Sebagaimana cinta itu datang tanpa sebab yang sekukuh KLCC, begitulah cinta akan berambus, juga tanpa satu alasan yang konkrit. Konsep ini adalah untuk difahami, tetapi agak sukar untuk dijelaskan. Jika kamu baru putus cinta, anggaplah semua itu satu sesuatu berharga yang perlu dibanggakan sepanjang hidup.
Jadi, biarkan sahaja ia berlalu, walaupun tanpa sepatah haram alasan, dan teruskan hidup lu dengan pencarian cinta yang baru.
Life is too short to be looked back upon, heh, ini kata-kata yang gua tak mahu sudahkan.
Dan pada pandangan gua, banyak hubungan "testis dan vagina" atas planet bumi ini bertahan, hanya kerana di selaputi oleh sentimen komitmen, rasa tanggungjawab, kesinambungan genetik, pandangan agama yang sinis, idealogi konservatif dan melankolis serta ego. Pengekalan hubungan dibuat bukan lagi atas paksi cinta, tetapi lebih kepada perkara-perkara yang telah gua sebutkan di atas. Tapi gua rasa ini tak betul, lu pun mesti fikir gua tak betul kan? Gua tau kasih sayang dan saling tolak ansur tu yang paling tepat untuk membina dan mengekalkan hubungan.
Berhiburlah, kerana lu sepatutnya bersyukur di tinggalkan, di gantung mati dalam usia muda tanpa sebarang ikatan.
Bergembiralah, kerana sekarang lu dapat membuka mata lu untuk mengetahui realiti kejam planet bumi.
Jangan mencari sebab mengapa hubungan lu tidak berjaya, kerana sebenarnya semua alasan hanyalah sekadar sebab untuk menyebabkan tindakan. Dan sebab sebab itu semuanya hanyalah akan menambah lagi sakit dalam jiwa lu. Banyak lagi "testis dan vagina" liar diluar sana. Lu carilah
Statistik penduduk Malaysia adalah seramai 28,900,00 dan dibahagi 2 kepada "testis dan vagina"
ia adalah seramai 14,450,00 bagi setiap jantina di campur sekali dengan "testis dan vagina" yang dah expired, out dated, under age, married, serabai, kampret, nanah dan berlendir, HIV, Siplis, Kurap, Kayap dan dua alam. Bayangkan lah berapa banyak lagi yang belum di explore.. Lu cari la masa nak tau mana lu punya. Berapa punya banyak yang menanti lu.!
Tetapi jika lu mempunyai cinta, dan cinta itu lu rasakan ianya cinta sejati. hargailah dan hormatilah ia seperti mana lu hargai diri dan keluarga lu. tapi hingat nie You can't put a price tag on love, but you can on all its accessories. Dan jika belum menemuinya jangan gusar gundah gelana dengan siapa yang bakal lu orang temui. . Dan jika lu masih menunggu diri nya pastikan lu pasti itu adalah betul soulmate/Cinta kimia/Cinta mati/Cinta hakiki/lu name it lah. Pastikan ia adalah benar cinta yang di tujukan untuk lu dari Nya Yang Esa dan bersungguh sungguhlah menunggu hubungan yang abadi.
Gravitation can not be held responsible for people falling in love.