Chromosome Xy
Sedang memandu bersama beban muatan merbahaya yang dikendong berat tambah pula kisah dongeng yang menyempitkan lagi ruang kewarasan. Ditambah lagi sisa asap hitam yang diserap masuk bersama udara cemar disekeliling yang penuh dengan sampah sarap dan roti roti berkrim yang tarikh luputnya mula berlegar dan bau hanyir air longkang yang dia hidu hingga tersumbat lubang hidung yang mengakibatkan bulu bulu hidungnya gugur kesemuanya dan mati.
Chromosome Xx
Sedang duduk dikerusi mahal ditemani chromosome Xy pilihan hatinya disalah sebuah pulau yang paling cantik bersama Blackberry dan ber-tweet- tweet dicampur dengan angin madu lembut meniup sayup sayup hingga hampir membuatkan dia hampir horny setengah mati sambil minum epal susu paling sedap didunia tanpa iringan lagu mendayu nyanyian Air Supply yang konon pernah ditangisi satu masa dulu.
*mereka pernah bersama. Dulu.
Heh,
Dalam diam, aku mulai muak dalam persekitaran hancing dengan kecelaruan dan kekalutan mengejar dunia.
Saat itu kalau kau tahu, betapa berkecainya aku bila memahami pedih kebenaran dan melihat engkau tidak lagi berkongsi lagi rasa rasa dalam hati. Dengan text text yang tergantung, aku mula membayangkan kewujudan-nya mula melarut dalam gelap pandangan.
Kita hanyalah puppet of our subconscious desire(s), dan kau telah buktikan pada aku bahawa keinginan keinginan kau wahai perempuan perempuan adalah mustahil untuk ditunaikan.
Aku memecut kereta buruk-ku ke lebuhraya. Telan air liur kelat, asap asap nikotin berlingkar keluar dari tingkap kereta. Deep inside, tertinggal sedikit saki baki harapan, bahaw satu masa O satu masa, kau akan dapat apa yang kau kejar-kan.
................
Dan bendera merah yang engkau gemburkan adalah tidak wujud dalam nadi ke jantanan aku kerana aku bukanlah puppet of counterfeiter yang hanya mengandal dan mengadaikan sesuatu kepercayaan pegang-an.
...............
The truth is, I lost the vibe and I am a bit demanding confronting with the silliest drama around. Pure angst and pure grudge, and, I smelled a rat in the matter.