Tuesday, March 27, 2012

apostrophe 15

Aku setiap hari cuba untuk tidak selalu memikirkan tentang kehidupan, sikap-sikap manusia dan sifat-sifat manusia. Aku setiap hari cuba untuk menjadi tidak skeptikal mahupun sinikal dalam membandingkan karektor-karektor setiap orang.


Ya, aku sedang cuba menjadi seorang yang lebih liberal, dan lebih bersangka baik dengan kehidupan sekeliling aku. Lebih humanitarian terhadap persekitaran sosial --manusia manusia yang kurang bernasib baik daripada aku.


Kerana kita semua sama sahaja.


Lahir dan hidup di atas muka alam ini sebenarnya berhala-kan hanya pada satu maksud.


Untuk mati dan dihakimi, seterusnya dicampak ke syurga atau ke neraka. Benar?


Namun keliberalan dan keterbukaan juga akan menjadi sia-sia jika tiada limitasi. Setiap perkara akan ada keterbatasannya, bukan? Makan, minum, tidur, berhibur, bersosial. aku faham itu semua.


Apa limitasi aku? Pastinya tidak dapat lari dari unsur-unsur teologi.


Kerana aku juga dididik dengan persekitaran yang menyanjungi Tuhan dan kekuasaanNya, didodoi dan dicandui dengan pemikiran bahawa kehidupan sederhana serta zuhud adalah kehidupan yang diredhai.


Cup! aku tiada ulasan tentang ini.


Dalam perlumbaan untuk mati ini, aku keliru keliru penstereotaipan kamu tentang siapa yang akan masuk syurga-neraka ini.


Aku berpendapat, Tuhan telah jadikan kepelbagaian karektor manusia itu sebagai satu rahmat. Untuk apa? Pastinya ada satu tujuan yang besar yang mungkin tidak dapat dirungkai oleh kapasiti otak manusia macam aku dan kamu. Dan bukan tugas aku dan kamu untuk menggali zat Tuhan. Bukan tugas aku dan kamu juga untuk menilai diri aku dan kamu sendiri mahupun orang lain.


Kamu masuk syurga dengan hanya pakai tudung.? Kamu masuk syurga hanya dengan tutup dada.? Kamu masuk syurga hanya dengan solat.? Kamu masuk syurga dengan tuduh orang lain masuk neraka.? Atau kamu masuk neraka hanya kerana minum bir.?




Cuma-nya lagi, jangan bandingkan kehidupan orang lain dengan kehidupan kamu.Aku dengan cara hidup aku yang begini, dia dengan set sosialnya yang begitu, dan kamu dengan persekitaran kamu yang kamu mahu.


Kamu mungkin beruntung kerana jalan hidup kamu mungkin lurus dan tidak pernah tergelincir. Kamu boleh menghukum orang lain kerana kamu tidak pernah berpeluang untuk menjadi orang yang lain atau menjadi manusia hodoh.


Ya, hodoh pada visualisasi kasar kamu.


Maaf, pandangan mata aku tak dapat menerobos hati-hati korup manusia lain. Aku tidak mempunyai kasyaf seperti kamu.


Oh ya, aku tidak pernah berbangga dengan dosa-dosa aku. Dan aku juga berdoa, agar setiap tutur aku, agar setiap perbuatan aku, agar setiap penulisan aku, tidak menjadi punca untuk kebangkitan golongan-golongan sesat.


Terima kasih untuk nasihat itu, Enchek Ustaz Mungkin Masuk Syurga. Serius. Sangat bermakna. Jumpa lagi. Kita sama-sama bersihkan hati.


Kerana hanya dengan hati yang putih dan suci, amalan kamu diganjari.

2


Ya, hati.


Aku juga jika mampu, mahu hidup seperti kamu yang tiada kegusaran dengan segala macam umpanan kelaghaan dan keinginan duniawi.


*exhale*


Kadang-kala aku terfikir, untuk apa kita semua dihantar ke dunia jika pengakhiran kita semua ini, sebenarnya telah ditentukan oleh yang Maha Mengetahui?


Untuk apa kita semua hidup dalam etika-etika yang ditentukan dan ditetapkan oleh agama dan persekitaran, jika syurga dan neraka itu adalah ihsan dan rahmat dari Yang Berkuasa?


Aku ambil satu contoh, kamu mesti pernah terbaca kisah seorang alim ulama yang mati dalam kekufuran, bukan? Kisah bagaimana di akhir peristiwa, moral yang kita dapat, syurga dan neraka adalah di tangan Tuhan dan bukan ditentukan dengan amalan kerohanian kamu yang hebat?


Maafkan aku. Aku mungkin confuse. Aku mungkin keliru dengan pemikiran ini. Confuse dan keliru ada-lah nama tengah aku barangkali. Tetapi, pada pendapat aku yang jahil ini, sebenarnya tiada jaminan bagi kamu untuk masuk syurga walaupun kamu sujud 1000 tahun. Peluang ke neraka pula seperti ternganga luas.


Untuk melakukan sesuatu yang baik, ada saja penimbal taranya. Semua mahu niat kerana Tuhan. Tanpa nawaitu yang ikhlas, maka keluarlah istilah-istilah ujud, takbur, riak, syirik, dan akhirnya perlakuan yang baik tadi menjadi beban dosa pula.


Kadang-kala juga, aku takut untuk terus hidup. Takut setiap langkah aku makin menghampirkan aku ke neraka. Takut dengan tindak-tanduk aku yang aku sendiri tidak tahu apa yang aku cari dalam hidup.


"Alah, kau ingat kau boleh masuk syurga ke?!"


"Kita semua ni, confirm masuk neraka kau tahu?!"


Kata-kata hilang semangat dari teman-teman.


Aku tak mahu ke neraka. Aku tak suka panas. Aku tak mahu hidup dengan api.


Tapi apa jaminan, yang aku akan selamat dari neraka walaupun aku laksanakan dengan sempurna perintah-perintahNya?


Tiada satu jaminan.


Kerana masuk syurga atau neraka, hak Dia.


*exhale*


.........


Jadi-nya, berusahalah untuk tidak mati,


Esok.