Sunday, June 19, 2011

Apostrophe 9

Hidup seperti semalam, bergelumang dengan daki dosa kelmarin, tiada perubahan. Berbekal tablet putih yang tidak mampu menghalang denyutan kesakitan dari terus terangsang. Bersama rumpunan set sosial yang lama di anak tiri-kan. Dialog yang sama hampir setiap kali bersidang, perihal penghalalan pertemuan dua lubang kencing. Membawa aku terbang mengingati perbualan aku dengan emak. Kata-nya..

Dia tak sabar mahu menerima menantu perempuan pertama.

...


Sewaktu bersalaman mahu pulang ke reban masing masing, Seorang teman yang bakal menempuhi ritual pertemuan dua lubang kencing beberapa bulan akan datang sempat berbisik pada aku. " Kau tak payah basuh pinggan aku kahwin nanti, jadi pengapit aku".

Tuesday, June 14, 2011

Ruthless

Bersila statik seperti patung Buddha, menganalis setiap contengan contengan di paparan muka sosial milik dia. Tablet tablet putih yang ditelan tidak langsung memberi kesan mengahalang impuls kesakitan dari terus terangsang. Delusi optikal terus menjajah minda, slaid wajah dia terpapar satu persatu dan datang meludah hati, kadang ia hadir dan menjerit i'll haunt you i'll haunt you.!. Dalam masa yang terluang, sepatutnya dipenuhi dengan dengkuran lepas yang tergendala.

Pura pura menyikir kalut, pura pura menghembus nafas dengan dengusan lega, berpura gagah dengan menghadapi kecelaruan dalam kepala. Penyeksaan paling meluka-kan bila jiwamu mengatasi kemahuan hati mu.

Mungkin satu masa nanti aku akan beransur dari rumpunan teman dan dia "angel". Mungkin sumpahan hidup aku sudah bermula dan perlahan lahan aku akan tenggelam dalam ruang yang semakin kecil, sempit, gelap dan tersisih, sehingga aku hanya punya aku untuk berkongsi segala rasa.

It's happening now, i guess.
.............
Bila difikir balik, aku melakukan jenyah paling berat bila, I let myself fall in love with her, deep.. Dan dia tak dapat melihat-nya.

Monday, June 6, 2011

Off key

Jika dia masih ingat, bagaimana rasanya melepasi banjaran titiwangsa, perjalanan  sejauh 400 kilometer dilatari suasana sunyi dan kelajuan membunuh. Jika dia masih ingat bagaimana duduk berdua disirami keenakan cahaya bulan penuh dengar di latari desiran desiran ombak menghempas tembok tidak semulajadi, jika dia masih ingat, bagaimana keadaan berada dipuncak dengan dingin latari gambaran Kuala Lumpur dan muzik pilihan aku bersama koleksi cerita peribadi perihal diri masing masing.

Dan aku masih terngiang bisikan dia tentang bayangan bulan di air.

It was crazy, spontaneous  and unplanned.

Jika dia masih ingat, bagaimana rasanya meneroka semula alam kanak-kanak, membasah tekak dengan cendol dan rojak tersedap. Dan tidak sekalipun ada monolog yang menyentuh perasaan.

Aku mungkin tidak memahami semua maksud-nya, tetapi aku telah tanam ego kasar aku hanya untuk melihat wajah kau, perempuan. Sentiasa terpahat dengan senyuman, walaupun aku tahu di sebalik senyuman yang kau pamerkan ada tersembunyi kepahitan, yang akhirnya akan meleraikan.

Dan semalam, bila mana aku sendirian larut dalam kudis nostalgia silam, hati aku bergetar bila tiba tiba dia muncul di sebelah, dari sisir tepi aku lihat wajah cantiknya, mengalunkan lagu lagu yang pernah dinyanyikan bersama, memandang dengan ukiran senyuman menyerikan, bauan rambut panjangnya yang menenangkan, serta urat urat tangan-nya yang jelas seperti yang biasa aku amati. 

Dan, dapat aku rasakan hangat pukulan-nya menyentuh jantung ku.

