Friday, July 2, 2010

Gadis Tepat..

sebelum dia kenal apa itu cinta.dia tidak berjaya menemuinya.

setelah dia kenal apa itu cinta.akhirnya dia telah berjaya menemuinya.



dia menemui gadis itu.

gadis tepatnya.


mereka berdua berikrar untuk terus menuju kehidupan yang wukuf.


walaupun dia masih mentah lagi untuk meneruskan kehidupan yang penuh duri-duri.

akhirnya.

sekali lagi dia tunduk kepada kententuanNya.

gadis tepatnya telah pergi.

meninggalkan tanpa berita.

kecewa sungguh dia.air mata bukan teman setianya lagi.

mana mungkin dia melupakan gadis tepatnya?.



setelah sekian lama dia menyendiri.

dia kembali berdiri tegak.

kali ini,dia telah membuang kenangan silam jauh ke dalam lubuk paling dalam.

gadis tepatnya sekali lagi telah ditemui.

dia tidak mahu kecewa untuk kali kedua.

harus

dia bersama gadis tepatnya menganyam satu perjanjian.

perjanjian untuk kekal bersama hingga abadi.

namun.

langit tidak selalu cerah kerana asap kilang yang tebal

sekali lagi dia tunduk kepada kententuanNya.

gadis tepatnya bukanlah gadis mahupun betina tapi BINATANG!.

dia kecewa,dia tertekan.

mengapa begini nasibnya?.
..................................................................


untuk keberapa kali yang dia tidak pasti...

dia bertemu dengan gadis tepatnya..

tetapi..sebelum menganyam perjanjian bersama

dia terpaksa menderita..
sebelum dapat bersama gadis tepatnya..

dan

kini dia bersama gadis tepatnya..
mereka berdua menganyam rasa kasih,rasa cinta dan sayang.
mereka berdua berjanji akan terus bersama walaupun terhad.
mereka berdua berjanji akan mengharungi liku- liku bersama.

dia tersenyum.

riang.

tawa.

tersentuh.

sesungguhNya maha adil!.

gadis tepatnya mampu memberikan rasa *bunga-bunga* yang selama ini dia idamkan.

dia berdoa

agar

semua ini akan terus kekal hingga abadi.