Sunday, November 6, 2011

Jatuh

Bebas.? Adalah sesuatu yang berbahaya dan berat ertinya. Selama ini aku hanya mampu gapai bebas hanya dengan kuku jari aku dan bukan seluruhnya.

Bebas, lepas dan lebih baik.

Aku tidak mahu lagi ada kedut kedut wajah yang melingkar di muka semata untuk menenangkan fikiran dan jiwa lain, tiada lagi kegundahan yang melingkar dalam darah untuk menyelesaikan masalah kuadratik yang tidak membantu, menekan dan menenggelamkan reputasi kewujudan aku.

Tiada lagi suara suara halus dan sumbang yang menyumbang mempersoal niat dan kejujuran setiap perilaku yang sumbang yang aku sumbangkan. Tiada lagi suara yang mempersoal cara aku bertindak dalam sesuatu. Dan, yang paling berharga bilamana, aku tidak perlu dan tiada lagi jiwa jiwa yang perlu aku jaga dalam mengimbangi berat keputusan aku.

Mana mungkin seorang manusia tidak berkonfrontasi dan mengadai prinsip perhubungan.

Aku juga jatuh dan sungkur bila ditebak dan di tekan oleh keluarga dengan keputusan yang aku buat.Mana mungkin aku mahu memijak apa yang telah diwariskan pada aku. Atau. Aku tidak mahu ada bola besi yang mengekang kaki dari memburu fantasi keabadian aku sendiri. Mungkin juga kamu seperti aku, kecuali kalau kamu cepat berasa selesa dengan apa yang diwariskan, tanpa sedikit usaha untuk kamu pertontonkan. Cepat berasa selesa dengan apa yang kamu ada dan apa yang kamu punya. Hey, itu bukan aku, itu bukan aku.!

Kini,
Aku hanya mahu lepas, bebas, dan tidak dipengaruhi sesiapa.
Terus dengan kitab pojok sembahan teori kuadratik aku sendiri, Walau getir ditekan, diketis menyungkur dek sahabat dan keluarga, aku masih, masih, cuba berdiri tanpa ada yang menghulur untuk disambut.

Perhaps, i don't really exist

Dan kini aku sedar, aku tidak lagi merindui sesiapa.

.......
Entah atas dasar apa aku berbohong tidak merindui sesiapa.
Aku mahu kau tahu walaupun aku tahu kau tidak mahu tahu
Dan, kau tahu at this moment aku masih menunggu seperti dulu.

Tidak, tidak pernah berubah.










Life is all about waiting, kan.?