Pada suatu senja, singgah seorang pengembara (disyaki berketurunan Kerinci) ke sebuah teratak untuk menumpang bermalam.
Dipendekkan cerita, oleh kerana teratak itu hanya mempunyai dua buah  bilik tidur, tuan punya rumah suami isteri mempersilakan pengembara  untuk tidur sebilik dengan anak lelaki mereka (baya-baya Nazmi). Pada  malam itu, mereka mendengar seakan-akan bunyi harimau "eermmm" di bilik  sebelah...
Esok paginya, sekitar waktu subuh, pengembara pun meminta izin untuk pergi.
"Makcik! Pakcik! Saya minta diri dulu. Terima kasih kerana menumpangkan  saya tidur. Tengah malam tadi, saya makan (buah) 'nangka'. 'Getah'nya  bersepah. Tak sempat saya nak kemaskan. Minta pakcik dan makcik kemaskan  nanti ya!"
"Ok!" Kata tuan punya rumah suami isteri.
Dan apabila tuan rumah suami isteri ke bilik sebelah untuk mengemaskan  'getah nangka' yang dikatakan tadi... mereka terkejut melihat anak  lelaki mereka (yang baya-baya Nazmi) hanya tinggal kepala + tulang  temulang + darah berselerakan.
See! Rimau Jadian pun pandai bersastera... Metaforanya kelas, taraf super saiya empat!
Beberapa tahun yang lalu. Aku ke Kerinci Sebelat, Sumatera Barat  (Sumbar), Indonesia. Berkelana bersama-sama bang Uti,Bang Pian dan Mas  Koko. kami tanyakan kepada masyarakt setempat tentang cerita kononnya  orang Kerinci boleh bertukar bentuk menjadi harimau.
"Bapak bisa 'morph' jadi macan ngak? Boleh kasi keluar ekornya sama taring ngak??
"Loh! Gila kamu. Mana bisa akuu... untuk menjadi orang pun masih belum tentu suksesss..."
terburai ketawa mendengarnya..
Rata-rata mereka tidak mahu mengaku (tentang kebolehan mereka yang satu  itu). Tapi, aku dan Bang Uti perasan, ada sebuah tugu harimau besar  dibina oleh pemerintah di pintu masuk ke Kerinci Sebelat. Berhampiran  dengan ladang teh dan ladang pokok kayu manis.
P/s penah dengar cerita kat malaysia harimau jadian di gunakan untuk jaga dusun durian..sama macam di indonesia..