Aku akui aku seorang yang arsehole, seperti yang kamu kata, aku benci itu, aku benci perkara yang bersifat bertentangan dengan aku, aku menetang apa yang aku rasakan tidak betul, aku melanggar undang undang, aku bertaksubkan perkara yang tidak digemari orang lain. Aku mahu bebas dari kaki dan telunjuk orang lain. Tetapi, penghujungnya. satu ketika kamu secara berat hati terpaksa menerima sesuatu yang bertentangan dengan apa yang kamu kiblatkan selama ini. Ini kerana kamu semakin dewasa kamu bukan lagi berfikir dengan menggunakan kudrat lutut tetapi otak.
Tindakan kamu untuk keluar dari kepompong kebiasaan adalah sesuatu yang berani, dan unik, mungkin juga digelar pendek akal bagi sesetengah pihak. Mungkin bagi kamu itu adalah tindakan yang bijak tetapi mungkin tidak bagi orang lain. Jika kamu terus terusan membelakangi apa yang dikiblatkan orang lain dan tidak peduli dengan cara hidup orang lain, sentiasa memikirkan pegangan ideologi kamu secara kental itu mungkin pencapaian bagi kamu. Tetapi pencapaian luar biasa kamu itu biasanya dianggap kebodohan serta kekarutan bagi kelompok yang lebih majoriti.
Aku terfikir tentang mentaliti keterbukaan yang kamu agungkan. Mentaliti manakah yang kamu ikutkan, adakah mentaliti bertentangan dengan agama itu satu mentaliti yang keterbukaan. Adakah bila menulis atau mempamerkan keburukan kamu atau sesuatu yang boleh mencetuskan huru hara itu satu sifat keterbukaan.?
Adakah perasaan tidak kisah itu satu definisi kepada sikap keterbukaan.?
Terbukakah kamu bila melakukan perbuatan yang melawan adab dan adat, terbukakah minda kita bila menerima perbuatan songsang orang lain.
Terbuka sangatkah minda kita apabila mempermainkan hukum halal haram agama, meletakkan cara hidup acuan barat sebagai wajib buat dalam list kehidupan hidup kamu. Open minded sangat-kah diri kamu.
Aku percaya tidak semua perkara perlu berada dalam ruang keterbukaan. Dan, definisi keterbukaan itu perlu dihalusi secara telita dan mendalam. Setiap apa yang kamu fikir sebagai satu sifat keterbukaan itu, adalah lahir dari dalam hati kamu mengikut telunjuk nafsu yang sememangnya tiada penghujung-nya.
Ini bukan masalah hipokrit diri atau kekorupan hati, tetapi tentang bagaimana kamu menjalankan cara hidup kamu dan cara kamu mengasimilasi dengan masyarakat sifat keterbukaan akan menjadi sia sia jika tiada limitasi yang duperkukuhkan.
Setiap perkara perlu ada limitasi, makan, minum, tidur, sosial, berhibur dan seks. Hey, seks, adakah itu tidak termasuk dalam limitasi keterbukaan, atau ia hanya bagi kau seorang. Maafkan aku, aku keliru, aku confuse, keliru mungkin nama tengah bagi aku. tetapi bagi aku yang jahil ini tanggungjawab sebagai seorang hamba adalah sesuatu yang berat, tetapi sering kali dipandang ringan oleh nafsu serakah.
Apa limitasi kamu.?
......
Mahu aku katakan ini pada kamu wahai anak gadis.
" ......! "
Tidak, aku tidak mahu katakan, kerana mungkin ada penyokong setia kepada keterbukaan kamu.