Aku sedang lari. Lari dari entah apa yang mengejar. Atau mungkin sedang 
 berlari mengejar entah apa. Jantung aku pantas walau jasad aku diam.  
Dalam darah aku, semacam ada getar-getar yang tidak sunyi dari kritikan 
 terhadap lagak diri yang tenang dan gembira. 
Kita akan bertemu, nanti.
Kita akan bertemu, nanti.
..
Aku mahu masuk dalam hati dia, dengan diam dan sungguh berhati-hati barangkali berjinjit seakan-akan pencuri  menggodam kewarasan dia 
dengan senyuman paling memukau, lalu dengan suara yang terketar-ketar 
seperti menanggung berat kerahsiaan sesuatu khabar, beritahu dia dengan 
bunyi yang hampir-hampir kedengaran berbisik, “Aku jatuh cinta.”
Ia satu peperangan. Dan tentera aku adalah imej-imej maya bersenapang-kan persepsi tentang diri aku yang berlegar dan mengepung pemikirannya.
Ia satu peperangan. Dan tentera aku adalah imej-imej maya bersenapang-kan persepsi tentang diri aku yang berlegar dan mengepung pemikirannya.
...........
Pada kamu.