Wednesday, February 3, 2010

Hang Tuah Bukan Berbangsa Melayu.

Hang Tuah Bukan Berbangsa Melayu.

Gemilangnya Melaka
Lahir panglima bijaksana
Bendahara Seri Maharaja
Punya Pahnlawan Perkasa

Tun Tuah gagah perwira
Taatnya tidak terkira
Jebat satria mulia
Sama hebatnya

Misteri Laksmana Tuah
Ghaibnya tanpa makamnya
Hingga kini jadi tanda Tanya
Yang Tinggal hanya sejarah



Seronok membaca artikel-artikel yang mengatakan bahawa Hang Tuah sebenarnya adalah berbangsa Cina. Kesemua hujah yang diketengahkan berpaksi kepada nama Hang Tuah itu sendiri, oleh kerana dikatakan bahawa nama "Hang" tiada di dalam koleksi nama-nama Melayu dan sebaliknya nama "Hang" itu lebih mirip sebutannya di dalam bahasa Cina lantas terus dihukum bahawa Hang Tuah sebenarnya berbangsa Cina.

Ada juga artikel yang menyebut bahawa sebuah badan penyelidik iaitu The Federal Association of Arc & Research of Michigan, USA telah menjalankan kajian dan mendapati bahawa Hang Tuah adalah berbangsa Cina, bolehkah penulis artikel tersebut sertakan sekali alamat & no contact ataupun alamat website badan penyelidik ini agar dapat dipastikan adalah ianya WUJUD dan benar-benar telah menjalankan kajian, ataupun ini hanyalah satu hujah palsu.

Isu menidakkan keMelayuan Hang Tuah adalah usaha-usaha untuk menyatakan bahawa orang Melayu bukanlah penduduk asal Tanah Melayu.

Tuduhan bahawa Hang Tuah bukan Melayu hanyalah tuduhan liar dan disokong dengan hujah-hujah yang tidak kukuh. Kehebatan Hang Tuah 5 bersaudara dikenang oleh kerana kehebatannya bersilat. Tanyalah mana-mana pengamal seni Silat dan Gung Fu/Kung Fu, adakah sama konsep dan "rasa" diantara kedua-dua jenis seni beladiri ini. Jawapannya adalah berbeza sekali, perbezaan yang nyata dari segi "rasa" dan "gerak".

Tetapi dalam Sejarah Melayu ada menyebutkan gelaran per"Hang"an diberikan kepada keturunan tertentu.Penggunaan "Hang" pada orang Melayu samalah dengan penggunaan "Sang" yang telah luput ditelan zaman.Dengan beredarnya zaman orang Melayu sekarang memilih untuk menggunakan nama Arab seiring dengan Islam.Lalu nama-nama asal orang Melayu seperti Awang,Dayang,Uda,Dara,Luncai,Pandir,Kaduk juga telah dilupakan.

Dan sekiranya orang Cina terlebih dahulu sampai di Tanah Melayu, kenapakah adat resam orang Melayu dan Cina begitu berbeza sekali, tidak seperti adat resam orang-orang Melayu dan India yang mempunyai persamaan kerana orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam adalah pemeluk agama Hindu.

Pengikut Puteri Hang Li Po yang bermastautin di Tanah Melayu masih wujud dan kekal hingga kini, merekalah masyarakat Baba & Nyonya yang masih mengekalkan adat istiadat mereka hingga ke hari ini. Tidak pula mereka bertukar mejadi Melayu.

Kenapa pula Hang Tuah yang menjadi pertikaian? Mengapa tidak diagung-agungkan Laksamana Cheng Ho yang terbukti adalah pelayar pertama mengelilingi dunia. Adakah beliau tidak diagung-agungkan kerana Laksamana Cheng Ho adalah seorang Muslim?

Tuesday, February 2, 2010

Kufur jika sokong penggunaan nama Allah-Harun Din

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan beberapa penulis blog termasuk pemimpin politik yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaaan kalimah 'Allah' dalam akhbar Khatolik, adalah mereka yang ada ' short wire ' .

Dalam erti kata lain, otak mereka mungkin sudah ada masalah, tak betul atau mungkin gila.

Barangkali, Yang di Pertua PAS Shah Alam, Khalid Samad, antara yang menulis di blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah, boleh terasa pedas maksud di atas kerana ahli parlimen itu yang 'makan cili'.

Malah tambah Dr Haron lagi, mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan yang memihak akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran serta syirik.

"Menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam bermakna kita redha. Bila redha, juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik," kata Dr Haron dalam sidang media di kediamannya di Bangi, petang Isnin.

Untuk rekod dalam hiraki parti PAS selaku Timbalan Musyridul Am beliau dikira ulama nombor dua paling kanan dalam pengetahuan bab agama selepas Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya pada penulis blog termasuk pemimpin parti-parti politik yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu.

Katanya, memanglah setiap orang ada kebebasan bersuara menyatakan pandangan.

"Kalau hal siasah ataupun politik memanglah ada banyak padangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya.

Pada sidang media itu, beliau menunjukkan bukti 'Holly Bible' yang pada halaman pertamanya sahaja mencatat God, Lord serta Jesus dan tiada langsung perkataan kalimah 'Allah'.

Ini katanya berbeza berbanding dalam al Quran bermula halaman pertama sudah ada kalimah Allah malah dalam Surah Al-Baqarah, daripada 286 ayat terdapat 279 kalimah itu.

Dr Haron menjelaskan, ini membuktikah kalimah Allah adalah eksklusif untuk agama Islam.

