Kehadapan sahabatku Lim Choo Han yang berada di... aaa... tak tahu di mana.
Apa khabar? Di harapkan sihat-sihat belaka hendaknya. Saya di sini pun  sihat-sihat sahaja, cuma cuaca di Uganda sedikit panas daripada biasa.  Maklumlah... kesan daripada penipisan ozon menyebabkan cuaca dunia  menjadi semakin tidak menentu.
Semalam, ada seorang perempuan dari Kuala Lumpur menelefon saya, "Kalau  awak betul-betul berada di Uganda - awak kena sumpah awak berada di  uganda. Awak pula macamana? Apakah ada seorang dua perempuan yang  menelefon awak dan menyuruh awak berbuat perkara yang sama? Saya harap -  ada!
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu anda bahawa saya  telah menukar kerakyatan saya kepada kerakyatan uganda. Ini adalah  kerana di Malaysia amat sukar sekali untuk mencari jodoh yang berlainan  warna kulit, jadi uganda adalah destinasi sesuai kerana semuanya sama  kaler dan tidak memilih warna apa pun.
Oklah, panjang benar kita berbicara pada kali ini, dan oleh kerana masa  begitu mencumburui kita, saya sudahi poskad saya ini dengan ucapan  Selamat hari Raya dan dengan pertanyaan Kenapa Dah Lama Tak Hantar  Berita?
Yang benar,
Raju Cha Cha
Kampala, Uganda.