It was so real.! but..

Semuanya berakhir bila aku cuba menyentuh tangan-nya.

Thursday, June 2, 2011

Reflection 10

Aku akui aku seorang yang arsehole, seperti yang kamu kata, aku benci itu, aku benci perkara yang bersifat bertentangan dengan aku, aku menetang apa yang aku rasakan tidak betul, aku melanggar undang undang, aku bertaksubkan perkara yang tidak digemari orang lain. Aku mahu bebas dari kaki dan telunjuk orang lain. Tetapi, penghujungnya. satu ketika kamu secara berat hati terpaksa menerima sesuatu yang bertentangan dengan apa yang kamu kiblatkan selama ini. Ini kerana kamu semakin dewasa kamu bukan lagi berfikir dengan menggunakan kudrat lutut tetapi otak.

Tindakan kamu untuk keluar dari kepompong kebiasaan adalah sesuatu yang berani, dan unik, mungkin juga digelar pendek akal bagi sesetengah pihak. Mungkin bagi kamu itu adalah tindakan yang bijak tetapi mungkin tidak bagi orang lain. Jika kamu terus terusan membelakangi apa yang dikiblatkan orang lain dan tidak peduli dengan cara hidup orang lain, sentiasa memikirkan pegangan ideologi kamu secara kental itu mungkin pencapaian bagi kamu. Tetapi pencapaian luar biasa kamu itu biasanya dianggap kebodohan serta kekarutan bagi kelompok yang lebih majoriti.

Aku terfikir tentang mentaliti keterbukaan yang kamu agungkan. Mentaliti manakah yang kamu ikutkan, adakah mentaliti bertentangan dengan agama itu satu mentaliti yang keterbukaan. Adakah bila menulis atau mempamerkan keburukan kamu atau sesuatu yang boleh mencetuskan huru hara itu satu sifat keterbukaan.?

Adakah perasaan tidak kisah itu satu definisi kepada sikap keterbukaan.?

Terbukakah kamu bila melakukan perbuatan yang melawan adab dan adat, terbukakah minda kita bila menerima perbuatan songsang orang lain.

Terbuka sangatkah minda kita apabila mempermainkan hukum halal haram agama, meletakkan cara hidup acuan barat sebagai wajib buat dalam list kehidupan hidup kamu. Open minded sangat-kah diri kamu.

Aku percaya tidak semua perkara perlu berada dalam ruang keterbukaan. Dan, definisi keterbukaan itu perlu dihalusi secara telita dan mendalam. Setiap apa yang kamu fikir sebagai satu sifat keterbukaan itu, adalah lahir dari dalam hati kamu mengikut telunjuk nafsu yang sememangnya tiada penghujung-nya.

Ini bukan masalah hipokrit diri atau kekorupan hati, tetapi tentang bagaimana kamu menjalankan cara hidup kamu dan cara kamu mengasimilasi dengan masyarakat sifat keterbukaan akan menjadi sia sia jika tiada limitasi yang duperkukuhkan.

Setiap perkara perlu ada limitasi, makan, minum, tidur, sosial, berhibur dan seks. Hey, seks, adakah itu tidak termasuk dalam limitasi keterbukaan, atau ia hanya bagi kau seorang. Maafkan aku, aku keliru, aku confuse, keliru mungkin nama tengah bagi aku. tetapi bagi aku yang jahil ini tanggungjawab sebagai seorang hamba adalah sesuatu yang berat, tetapi sering kali dipandang ringan oleh nafsu serakah.

Apa limitasi kamu.?

......
Mahu aku katakan ini pada kamu wahai anak gadis.
" ......! "

Tidak, aku tidak mahu katakan, kerana mungkin ada penyokong setia kepada keterbukaan kamu.

Resurrection

We see things in the way we want to see things. In a way, we choose to think in the way we wanted to think and feel.

We see and understand things not as they are but as we are, sometimes emotions affect the way we see and understand things.


 With all shit written down here, what do you think about me dan siapa sebenarnya aku.?