Assalamualaikum Brader..
Aku tulis note ni, aku harap kau baca. Aku takda niat nak stalk hidup kau, aku harap lepas kau baca surat berhantu aku, aku harap kau sedar. Aku hidup lebih dulu dari kau. Itu tak bermaksud aku lebih pandai dari kau. Tapi sebelum kau mati sebagai anak derhaka. Aku rasa layak untuk aku karang note ini, aku malas nak tegur kau depan - depan nanti kau tarik muka dengan aku. Kalau kau tarik muka mulalah aku rasa nak pijak - pijak kau.
Ok. Kau dah sedar.? Belum lagi.? Ok aku sambung lagi, kau tahu tak berapa susah mak ayah kau kat kampung tu, berapa susah mereka cari duit untuk sara hidup kau kat sini. buat kerja - kerja buruh, kerja kasar, pakai koyak koyak. Takda hati nak beli baju baru sebab nak sara hidup kau kat sini. Takda duit nak pergi Mekah, Korek duit sana sini untuk sara kau, minta dari adik beradik kau, sedara mara kau, atuk nenek kau, jiran jiran kau. Kau pula.! Enjoy.! tak ingat keluarga, tak ingat tuhan, hanyut dengan duniawi Kuala Lumpur. Ok, aku tahu seribu alasan yang akan kau akan katakan, Hey, kau sedar tak ni. Kau nak kata kau "broken family" sejauh mana broken kau berbanding orang lain. Elok pula orang lain yang jauh lebih broken dari kau. Boleh maju, boleh capai cita - cita, boleh bagi ijazah dekat mak ayah kat kampung.
Babi.! Kau sedar tak nie. Kau sedar tak, aku taknak layan cerita cerita karut kau tentang mak ayah kau, sanggup kau gadaikan maruah mak kau, kau kata mak kau ambik duit kau buat shopping gila babi. Kau nak aku percaya tu semua. Aku tak bodoh dan kami tak bodoh untuk mempercayai cerita cerita karut kau. Ada kau call mak ayah kau kat kampung hari hari, ada,? Ada call seminggu sekali.? Ada.? Tak kan. Kau tak call kan. Kau call pun bila kau takda duit. Takda not not hijau untuk kau belanjakan.
Celaka.! Kau dah sedar belum.? Oww masih leka diulit gadis.? Sejauh mana kau mampu pergi dengan gadis gadis pilihan kau tu. Ada sampai ke jinjang pelamin.? Tak kan. Paling kuat boleh tahan sebulan, duit kau pula ribu ribu habis kat gadis gadis kau. Ratus ratus habis kat topup. Ada kau fikir mak ayah masa kau dapat duit. Ada kau kisah kakak abang dan adik kau banting tulang kat kampung tu semata nak biaya perbelanjaan maksiat kau kat Kuala Lumpur nie. Duit yang mak ayah abang adik kakak kau kumpul untuk hantar mak ayah pergi Mekah, kau tolong habiskan..
.....
Brader.. Sedarlah, aku nak tanya kau, dalam sujud kau, ada kau doakan mak ayah kau.? Aku bagi jawapan bagi pihak kau. "tak aku tak pernah doakan sebab aku tak sujud mengadap tuhan" - Kau lupa doa mandi wajib ke.? Aku boleh ajarkan, cuma kau kena ada kekuatan untuk terus terang dengan aku. Brader, aku bukan kasyaf, aku bukan dapat menerobos hati hati korup seperti kau, hati hati gelap seperti kau, kau tahu mana aku tahu pasal keluarga kau. Aku bukan duduk kat Kuala Lumpur ni aku kenal orang sini je. Kau silap.! Dari johor sampai ke perlis membawa ke sabah sarawak, kalimantan dan sumatera, semua ada kaki. Jadi, hentikanlah penipuan kau. Hentikanlah.!
......
Kau tahu apa kakak kau cakap dengan aku, " akak nak tengok dia berjaya, ada ijazah, bukan jadi macam nie, habiskan harta mak ayah, buat mak ayah akak susah hati, sedih, kalaulah dia sedar".- Aku jawab dengan jawapan yang kurang jujur, isyaallah dia berubah. Mana aku jumpa kakak kau, jangan tanya. Kau nak suruh aku faham perasaan kau.? Apa gila aku nak faham hati budi orang macam. Dah aku nak makan sarapan kat pelita tu
...
Siapa kata masuk syurga itu mudah.
Syurga meminta tebusan yang sangat mahal.
Kesedaran yang tinggi dan amal yang besar.
Keberanian yang tak kenal gentar.
Selebihnya syurga meminta ketakutan.
Dan Cinta kepada tuhan.
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menydukungmu dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Ku-lah kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersatukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Ku-lah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (QS. Al-Lukman: 14--15)