Bagai menyeret beban-beban   yang tak menghilang, menghadap realiti dengan jiwa yang memberat  dengan  penafian kebenaran, memikul jasad yang terpasung dengan belenggu   mungkar dosa-dosa semalam, dan setiap nafas yang dihirup, jantung   berderai dengan pedih rasa-rasa anti-kehidupan.
Aku renung ruang putih yang terbentang sebelum mata. Jari-jemari sedari tadi mengais-ngais keyboard;   cuba mencantum huruf-huruf yang dapat memuntah-kan maksud yang tak   terkata oleh mulut dan ternyata-nya, tiada apa yang mampu aku aturkan   kecuali terus-terusan merenung silau.
Setiap kali ada  kata yang  mampu terluah, akan terwujud pula kekesalan, dan setiap kali   terwujud-nya kekesalan, terus, aku hancur-kan segala apa yang aku   mula-kan. Setiap kali. Setiap kali.
Everything was not good enough. Every word was not fit within. Semua macam hilang, kotor, kosong, kabur, dan terbang melayang.
"Jika bukan kerana takdir yang tergelincir-- *inhale*
........
I should revolutionize my approach toward people. Life is an alone   journey, it gets better only if you have Real companies along the   course. Do you have one.? *exhale*