Thursday, July 26, 2012

Offkey 3

Lewat ini, semacam timbul seribu satu kalut dalam fikir. Seperti, waiting to explode, begitu. Cuba untuk occupy-kan diri, hilang-kan diri, lari-kan diri, nyahpeduli-kan semuanya, anyhow, rasa guilt tetap mengekori, seperti bayang-bayang.

Dia bilang, aku macam orang lain. Tak sama tak serupa dan sentiasa bermisteri, gaya cakap-nya seperti saja dia sudah mengenali aku sejak 20 tahun.

Banyak persepsi tentang hidup aku kini perlahan-lahan menjadi ringan dan jinak. Mild. Semakin malas. Mungkin petanda yang aku semakin grow up; satu perkara yang aku tidak mahu berlaku.

Percanggahan tentang apa yang kau pegang selama ini dengan apa yang sebenarnya berlaku akan merobohkan tembok ego kau. And as old ideas die hard, aku juga masih terpana dengan setiap penemuan yang berlawanan dengan hukum tafsir dan logik kepintaranku, dan di situlah titik konflik emosi aku tercetus dan hangus.

Dan perasaannya, seperti kau berenang melawan arus.

.....
Aku cuma mahu, hidup mudah,  jarang berkonflik dengan persekitaran, mati muda, masuk syurga dengan iman yang tepat pada tuhan.