"Aku mahukan dia" kata lelaki 1
"Well, goodluck" aku kata
"Aku dah penat berdoa, aku dah letih berdoa" kata dia lagi penuh dramatik dengan kerut kerut muda di dahi.
Aku cuma mampu tersenyum dan telan air liur tawar.
Sebentar- Hentikan sebentar tentang karut marut cinta gila.
.....
Bila umur semakin meningkat dan bertambah jangkamasa antara hidup semakin memendek, kita mulai sedar tentang banyak - banyak perkara.  Kadang-kadang, jika kita mampu henti-kan masa sejenak, dan menyorot  kembali segala hal-hal dan usaha-usaha penjelajahan yang telah kita  jalan-kan, yang konon-nya menjadi-kan diri kita, kita; sebenar-nya kita  masih tidak mampu menimbus jutaan tanda tanya tentang erti sebuah  kehidupan, tujuan, kebenaran pegangan dan pilihan kita, dan apa yang  benar-benar kita perlu.
2011, bergerak macam petir langit afrika. Laju. Ganas. Bumi juga semakin  memperlihat-kan karektor sebenar. Teman-teman datang dan pergi, yang kita anggap sebagai bukti kewujudan dan keberadaan kita, semakin  menjauhi diri kita, atas sumpahan komitmen, kerjaya, keluarga, cinta, takdir dan *kau nyata-kan sendiri* 
Akhir-nya, kita akan terbuka mata kerana yang tinggal cuma, jiwa kita  sendiri yang berseorangan bekerja keras, bergelandangan memekik dan  berteriak menonjol diri agar di sedari dan di hargai.
Kita, secara teknikal-nya, menyibuk-kan diri daripada kekalutan yang  sama sahaja. Jika Aung San Suu Kyi berjuang untuk Myanmar yang  demokratik, Mahmoud Ahmadinejad untuk sebuah Iran yang bebas dari  cengkaman sekatan ekonomi dan tuduhan sunni liar, Barack Obama berhempas-pulas untuk  mengekal-kan kerajaan unilateral-nya, Anwar Ibrahim bermati-matian cuba  mempertahan-kan reputasi sebagai tokoh reformasi-nya daripada  di-musnahkan dengan tuduhan sodomi, realiti-nya, kita semua  bertungkus-lumus untuk meliberal-kan kekosongan daripada terus-menerus  menghuni salur-salur darah kita.
Aku tak harap-kan malaikat turun menghulur skrol perutusan dari langit  tentang apa yang perlu aku lakukan. Aku tak minta untuk tumbuh sayap  supaya aku boleh terbang bebas mengelilingi dunia dan mengkaji  pemikiran-pemikiran-nya dan makna-makna-nya. Aku tak ingin manjadi ahli  dalam simposium-simposium menyelamat-kan dunia.
Tahun Masihi yang bakal menjenguk ini, aku tak perlukan apa apa. Aku tak perlukan sebarang rasa rasa yang buat aku rasa bodoh dan hodoh.
Jadi 2012, selamat datang. And to the universe, jangan lagi men-cemburui aku.
........ 
Ya, kamu hanya pentingkan diri sendiri. Aku yakin bahawa satu hari nanti kamu akan mula merasakan-nya.