Lubang dah tersedia elok. tombol penyimbah sudah ada. Air penuh di tong  penyimpan. Jadi apa lagi? Takkan mahu biarkan “benda” itu. kau mahu  pertontonkan kepada orang lain? Lepas “melepas” di lubang , flush  cepat-cepat!
Benarlah. Tanggung jawab dan sifat sivik orang kita masih tidak berubah.  Umur sudah dewasa. Matang sudah namanya. masuk Universiti lagi! Tetapi  adab yang satu ini masih menjadi igauan ngeri. Pernah atau tidak di  rumah dahulu mak atau ayah ajar kalian adab ke tandas? Tak pernah?  Patutlah bapak borek anak rintik. Titik!