Thursday, April 15, 2010

Belum lagi beb.!!

radikal ha ha ha

Sejauh mana kau mampu untuk jadi radikal?. Se-radikal pengganas ataupun puak berhaluan kiri?.
Kau fikir hanya dengan mengeluarkan kata-kata yang lantang dan menongkah arus dengan suaramu yang berdesibel tinggi itu mampu menjadikan kau seorang yang radikal?(marry)?

Fikir sekali lagi beb!.

Atau

Kau fikir kau akan menjadi radikal dengan mengantungkan lilitan-lilitan C4 di keliling badan mu mampu menjadikan kau seorang radikal?

Fikir sekali lagi beb!.

Ataupun, kau fikir dengan wang yang berjuta yang mampu memiliki larian pantas serta badan kental untuk memang sudah menjadikan kau radikal?

Fikir sekali lagi beb!.

Paling tidak pun, kau menulis semahu hati kau seolah-olah dunia ini kau mempunyai peratusan perkongsian saham yang tinggi untuk kau bermaharajalela?.

Fikir sekali lagi beb!.

Koman2 kau cuba mengedar risalah masa pilihanraya berlangsung, kau anggap kau radikal? .

Fikir sekali lagi beb!.

Atau

Mengumpulkan orang-orang untuk bersorak demi orang- orang kau dan kau sendiri menyorok di dalam bilik. kau anggap kau radikal?

Fikir sekali lagi beb!.


"Level" radikal kau masih belum sampai ke tahap itu lagi, bukan, bukan!, kau masih belum layak untuk mengiktiraf diri kau seorang radikal. Belum lagi beb!.

BELUM LAGI BEB !!

Monday, April 5, 2010

Aku juga kacukan..

Aku dan apai tersadai di jalan thambi pillai akibat hujan..persetujuan diterima restoran bawah monorel menjadi tempat bersidai sementara hujan reda. Aku mengejas2 apai supaya membawa awek yang di bawanya semasa melepak kat starbuck 2hari lepas.aihh tak puas aku tatap budak tu.
Memang aura die semacam..

Angin bertiup kuat mampu untuk membuat skirt skirt hooker yang sememangnya bertebaran di jalan thambi pillai. Tapi hooker2 tu tak nampak gelisah, malah tampak seronok dan aku bermain sekali lagi dengan imaginasi. Tanpa di pinta salah sorang dari hooker datang menghampiri meja aku.

Dia menguntumkan senyum. Cantik. Dia gadis kacukan. Fikir aku. Mungkin emaknya Cina, ayahnya Melayu.

Kata apai yang juga bersama menikmati panorama pagi itu. Dia juga kacukan. Hah. Aku sedikit terkejut tapi masih mampu membalas senyuman. Bukan pada kawanku. Tapi gadis kacukan itu.

“Betul ker ngko kacuk. Tak der nampak cam kacukan pun.” Aku bertanya. Sambil masih lagi dgn gaya sopan mengkontrol senyuman.

Benar. Aku anak kacukan. Bapaku Lelaki. Ibuku Perempuan.

Aku dah tak mampu mengkontrol senyuman itu. Aku ketawa terbahak2 memegang perut yang takut2 pecah.

Sunday, April 4, 2010

Orang Kerinci boleh jadi rimau!!?

Pada suatu senja, singgah seorang pengembara (disyaki berketurunan Kerinci) ke sebuah teratak untuk menumpang bermalam.

Dipendekkan cerita, oleh kerana teratak itu hanya mempunyai dua buah bilik tidur, tuan punya rumah suami isteri mempersilakan pengembara untuk tidur sebilik dengan anak lelaki mereka (baya-baya Nazmi). Pada malam itu, mereka mendengar seakan-akan bunyi harimau "eermmm" di bilik sebelah...

Esok paginya, sekitar waktu subuh, pengembara pun meminta izin untuk pergi.

"Makcik! Pakcik! Saya minta diri dulu. Terima kasih kerana menumpangkan saya tidur. Tengah malam tadi, saya makan (buah) 'nangka'. 'Getah'nya bersepah. Tak sempat saya nak kemaskan. Minta pakcik dan makcik kemaskan nanti ya!"

"Ok!" Kata tuan punya rumah suami isteri.

Dan apabila tuan rumah suami isteri ke bilik sebelah untuk mengemaskan 'getah nangka' yang dikatakan tadi... mereka terkejut melihat anak lelaki mereka (yang baya-baya Nazmi) hanya tinggal kepala + tulang temulang + darah berselerakan.

See! Rimau Jadian pun pandai bersastera... Metaforanya kelas, taraf super saiya empat!

Beberapa tahun yang lalu. Aku ke Kerinci Sebelat, Sumatera Barat (Sumbar), Indonesia. Berkelana bersama-sama bang Uti,Bang Pian dan Mas Koko. kami tanyakan kepada masyarakt setempat tentang cerita kononnya orang Kerinci boleh bertukar bentuk menjadi harimau.

"Bapak bisa 'morph' jadi macan ngak? Boleh kasi keluar ekornya sama taring ngak??

"Loh! Gila kamu. Mana bisa akuu... untuk menjadi orang pun masih belum tentu suksesss..."


terburai ketawa mendengarnya..

Rata-rata mereka tidak mahu mengaku (tentang kebolehan mereka yang satu itu). Tapi, aku dan Bang Uti perasan, ada sebuah tugu harimau besar dibina oleh pemerintah di pintu masuk ke Kerinci Sebelat. Berhampiran dengan ladang teh dan ladang pokok kayu manis.

P/s penah dengar cerita kat malaysia harimau jadian di gunakan untuk jaga dusun durian..sama macam di indonesia..

Monday, March 29, 2010

Hari nie hari aku hepi!!

Aku terima sms yang buat aku yang sedang bertuala terduduk terkebil2 terkedu dan tersedan.aihh macam mane boleh jadi macam nie, tapi aku tak fikir panjang pasal benda nie, aku sangat mengenali mereka. Memang macam tu sikap dorang nie. jadi aku ambik keputusan untuk membunuh!! ya!! bunuh masalah ini dari fikiran aku!. Lagipun bukan aku yang bersalah, sudah berkali2 aku tanya tapi dorang nie buat taktau je.
ahh lantaklah..kalau aku gagal dalam paper tu pon bukan satu masalah bagi aku tok buat repeat paper Bukan satu masalah besar bagi aku untuk extend dan berada di Universiti satu semester lagi. Aku lagi suka kot..Aku turun ke lobi kolej terserempak dengan budak seko nie. Riak muka puas tergambar di wajahnya..aku pura2 taktau apa2.ahh persetan..

sms masuk dari lecture aku.
Dr ****
wan jumpa saya kat kedai abg awak depan kondo rakyat pukol 10
aku balas
Bile plak abg sy bukak kedai makan?
Dr ****
Aihh bukan abg awak punya ke?Habis kenapa pagi2 awak sarapan free kat sana?
aku balas
ooo nie kira nak makan dinner free la malam nie dr?
Dr****
bukan! sy nak kamu tanda kedatangan kamu yang tak penah nak penuh nie, dalam masa yang sama
saya dapat makan free.
aku balas
haa baik boss!

Dalam kepala otak aku fikir dah nak exam pon kena tanda etenden ke..tak kisah ah janji die tak bar aku masuk exam..