Wednesday, July 4, 2012

apostrophe 17

Ramai teman-teman semasa alam belajar baik dari menengah atau universiti tiba-tiba menjadi over-concern for money, position and glory. Semua seperti cemburu jika seseorang daripada rumpunan teman-teman mereka mendapat kenaikan gaji, naik pangkat, kerja dengan big company, mahupun berkereta mewah.

Dan diskusi jika bertemu mereka, pastinya berkisarkan rungutan dan keluhan. Money, position and glory. Tiada lagi idea-idea agung mahu mengubah dunia semua-nya tenggelam dalam perut bulat mereka.

"How much you make in a year?"

Soalan dan frasa kata biasa pembuka tirai rungutan dan keluhan. Jika kamu fikir melalui nadanya yang seperti mahu mengambil tahu pasal kamu, kamu silap. You're dead!

Mahu saja aku tinggikan suara, "I'm doing fucking good.

Setiap patah kata yang keluar dari mulut kamu adalah substance bagi mereka untuk soalan seterusnya. Racun bagi kamu. Mereka sebenarnya bukan mahu tahu perihal kamu sangat tetapi mahu menjadikan diri kamu sebagai suatu bentuk perbandingan dengan keadaan mereka. Mereka mahu menguji sama ada mereka lebih bagus atau pun lebih teruk dari kamu.

Atau lebih mudahnya, mahu tahu tentang berapa banyak duit yang kamu ada, dan jika-kamu-ada-lubang-yang-boleh-buat-aku-lagi-kaya-sila-tunjukkan-jalan.

Money, position and glory. Terlalu lapar untuk kaya, terlalu dahaga untuk kedudukan dan kesenangan.

"Someday," aku kata, "you will meet a man who cares for none of these things. Then you will know how poor you are.!" meminjam kata-kata Rudyard Kipling.

"Well," mereka jawab, "you will never change.!"

"What? A multi-complicated and fussy guy who love to cook?"

"KAH KAH KAH !" mereka gelak.

Mungkin aku patut jauhi mereka. Mereka tak suka Radiohead. Mereka tak kenal Ian Curtis. Mereka benci vokal Robert Smith. Mereka anggap pop art adalah pelecehan terhadap seni dan simbol ketidakmatangan. Mereka faham hidup dari perspektif yang sangat mudah lagi sempit. Dan mereka tak pernah menonton filem Perfume.

Mereka hanya dengar lagu Super Junior, mereka hanya kenal Justin Bieber dan mereka anggap K-Pop adalah satu lambang keagungan seni. 


Kehidupan menyenangkan itu sebenarnya, diukur bukan dengan betapa banyaknya duit hijau yang kamu pikul dalam saku kamu, tetapi dengan apa yang kamu ada dan heret di dalam otak dan hati kamu.

Reunion? My Butt. Huh!