Sunday, June 19, 2011

Apostrophe 9

Hidup seperti semalam, bergelumang dengan daki dosa kelmarin, tiada perubahan. Berbekal tablet putih yang tidak mampu menghalang denyutan kesakitan dari terus terangsang. Bersama rumpunan set sosial yang lama di anak tiri-kan. Dialog yang sama hampir setiap kali bersidang, perihal penghalalan pertemuan dua lubang kencing. Membawa aku terbang mengingati perbualan aku dengan emak. Kata-nya..

Dia tak sabar mahu menerima menantu perempuan pertama.

...


Sewaktu bersalaman mahu pulang ke reban masing masing, Seorang teman yang bakal menempuhi ritual pertemuan dua lubang kencing beberapa bulan akan datang sempat berbisik pada aku. " Kau tak payah basuh pinggan aku kahwin nanti, jadi pengapit aku".