Aku dan apai tersadai di jalan thambi pillai akibat hujan..persetujuan  diterima restoran bawah monorel menjadi tempat bersidai sementara hujan  reda. Aku mengejas2 apai supaya membawa awek yang di bawanya semasa  melepak kat starbuck 2hari lepas.aihh tak puas aku tatap budak tu. 
Memang aura die semacam..
Angin bertiup kuat mampu untuk membuat skirt skirt hooker yang  sememangnya bertebaran di jalan thambi pillai. Tapi hooker2 tu tak  nampak gelisah, malah tampak seronok dan aku bermain sekali lagi dengan  imaginasi. Tanpa di pinta salah sorang dari hooker datang menghampiri  meja aku.
Dia menguntumkan senyum. Cantik. Dia gadis kacukan. Fikir aku. Mungkin emaknya Cina, ayahnya Melayu.
Kata apai yang juga bersama menikmati panorama pagi itu. Dia juga  kacukan. Hah. Aku sedikit terkejut tapi masih mampu membalas senyuman.  Bukan pada kawanku. Tapi gadis kacukan itu.
“Betul ker ngko kacuk. Tak der nampak cam kacukan pun.” Aku bertanya. Sambil masih lagi dgn gaya sopan mengkontrol senyuman.
Benar. Aku anak kacukan. Bapaku Lelaki. Ibuku Perempuan.
Aku dah tak mampu mengkontrol senyuman itu. Aku ketawa terbahak2 memegang perut yang takut2 pecah.