Beliau berkata, berdasarkan persefahaman inilah, umat Islam dan bangsa lain hidup harmoni di negara ini dengan menghormati agama setiap kaum.

Dalam pada itu, Dr Haron meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.

"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.

Menurutnya, mungkin pada permulaan kalimah itu hanya untuk penerbitan sahaja tetapi mungkin lama kelamaan akan diletak pada salib dan sebagainya.

Ulama dalam PAS itu juga berharap pada masa akan datang, perkara membabiitkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.

"Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Tinggi Syariah," katanya.

Beliau juga menyeru kepada semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.

Kenyataan Dr Haron ini menyusul selepas Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik juga menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

''Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah''.

Monday, February 1, 2010

Jutawan Saman Aljubori

Ramai tersenyum apabila peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim beritahu Penasihat PKR itu akan saman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akhbar Utusan Malaysia RM100 juta kerana dakwa memfitnahnya.

Ini ekoran Utusan Isnin melaporkan di muka depan kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu.

Tersenyum kerana dua sebab. Tindakan menyaman bermakna Anwar masih percaya kepada sistem perundangan negara ini walaupun siang malam pagi petang asyik jaja kata institusi kehakiman negara ini sudah teruk dan tidak boleh dipercayai.

Keduanya, semua orang tersenyum kerana jika saman terbaru ini dilaksanakan, sejak tahun 1999, tuntutan saman Anwar di mahkamah yang masih belum selesai sehingga kini telah mencecah RM520 juta.

Namun tiada satu pun yang telah selesai.


Berikut adalah senarai sejak tahun 1999 hinggalah 2009 saman fitnah dengan nilai puluhan dan ratusan juta yang telah dikemukakan oleh Anwar:

27 Mei 2009 - Anwar memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap Menteri Luar, Datuk Anifah Aman kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah. Anifah dalam kenyataannya menyatakan bahawa Anwar pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya sebagai ‘umpan’ melompat parti selepas pilihan raya umum tahun 2008.

18 April 2008 -Anwar memfailkan saman untuk menuntut ganti rugi RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Siong yang didakwa memfitnah beliau semasa berkempen pada pilihan raya kecil Machap pada tahun 2007.

7 Mac 2008 – Anwar memfailkan saman terhadap Khairy Jamaluddin bagi menuntut ganti rugi RM100 juta kerana didakwa memfitnahnya dalam satu klip video dan artikel yang disiarkan dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com.

6 Mac 2008 - Anwar memfailkan saman terhadap Dr. Chandra Muzaffar bagi menuntut ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnahnya dalam dua akhbar tempatan berbahasa Inggeris, semalam. Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) itu telah membuat komen berunsur fitnah terhadapnya dalam satu forum anjuran Star Publication Berhad pada 3 Mac lalu.

30 Nov 2006 – Kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap syarikat akhbar The New Straits Times Press (M) Bhd. (NSTP) dan bekas Ketua Pengarang Kumpulannya, Tan Sri Abdullah Ahmad untuk menuntut ganti rugi RM100 juta kerana memfitnahnya melalui rencana bertajuk: Anwar‘s link to US Lobbyist (Hubungan Anwar dengan pelobi Amerika).

28 Januari 2006 - Anwar saman Tun Dr Mahthir Mohamad dan menuntut ganti rugi RM100 juta setelah mendakwa Perdana Menteri memfitnahnya pada satu sidang akhbar, September 2005. Pada 23 September 2005 Anwar menyerahkan surat tuntutan melalui peguamnya kepada Dr. Mahathir yang menuntut bekas Perdana Menteri memohon maaf secara bertulis dalam tempoh 14 hari kerana didakwa memfitnahnya, jika tidak akan disaman RM100 juta. Pada tahun 1999, Anwar mengemukakan saman malu terhadap Dr. Mahathir Mohamad dan menuntut ganti rugi RM100 juta setelah mendakwa bekas Perdana Menteri memfitnahnya pada satu sidang akhbar, September 1999.

1 Julai 1999 – Anwar saman Sun Media Corporation yang menuntut RM100 juta atas dakwaan akhbar terbitan syarikat itu menyiarkan artikel yang memfitnah dirinya. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu memfailkan writ samannya ekoran penyiaran artikel bertajuk Anwar's behaviour despicable - PM di muka surat dua, akhbar The Sun bertarikh 23 September 1999 dikatakan telah memfitnahnya.

Berdasarkan rekod, sejak dibebaskan dari penjara kerana disabitkan kesalahan salah guna kuasa pada tahun 2004, tujuh saman telah dikemukakan oleh Anwar terhadap orang membuat kenyataan mengkritik dan mendedahkan sesuatu mengenai dirinya.

Namun selain saman yang telah difailkan, Anwar juga pernah membuat ancaman akan menyaman tiga orang lagi dengan nilai jutaan ringgit.

Semasa kempen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos 2008, Anwar dilapor akan menyaman dan tuntut gantirugi RM60 juta terhadap bekas teman permainan tennisnya, Datuk S. Nallakaruppan kerana membuat kenyataan bahawa Anwar menerima RM60 juta daripada syarikat judi Magnum Corporation semasa menjadi Timbalan perdana Menteri.

Well nama dia pun Anwar Ibrahim kan? Manusia penuh kontroversi.Tak jemu dengan satu per satu taktik untuk mengalih tumpuan masyarakat terhadap kes yang di kemukakan pada beliau.Saman bukan sikit-sikit.Semua main juta-juta.Konon nak kasi masyarakat nampak bahawa beliau tidak MAIN-MAIN.Kesudahannya?? SENYAP je.