Monday, August 2, 2010

Unta Padang Pasir Pandai Lagi Dari Ko!!

Bila cerita pasal Facebook, memang jadi fenomena meletup-letup sangat, Sana-sini orang cerita pasal facebook, dari budak baru lahir sampai lah imam satu masjid kampung aku pun berebut buka akaun facebook. Memang dasyat betul penangan benda alah ni. Sampai satu tahap, siapa yang takde akaun facebook memang kena cop kodi berkoyan-koyan betul.

Dia punya fasiliti dalam facebook ni, berbagai-bagai, macam-macam kemahiran boleh dapat. Boleh jadi petani, peladang, pemain bola, rock star,mafia, tinggal takde kemahiran belajar cara nak proses ubat nyamuk jadi dadah lagi. Kalau ada, aku rasa memang berduyun yang pakai PORSCHE kat Malaysia, paling koman nak "cover line" pun pakai Satria GTi.

Benda alah Facebook ni pun, banyak guna juga, boleh jumpa kawan-kawan lama. Dari zaman Tadika Kemas kat Batu 9 sampai lah zaman STPM blaja main-main aleh2 dapat masuk universiti amek degree. Jemput kenduri kahwin pun sekarang pakai main ikut benda alah ni juga. Memang kedekut betul makrop yang buat jemputan macam tu. Keh keh keh.

Cuma

Satu saja yang aku tak puas hati. bila ada fasiliti buat "group" ikut suka hati korang. Mula-mula buat "group" alumni tadika atau universiti, itu boleh diterima masyarakat lagi. Lepas tu buat "group" benci/suka/gedik dekat orang tertentu. Itu setengah masyarakat boleh terima lagi.

Tapi

Paling aku menyampah sekali bila buat "group" yang aku rasa peratusan penggunaan akal pencipta "group" tinggi sikit dari pokok kacang panjang. Ada ke patut buat "group" Adakah pisang ini boleh dapat ramai fans dari Fara Fauzana?. Adoiiiiii, lu orang ni memang takde kehidupan ke?.

Satu lagi "group", Kami lelaki hensem. Hek eleh, aku pun "kacak" juga, takdelah sampai kebulur sangat nak promosi diri. Aku sendiri pun hairan, apa motif "group" ini semua di buat?.

Kalau takat nak isi masa lapang, baik bawa-bawa pergi mancing ker, main bola ker, cari suratkhabar lama buat kitar semula ker. Lagi faedahlah oi!.

Sekian, dari aku yang memang asyik tak puas hati. Keh keh keh.