Monday, January 10, 2011

Kemudi

Aku rasa sunyi, setiap masa; di tengah-tengah keramaian, di sisi teman-teman yang sedang rakus bertukar-tukar pengalaman, cerita dan informasi, di tengah tengah  ribut berkelahi perihal bontot bontot impian sang politikus. Beza dengan hari ini. Aku rasa lebih sunyi., sepenuhnya kosong, ada lubang lubang dalam yang tidak mampu ditimbus mati. Lambaian pokok di seberang, dan semua yang terpapar di retina mata semua bergerak dengan perlahan.

Rasa rasa terbuang dan terbiar, sekali lagi cuba menghantui logik akal.

Tiada alunan lagu lagu merdu, tiada bait bait lagu melankolik menghibur hati, warna warna subuh yang meluncur sayu menenmbusi tirai tetingkap yang tak pernah bertutup, hanya letusan dengkur yang berlibur membangkit kewujudan.

*sms* aku tak dapat tidur, aku agak menderita, semakin aku  pelajari agama kau, semakin banyak timbul rasa bersalah kepada tuhan, aku rasa tidak senang dengan apa yang telah aku lakukan dulu. Agama kau agama yang cantik, yang munkin tidak ada pada agama agama lain. Agama kau agama yang suci.

O wanita, jangan kau mulakan.
Aku abaikan, kerana ini bukan yang menusuk dan merobek kasar ego ku.
Tapi lebih kepada pertanyaan di laman sosial mari bersoal jawab..
"who Love you Lately". Jari menjadi kaku untuk mencantum baris baris jawapan.

Aku cuma mahu hilang, melarut dan meresap sepertimana siang di telan gelap malam. Aku tidak mahu diingati, aku mahu dilupai, kerana aku cuma mahu menanti sesuatu yang pasti, sesuatu yang mampu mengemudi gelombang duniawi yang gelora, ganas dan rakus dalam menghalangi pelayaran ke pelabuhan.
........................

Hidup bukan satu perjalanan yang lurus, bukan satu perjalan yang lurus.
satu masa.
Bila hamparan di dada mula retak terbuka.
Bila retak sumbing bibir ini mula berkata kata.
Saat dan waktu ini.
Betapa aku menyanjungi.
Di sebalik seloroh jenaka.
Aku terlindung lemah dengan penafian dan keinginan
Untuk berlayar tenang dan bukan di bantai gelora.