hanya kerana kepentingan politik. Inilah pelacur agama  sebanarnya...mereka akan terjerumus dalam kesesatan yang amat dalam..
Mereka sudah mendapat nama Allah. Sudah tentu secara rasminya, Allah,  satu nama yang tertinggi yang tidak ada lain dari-Nya yang lebih tinggi,  akan digunakan secara meluas dalam Herald selepas ini. Satu kemenangan  pasti untuk Herald dan Katholik. Mereka senyum, kerana Allah akan  digunakan dengan senang dalam setiap penerbitan mereka selepas ini. Tapi  bagi kita, ayuh fikirkan, adakah mereka bertujuan untuk mengesakan  Allah?
Kenapa Herald dan Katholik begitu mahukan Allah? Tak cukupkah Jesus dan  konsep 3 tuhan mereka? Kalau yang pernah mendengar atau menonton Ahmad  Deedat berdebat dahulu tentang konsep tersebut,
Mengapa Khalid dipersalahkan? Ya, kerana dialah ahli politik pas yang  ISLAM pertama sekali menyokong dalam kenyataannya pada 28 Mac 2008. Dia  jugalah ahli politik pas yang ISLAM lantang berceramah di gereja bagi  menyatakan sokongannya.
Dalam artikelnya, Khalid meyebut dimana agama lain juga menggunakan  ALLAH merujuk kepada tuhan semesta alam. Jika itulah yang dimaklumkan,  mengapa di Vatican City sebagai pusat dakwah khatolik tidak pernah  menggunakan perkataan ALLAH merujuk kepada terjemahan God dalam segala  urusan agama dan hanya di Malaysia sahaja kalimah ALLAH mahu digunakan?  Khalid sangat suka memutarbelitkan ayat Al Quran.
Selayaknya kita berfikir kenapa Allah mahu direbutkan oleh mereka?  Adakah semata-mata untuk menulis dalam ruang koran? Apa isinya? Landas  undang-undang pasti akan dipegang oleh mereka selepas ini dengan lebih  kuat, sedang kita umat Islam, terus mempertikaikan banyak perkara yang  sudah pun termaktub dalam perlembagaan negara. Kita pertikaikan bahkan,  hak agama Islam sebagai agama persekutuan. Kita menjuarai hasrat mereka.  Kita yang insipirasikan perjuangan mereka merebut nama Allah, dan hari  ini, 1hb Januari 2010 di tahun Masihi, kita dengan rasminya berkongsi  Yang Maha Pencipta, Allah. Akan jadilah, Allah bagi Islam dan Allah bagi  mereka, Katholik.
Namun yang lebih penting selepas ini, mari kita renung-renung apakah  implikasi yang bakal timbul. Hari ini ada ulamak yang menangis pasti,  kerana terpaksa membenarkan nama Allah dikongsi ketika kerja dakwah dan  tarbiyah masih jauh dari sasaran. Hari ini, ada alim-alim yang  tergeleng-geleng tidak percaya. Kerja dakwah masih belum mantap, tapi  hari ini cabarannya makin besar. Adakah kita mampu memastikan akidah  umat terus terpelihara? Sejauh mana undang-undang akan menyelamatkan  kita?
Kepada pimpinan PAS, serta pejuang mursid  kalid samad, TAHNIAH UMAT  ISLAM UCAPKAN kepada kepala hatok kau kerana menggadaikan perkataan  ALLAH.
Subhanallah, Maha Suci Engkau dari penghinaan ciptaan-Mu.