Ramai tersenyum apabila peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim beritahu  Penasihat PKR itu akan saman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin  Yassin dan akhbar Utusan Malaysia RM100 juta kerana dakwa memfitnahnya.
Ini ekoran Utusan Isnin melaporkan di muka depan kenyataan Muhyiddin  yang menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan  orang Melayu.
Tersenyum kerana dua sebab. Tindakan menyaman bermakna Anwar masih  percaya kepada sistem perundangan negara ini walaupun siang malam pagi  petang asyik jaja kata institusi kehakiman negara ini sudah teruk dan  tidak boleh dipercayai.
Keduanya, semua orang tersenyum kerana jika saman terbaru ini  dilaksanakan, sejak tahun 1999, tuntutan saman Anwar di mahkamah yang  masih belum selesai sehingga kini telah mencecah RM520 juta.
Namun tiada satu pun yang telah selesai.
Berikut adalah senarai sejak tahun 1999 hinggalah 2009 saman fitnah  dengan nilai puluhan dan ratusan juta yang telah dikemukakan oleh Anwar:
27 Mei 2009 - Anwar memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta  terhadap Menteri Luar, Datuk Anifah Aman kerana didakwa mengeluarkan  kenyataan berunsur fitnah. Anifah dalam kenyataannya menyatakan bahawa  Anwar pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya  sebagai ‘umpan’ melompat parti selepas pilihan raya umum tahun 2008.
18 April 2008 -Anwar memfailkan saman untuk menuntut ganti rugi RM10  juta terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Siong yang didakwa  memfitnah beliau semasa berkempen pada pilihan raya kecil Machap pada  tahun 2007.
7 Mac 2008 – Anwar memfailkan saman terhadap Khairy Jamaluddin bagi  menuntut ganti rugi RM100 juta kerana didakwa memfitnahnya dalam satu  klip video dan artikel yang disiarkan dalam beberapa laman web termasuk  Malaysiakini.com.
6 Mac 2008 - Anwar memfailkan saman terhadap Dr. Chandra Muzaffar bagi  menuntut ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnahnya dalam dua  akhbar tempatan berbahasa Inggeris, semalam. Dalam pernyataan  tuntutannya, Anwar mendakwa Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST)  itu telah membuat komen berunsur fitnah terhadapnya dalam satu forum  anjuran Star Publication Berhad pada 3 Mac lalu.
30 Nov 2006 – Kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap syarikat  akhbar The New Straits Times Press (M) Bhd. (NSTP) dan bekas Ketua  Pengarang Kumpulannya, Tan Sri Abdullah Ahmad untuk menuntut ganti rugi  RM100 juta kerana memfitnahnya melalui rencana bertajuk: Anwar‘s link to  US Lobbyist (Hubungan Anwar dengan pelobi Amerika).
28 Januari 2006 - Anwar saman Tun Dr Mahthir Mohamad dan menuntut ganti  rugi RM100 juta setelah mendakwa Perdana Menteri memfitnahnya pada satu  sidang akhbar, September 2005. Pada 23 September 2005 Anwar menyerahkan  surat tuntutan melalui peguamnya kepada Dr. Mahathir yang menuntut bekas  Perdana Menteri memohon maaf secara bertulis dalam tempoh 14 hari  kerana didakwa memfitnahnya, jika tidak akan disaman RM100 juta. Pada  tahun 1999, Anwar mengemukakan saman malu terhadap Dr. Mahathir Mohamad  dan menuntut ganti rugi RM100 juta setelah mendakwa bekas Perdana  Menteri memfitnahnya pada satu sidang akhbar, September 1999.
1 Julai 1999 – Anwar saman Sun Media Corporation yang menuntut RM100  juta atas dakwaan akhbar terbitan syarikat itu menyiarkan artikel yang  memfitnah dirinya. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu memfailkan writ  samannya ekoran penyiaran artikel bertajuk Anwar's behaviour despicable -  PM di muka surat dua, akhbar The Sun bertarikh 23 September 1999  dikatakan telah memfitnahnya.
Berdasarkan rekod, sejak dibebaskan dari penjara kerana disabitkan  kesalahan salah guna kuasa pada tahun 2004, tujuh saman telah  dikemukakan oleh Anwar terhadap orang membuat kenyataan mengkritik dan  mendedahkan sesuatu mengenai dirinya.
Namun selain saman yang telah difailkan, Anwar juga pernah membuat  ancaman akan menyaman tiga orang lagi dengan nilai jutaan ringgit.
Semasa kempen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos 2008, Anwar  dilapor akan menyaman dan tuntut gantirugi RM60 juta terhadap bekas  teman permainan tennisnya, Datuk S. Nallakaruppan kerana membuat  kenyataan bahawa Anwar menerima RM60 juta daripada syarikat judi Magnum  Corporation semasa menjadi Timbalan perdana Menteri.
Well nama dia pun Anwar Ibrahim kan? Manusia penuh kontroversi.Tak jemu  dengan satu per satu taktik untuk mengalih tumpuan masyarakat terhadap  kes yang di kemukakan pada beliau.Saman bukan sikit-sikit.Semua main  juta-juta.Konon nak kasi masyarakat nampak bahawa beliau tidak  MAIN-MAIN.Kesudahannya?? SENYAP je.