Hang Tuah Bukan Berbangsa Melayu.
Gemilangnya Melaka
Lahir panglima bijaksana
Bendahara Seri Maharaja
Punya Pahnlawan Perkasa
Tun Tuah gagah perwira
Taatnya tidak terkira
Jebat satria mulia
Sama hebatnya
Misteri Laksmana Tuah
Ghaibnya tanpa makamnya
Hingga kini jadi tanda Tanya
Yang Tinggal hanya sejarah
Seronok membaca artikel-artikel yang mengatakan bahawa Hang Tuah   sebenarnya adalah berbangsa Cina. Kesemua hujah yang diketengahkan   berpaksi kepada nama Hang Tuah itu sendiri, oleh kerana dikatakan bahawa  nama "Hang" tiada di dalam koleksi nama-nama Melayu dan sebaliknya nama  "Hang" itu lebih mirip sebutannya di dalam bahasa Cina lantas terus  dihukum bahawa Hang Tuah sebenarnya berbangsa Cina.
Ada juga artikel yang menyebut bahawa sebuah badan penyelidik iaitu The  Federal Association of Arc & Research of Michigan, USA telah  menjalankan kajian dan mendapati bahawa Hang Tuah adalah berbangsa Cina,  bolehkah penulis artikel tersebut sertakan sekali alamat & no  contact ataupun alamat website badan penyelidik ini agar dapat  dipastikan adalah ianya WUJUD dan benar-benar telah menjalankan kajian,  ataupun ini hanyalah satu hujah palsu.
Isu menidakkan keMelayuan Hang Tuah adalah usaha-usaha untuk menyatakan bahawa orang Melayu bukanlah penduduk asal Tanah Melayu.
Tuduhan bahawa Hang Tuah bukan Melayu hanyalah tuduhan liar dan disokong  dengan hujah-hujah yang tidak kukuh. Kehebatan Hang Tuah 5 bersaudara  dikenang oleh kerana kehebatannya bersilat. Tanyalah mana-mana pengamal  seni Silat dan Gung Fu/Kung Fu, adakah sama konsep dan "rasa" diantara  kedua-dua jenis seni beladiri ini. Jawapannya adalah berbeza sekali,  perbezaan yang nyata dari segi "rasa" dan "gerak".
Tetapi dalam Sejarah Melayu ada menyebutkan gelaran per"Hang"an  diberikan kepada keturunan tertentu.Penggunaan "Hang" pada orang Melayu  samalah dengan penggunaan "Sang" yang telah luput ditelan zaman.Dengan  beredarnya zaman orang Melayu sekarang memilih untuk menggunakan nama  Arab seiring dengan Islam.Lalu nama-nama asal orang Melayu seperti  Awang,Dayang,Uda,Dara,Luncai,Pandir,Kaduk juga telah dilupakan.
Dan sekiranya orang Cina terlebih dahulu sampai di Tanah Melayu,  kenapakah adat resam orang Melayu dan Cina begitu berbeza sekali, tidak  seperti adat resam orang-orang Melayu dan India yang mempunyai persamaan  kerana orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam adalah pemeluk agama  Hindu.
Pengikut Puteri Hang Li Po yang bermastautin di Tanah Melayu masih wujud  dan kekal hingga kini, merekalah masyarakat Baba & Nyonya yang  masih mengekalkan adat istiadat mereka hingga ke hari ini. Tidak pula  mereka bertukar mejadi Melayu.
Kenapa pula Hang Tuah yang menjadi pertikaian? Mengapa tidak  diagung-agungkan Laksamana Cheng Ho yang terbukti adalah pelayar pertama  mengelilingi dunia. Adakah beliau tidak diagung-agungkan kerana  Laksamana Cheng Ho adalah seorang Muslim?