Entri kali ni adalah untuk menyahut seruan seorang teman untuk menulis permasalahan mengenai vagina dan testis yang tak  berkesudahan. Pada pendapat aku hubungan antara vagina dan testis adalah bukan sesuatu yang misteri, tetapi bagaimana kedua duanya tertarik adalah sesuatu yang misteri. Abaikan perbezaan paras wajah, aku tidak bijak dalam menilai rupa paras yang mencairkan.
Sebagai contoh, seorang Gadis Tudung Labuh Nan Ayu Berstokin, punyai  Seorang  Lelaki Maha Jahil, punyai Teman Wanita Maha Sosial. Tetapi yang  menakjubkan, mereka dapat bertahan untuk satu jangkamasa, dalam satu  Teman Lelaki Otak Kuning yang sangat limit agamanya.kondisi yang sangat aku sangsikan. 
. 
Mungkin sains boleh membantu. 
Tetapi bagi aku, hubungan ini mungkin didasari dan digantung oleh perasaan 'ingin  jadi'. Seperti Gadis Tudung Litup Nan Ayu Berstokin tadi, mungkin  dalam hatinya memberontak dan menyimpan keinginan bergelojak atau membara bara  'ingin jadi' individu lain yang  bertentangan dari sifat dan  sikap lemah lembut dan sopan santunya, lalu menyimpan angan menjadi individu  lain. Secara langsung, hati, jiwa dan perasaannya akan lebih tertuju untuk  menyukai individu yang memiliki ciri yang digambarkan di dalam slaid imaginasi fikiran 'ingin jadi'nya. 
Dengan memiliki individu yang menepati ciri makhluk 'ingin jadi'  tadi, maka, sedikit sebanyak telah membantu Gadis Tudung Litup Nan Ayu Berstokin memenuhi keinginan hatinya. Dia berharap, dengan adanya  Teman Lelaki Otak Kuning yang sangat limit pengamalan agama ini, secara  langsung akan membantu dan membawanya menjadi individu baru. 
Sebaliknya, Teman Lelaki Otak Kuning yang sangat limit pengamalan agama  itu mempunyai identiti dan pemikiran yang berlawanan. Mungkin kerana  sudah bosan hidup dalam kelalaian dan khayalan dia mengimpikan seseorang yang  mampu membawanya kembali ke pangkal jalan yang benar dan lurus. Dia mahu 'berubah'. Dia  'ingin jadi' baik. Dan dia benar-benar berharap yang Gadis Tudung Litup  Nan Ayu Berstokin tadi memberinya jalan, bimbingan, dan ditunjuk  ajar mengenai apa yang dicarinya. 
Akhirnya? Gagal. Tidak hairanlah hubungan tumbang  menyembah bumi dan akhirnya akan meneruskan pencarian individu yang  boleh membantu untuk merealisasikan keinginan hati 'ingin jadi'.
...... 
Konsep yang sama untuk Teman Lelaki Maha Naif dengan Teman Wanita Maha Sosial atauhubungan pelik yang pernah aku jumpa.
Burung gagak tetap dengan burung gagak, merak tetap  dengan merak, dan pastinya manusia akan berada dalam kelompok hanya dengan  kelompok yang mempunyai minat, keperluan dan tujuan yang sama. 
Jadi, lihat dengan siapa kamu bersama sekarang dan kaji, siapa kamu.  Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik, bukan.? Hey, baik itu pada  pandangan aku adalah perkara subjektif dalam erti kata kurang ajar, BULLSHIT.
Hampir semua orang percaya yang putus cinta pertama adalah  kesakitan yang menyakitkan. Ini mungkin kerana ia adalah tekanan mental terhadap satu pengalaman baru yang terlalu diagungkan ataupun semata-mata kerana EGO. 
Teori Dua
Jangkamasa sesuatu hubungan boleh bertahan adalah satu perkara yang tidak boleh ditakrifkan 
Sebagaimana perasaan cinta datang secara tiba-tiba dan tanpa  alasan, begitulah juga dengan perasaan benci. Jangan salahkan  diri kamu mahupun pasangan kamu jika mereka mahu berpisah. Ia adalah Semulajadi. 
Love can simply fades over time. 
3 bulan pertama adalah saat-saat terbaik dalam sesuatu hubungan.
 Honey Moon. Waktu seperti inilah si jantan sanggup dan mampu melakukan apa sahaja. 
You name it, and then he will get it for you. 
Akhir tempoh 
Honey Moon akan kelihatan bilamana mood untuk bersama  berkurang sedikit demi sedikit. Perasaan rimas, beban dan terkongkong mulai meliputi kesedapan bulan madu. Akan  mula timbul semester jeling tarik muka dan juga sesi juih bibir. Tiada lagi perlakuan untuk memuji dan membelai  
each other
Selepas tempoh 
 Honey Moon adalah satu tahap yang kritikal. Ia akan mencorak atau mencarikan  bagaimana hubungan kamu untuk peringkat atau level seterusnya seterusnya. Tempoh ini juga akan  memperlihatkan wajah sebenar pasangan kamu yang sangat berlainan dari tempoh bulan madu.
Jika hubungan kamu dalam tempoh ini penuh dengan drama TV3,  bersedialah untuk menempuhi filem Yusof Haslamn Ahmad Idham dan bukannya Razak Mohaiden untuk babak  seterusnya, itupun jika kamu membuat keputusan untuk terus terusan bersama. 
Pada pendapat aku, setiap hubungan yang mampu bertahan lebih lama memerlukan salah seorang dari sepasang 
merpati menjadi dominan.
Kamu yang pertama kali jatuh cinta dan putus cinta akan mengalami satu renjatan maha dahsyat yang akan menyukarkan sehingga mampu menitis air mata. Dan kamu akan mencari seseorang sebagai kayu untuk membuang renjatan maha dahsyat   kamu. Apabila renjatan sudah berkurangan, kamu menjadi lebih waras dan kayu dibuang kerana sudah tiada maknanya lagi.  Kamu  kembali bersedia untuk menjalin hubungan  yang  serius. Begitulah seterusnya.
Dan aku rasa hubungan kamu yang sering berubah, bebas, dan bercinta dalam jumlah lebih dari satu (1) pada satu satu masa hanya hubungan bertahap ringan ringan dan geli-geli sahaja,  Bak kata kaki kaki skandal.