Wednesday, February 9, 2011

Vagina Testis part 2.

Entri kali ni adalah untuk menyahut seruan seorang teman untuk menulis permasalahan mengenai vagina dan testis yang tak  berkesudahan. Pada pendapat aku hubungan antara vagina dan testis adalah bukan sesuatu yang misteri, tetapi bagaimana kedua duanya tertarik adalah sesuatu yang misteri. Abaikan perbezaan paras wajah, aku tidak bijak dalam menilai rupa paras yang mencairkan.

Sebagai contoh, seorang Gadis Tudung Labuh Nan Ayu Berstokin, punyai  Seorang Lelaki Maha Jahil, punyai Teman Wanita Maha Sosial. Tetapi yang menakjubkan, mereka dapat bertahan untuk satu jangkamasa, dalam satu Teman Lelaki Otak Kuning yang sangat limit agamanya.kondisi yang sangat aku sangsikan.
.

Mungkin sains boleh membantu.

Tetapi bagi aku, hubungan ini mungkin didasari dan digantung oleh perasaan 'ingin jadi'. Seperti Gadis Tudung Litup Nan Ayu Berstokin tadi, mungkin dalam hatinya memberontak dan menyimpan keinginan bergelojak atau membara bara 'ingin jadi' individu lain yang  bertentangan dari sifat dan sikap lemah lembut dan sopan santunya, lalu menyimpan angan menjadi individu lain. Secara langsung, hati, jiwa dan perasaannya akan lebih tertuju untuk menyukai individu yang memiliki ciri yang digambarkan di dalam slaid imaginasi fikiran 'ingin jadi'nya.

Dengan memiliki individu yang menepati ciri makhluk 'ingin jadi' tadi, maka, sedikit sebanyak telah membantu Gadis Tudung Litup Nan Ayu Berstokin memenuhi keinginan hatinya. Dia berharap, dengan adanya Teman Lelaki Otak Kuning yang sangat limit pengamalan agama ini, secara langsung akan membantu dan membawanya menjadi individu baru.

Sebaliknya, Teman Lelaki Otak Kuning yang sangat limit pengamalan agama itu mempunyai identiti dan pemikiran yang berlawanan. Mungkin kerana sudah bosan hidup dalam kelalaian dan khayalan dia mengimpikan seseorang yang mampu membawanya kembali ke pangkal jalan yang benar dan lurus. Dia mahu 'berubah'. Dia 'ingin jadi' baik. Dan dia benar-benar berharap yang Gadis Tudung Litup Nan Ayu Berstokin tadi memberinya jalan, bimbingan, dan ditunjuk ajar mengenai apa yang dicarinya.

Akhirnya? Gagal. Tidak hairanlah hubungan tumbang menyembah bumi dan akhirnya akan meneruskan pencarian individu yang boleh membantu untuk merealisasikan keinginan hati 'ingin jadi'.

......

Konsep yang sama untuk Teman Lelaki Maha Naif dengan Teman Wanita Maha Sosial atauhubungan pelik yang pernah aku jumpa.

Burung gagak tetap dengan burung gagak, merak tetap dengan merak, dan pastinya manusia akan berada dalam kelompok hanya dengan kelompok yang mempunyai minat, keperluan dan tujuan yang sama.

Jadi, lihat dengan siapa kamu bersama sekarang dan kaji, siapa kamu. Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik, bukan.? Hey, baik itu pada pandangan aku adalah perkara subjektif dalam erti kata kurang ajar, BULLSHIT.

Hampir semua orang percaya yang putus cinta pertama adalah kesakitan yang menyakitkan. Ini mungkin kerana ia adalah tekanan mental terhadap satu pengalaman baru yang terlalu diagungkan ataupun semata-mata kerana EGO.

Teori Dua

Jangkamasa sesuatu hubungan boleh bertahan adalah satu perkara yang tidak boleh ditakrifkan Sebagaimana perasaan cinta datang secara tiba-tiba dan tanpa alasan, begitulah juga dengan perasaan benci. Jangan salahkan diri kamu mahupun pasangan kamu jika mereka mahu berpisah. Ia adalah Semulajadi. Love can simply fades over time.

3 bulan pertama adalah saat-saat terbaik dalam sesuatu hubungan. Honey Moon. Waktu seperti inilah si jantan sanggup dan mampu melakukan apa sahaja. You name it, and then he will get it for you.

Akhir tempoh Honey Moon akan kelihatan bilamana mood untuk bersama berkurang sedikit demi sedikit. Perasaan rimas, beban dan terkongkong mulai meliputi kesedapan bulan madu. Akan mula timbul semester jeling tarik muka dan juga sesi juih bibir. Tiada lagi perlakuan untuk memuji dan membelai  each other

Selepas tempoh  Honey Moon adalah satu tahap yang kritikal. Ia akan mencorak atau mencarikan bagaimana hubungan kamu untuk peringkat atau level seterusnya seterusnya. Tempoh ini juga akan memperlihatkan wajah sebenar pasangan kamu yang sangat berlainan dari tempoh bulan madu.

Jika hubungan kamu dalam tempoh ini penuh dengan drama TV3, bersedialah untuk menempuhi filem Yusof Haslamn Ahmad Idham dan bukannya Razak Mohaiden untuk babak seterusnya, itupun jika kamu membuat keputusan untuk terus terusan bersama.

Pada pendapat aku, setiap hubungan yang mampu bertahan lebih lama memerlukan salah seorang dari sepasang merpati menjadi dominan.

Kamu yang pertama kali jatuh cinta dan putus cinta akan mengalami satu renjatan maha dahsyat yang akan menyukarkan sehingga mampu menitis air mata. Dan kamu akan mencari seseorang sebagai kayu untuk membuang renjatan maha dahsyat kamu. Apabila renjatan sudah berkurangan, kamu menjadi lebih waras dan kayu dibuang kerana sudah tiada maknanya lagi. Kamu kembali bersedia untuk menjalin hubungan yang serius. Begitulah seterusnya.

Dan aku rasa hubungan kamu yang sering berubah, bebas, dan bercinta dalam jumlah lebih dari satu (1) pada satu satu masa hanya hubungan bertahap ringan ringan dan geli-geli sahaja,  Bak kata kaki kaki skandal.