Dia menggenggam degup jantungku, merentap sesak nafasku,  dan  menakluki setiap bucu fikiranku. Macam bunian, meremangkan bulu romaku,  bilamana  hampir setiap buat tiap perilaku dijajahi dengan  kehadirannya,  senyumannya, hilai tawanya, tutur fasihnya, lirik jeling  manja matanya, pukulan  lembut jari jemarinya
Ia seakan subur dalam setiap rongga rongga peluhku, dalam setiap sel sel darahku hingga ke setiap ruas ruas pembuluh darahku.
Untuk  setiap oksigen  yang aku hirup dan karbon yang aku hembuskan, ada rasa  rasa yang hidup  bergetar  di bucu bucu segi hempedu, tamparan tamparan  aneh yang tak mahu hilang, yang  tak mahu pergi, yang tak mahu hapus  sedang bertampar hebat menghapus kewarasanku
Tanpa sedar  dan tidak, walau jasad berpalit seribu kecerian, walau  tampak gagah  menghadapi hodoh dan bodoh kenyataan, kadang kala seperti  diejek dan  dicubit dengan kewarasan palsu, masih wujud wajah sayu yang  menyurami  hari hariku, masih terlintas kelibat bayang bayang yang mengekor  setiap  langkahku.
Dalam dada kekal berselirat dengan dengan rasa  rasa terbuang, kekal berserabut dengan rasa rasa tak terluah yang  semakin kental, keras dan membungkam bersama setiap degup jantung.
" it was not painful feeling but its hurts, it hurts, and its damn hurts ...... Still.."