Thursday, July 7, 2011

OffKey 2

Dia selalu rasa sunyi, tetapi kali ini lebih sunyi dari kesunyian masa lalu yang pernah dilalui-nya. Baik ditengah-tengah keramaian, bersama set sosial yang bertukar informasi, di majlis penghalalan pertemuan dua lubang kencing, mahupun di tengah tengah kumpulan sorak yang terpalit tahi dari bontot sang politikus. Jauh dalam dirinya, dia rasa terbuang, tersisih dan terpinggir.

Berbeza dengan kali hari ini, keadaan terlalu sunyi hingga dia dapat mendengar detik detik jam yang tergantung di dinding, deruan darah yang melalui setiap salur didalam badan-nya, tiupan angin malam di luar rumahnya, hingga kesemua objek yang melintas dihadapan retina matanya seakan akan bergerak terlalu perlahan.

Ditengah tengah set teman bilik yang bergelimpangan hasil arusi minuman epal terlarang. Dia bergerak ke laman rumah, dia betul betul mahu hirup oksigen segar tanpa sebarang cemar. Disedut oksigen dalam dalam. Belum sempat dilepaskan dia berlari mencari kotak kasut yang menyimpan khazanah muda remaja-nya, dari zaman separa porno hingga ke alam tua.

Di dalamnya, tersimpan khazanah photo lama, dan segala kenangan bisu dan kaku yang terperangkap di dalam helaian kertas kilat. Dia terus menatap moment lama yang bisu itu dalam dalam. Kadang dia tersenyum, kadang dia meratap, kadang die menjuih bibir, kadang dia tersenyum kembali. Gambar gambar itu seakan meratap dan meronta ronta meminta untuk dibebaskan. Tanpa sedar ada cercaan halus yang meresapi dirinya perlahan lahan mengikis tebal ego-nya.

Dia lemah, hatinya seperti ditusuk ribuan duri semalu dan sepantas kilat dia kembali sedar membuang kesemua moment bisu itu jauh jauh dari terus meruntuhkan diri-nya.

Dia mengeluh panjang,

Di capai gitar hitam yang tersudut lama di celahan almari. Badan gitar di usap perlahan perlahan membuang sial yang melekat. Dia mementik tali gitar yang sudah berkarat dimamah udara.

"Maafkan aku, sudah terlalu lama meninggalkan kau", dia berdialog sendirian.

Bunyian minor mula memenuhi kubikel kecil peribadinya. Dia sudah tidak peduli, dia terus memetik dan menyanyi dengan penuh emosi. Dia cuma mahu larut dengan akal imaginasi-nya seperti mana senja ditelan malam.

Dia terus sendiri, menyanyi, terkumat kamit melontar lirik rindu dendam. Kerana bagi dia, tali perjalanan hidupnya sudah lama terputus. Dia cuma mahu hilang seperti mana senja merah ditelan malam.

Mungkin hidup ini hanya untuk bertahan.

Monday, July 4, 2011

Reflection 11

Kita mempunyai 99% matlamat hidup yang sama, keinginan yang sama, mengejar kebahagian yang serupa, mimpi mimpi indah yang serupa. Ingin dipeluk erat dengan cita cita dan cinta yang menyelesakan hati dan kehidupan.

Tetapi kita menghabiskan 99% masa yang ada hanya untuk menceritakan 1% perihal ketidaksamaan, ketidaksempurnaan dan perbezaan pendapat kita.

Dan 1% ketidaksamaan inilah yang menghapus apa yang kita anggap sebagai ....
.................
Aku tahu manusia memerhati kita penuh dengan rasa kebencian, kejelek-kan, tetapi aku hanya mahu masa berhenti untuk seketika, hanya untuk aku menikmati-nya untuk kali terakhir.


Dan bila langkah kaki kau mula menjauh, aku faham, aku sedar, juga mengerti, yang..


Yang kau takkan kembali seperti dulu..

Friday, July 1, 2011

Apostrophe 10

Ia sangat menjengkelkan bila perkara yang aku tidak mahu fikirkan selama ini secara tiba tiba timbul satu persatu dan terus menakluk minda untuk satu tempoh.

Tidak terlalu kuat untuk menjatuhkan, tetapi secara nyata adalah kemusnahan secara collateral. Masih berupaya menyuram hari dan mengucar kacir-kan fikiran.

Menyorok dibalik bayang gelap aku, tidak terlihat, tapi dalam diam ianya kekal mengekori dan mencerca kemana saja langkah kaki aku pergi selama ini. Seperti sebelum-nya, kini masih ada kata kata hina yang sangat menyakitkan jika diketahui. Seperti kelmarin entah apa muslihat yang tidak terbaca dek kebijaksaan aku.

Menyuluh malap malam aku dengan mimpi yang sangat menganggu. Lirik mata, gelak tawa, kata kata, renggekkan nya, mengheret bersama kata kata hiba yang tidak tertafsir.

Dan, apa yang membencikan, bilamana aku telan semua kata hiba dalam dalam, kini ia kembali semula satu persatu meragut denyut lemah jantungku.

Bangkit dari lena yang panjang dengan satu azam, cuba menguasai kalut yang bersalut. Dan, akhirnya aku sedar, kebenaran terbesar bila kata kata yang bersembunyi disebalik bayang aku ialah sebuah kekuatan palsu yang menimbus penafian.
............
Aku cuba memahami apa dia mahu aku faham, Perlahan- lahan wajahnya surut dari pandangan aku. Seperti apa yang aku kata sebelum ini.


Hingga aku hanya punya aku untuk berkongsi segala rasa.