Aku tahu, aku mungkin tidak mampu menjadi sesuatu dalam hidup kau,
dengan sisa sisa masa yang tertinggal ini, sisa sisa ini,
biarlah aku terus menjadi "pahat" dan mengukir sesuatu dalam hidup kau.
Dan nanti, bila kau sudah berhenti berlari, penat menari, letih membenci dan
muak berfikir nanti. Bila kau tidak mahu lagi melawan arus
Ketahuilah, aku akan terus terusan menjadi bayang hitam pada sisa sisa rasa terbuang itu.
# Perhaps, Perhaps, Perhaps.#