Tuesday, May 31, 2011

Apostrophe 8

Lahir dimuka bumi ini bagi aku hanya pada satu maksud, untuk mati dan dihakimi. 

Seterusnya, di campak ke syurga atau neraka.

Bila aku ke panggung, aku berserabut mahu bikin filem melayu yang penuh artistic, bila aku mendengar muzik aku kalut mencari definisi, seni dan maksud kepada penghasilan lirik tersebut. Bila aku bersama set set sosial aku cuba berfikir secara sehaluan dengan set perbualan tersebut walaupun secara real aku tidak bersetuju dengan penyampaian yang cuba disampaikan, bila fikir mati, aku kalut memikirkan amanah dan tanggungjawab yang tidak tertunai lagi.

Aku kerap kali terfikir tentang maut, tentang jasad kaku yang tidak lagi bernyawa, menjadi buta, pekak dan bisu. Terfikir tentang soalan soalan yang bakal dihujahkan, tentang pembentangan gerak laku hidup aku didunia di hadapan khayalak umum. Tentang perbicaraan ke atas setiap perlakuan yang aku lakukan atas kerak bumi.

Hakikatnya, selama mana aku bernafas, segagah mana aku mampu berdiri, selantang mana aku mampu bersuara, setinggi mana aku mampu terbang tinggi, pasti, suatu hari nanti akan terperosok ke dalam perut bumi. Tetapi dalam ruang kubikel hidup yang singkat ini, aku masih lagi mencari kepuasan, keseronokkan, yang aku tahu ianya bukan sesuatu yang abadi.

Bangkit dari mimpi Revitalize yang panjang, setiap hari seperti satu jasad sesat yang terperangkap dalam satu sistem robot yang telah di set untuk mematikan tujuan asal didunia. Jiwa terperangkap dalam satu set sistem kegusaran yang seperti tiada penghujung.

Jika kita sudah sering dicandui dengan kepastian kematian, kepedihan siksaan dan kemanisan syurgawi, jadinya apa yang masik diburu di atas kerak bumi ini. Mengapa ada godaan dan mengejar sebutir permata dunia.? Mengapa perlu ada.? Sedangkan sudah dicandui dengan nikmat firdausi yang tak terhingga semenjak dilahirkan lagi. But..

The big question, mampukah aku menjawap setiap soalan yang diajukan nanti, bersediakah aku untuk melalui-nya. Apakah Dia akan mendengar setiap alasan terhadap catatan bahu kiri aku nanti. Will He listen to reason (REASONS). Will He.?
...

Kerap kali aku rasa takut untuk terus hidup, adakah setiap langkah aku akan mendekatkan aku dengan bahang neraka. Dengan perlakuan aku yang tidak tahu tentang erti hidup yang sebenar.

Aku tak mahu dihantar ke sana, aku tak mahu hidup dalam api, aku tak suka panas.

Tapi apa jaminan untuk aku, kau dan mereka yang kau bakal selamat dari api neraka, walaupun kau laksanakan dengan sempurna semua perintah-Nya.? 

Tiada langsung jaminan.
Kerana,

Masuk syurga atau neraka adalah hak yang Maha Berkuasa.

Thursday, May 26, 2011

Apostrophe 7

Buat seorang pembaca hantu, 


Apa yang mahu aku katakan, terima kasih atas entri yang kau karang untuk aku. Siap nama penuh lagi. Dan terima kasih juga atas pujian melambung yang kau berikan. " Awak sentiasa ada bila saya sedih. Awak sentiasa sabar dengan kerenah saya. Awak selalu jadi pendengar yang setia."  What I mean here is, you are responsible, positive thinker, and anytime can be a good husband to any girl. Tak payah ambik masa untuk get ready nak berumah tangga macam lelaki lain. Awak selalu ada untuk buat saya ketawa. Awak selalu paksa saya senyum. You taught me the meaning of strong, patience, independent, happiness and love". Hey, adakah itu diri aku yang sebenar.?

Mungkin kau rasakan kau telah mengenali aku seluruhnya. Tapi bagi aku tidak kerana aku acap kali memikirkan apakah yang menyeret jasad, kulit, nyawa yang aku kendong itu adalah aku.? 

Sering kali cuba memahami diri aku serta kehidupan aku dan seringkali memikirkan watak sebenar dan karektor diri aku yang berubah-ubah. Adakah aku adalah diri aku yang sebenar. Menyenangkan hati manusia lain dan mencipta identiti yang terus terusan hipokrit.

Aku juga sering terfikir di kelilingi teman teman sosial itu membentuk aku menjadi sesuatu yang bukan aku.

Kerana apa, dalam jiwa ini bila aku bersama mereka aku terperangkap dalam kekeliruan dan penafian. Hanya mahu menceriakan suasana, memenuhi keinginan, menceriakan perkongsian dan mengembirakan hati mereka. Aku mahu mereka rasa terhibur dan tidak langsung menyisihkan segala rasa kalut dan kesunyian hati mereka.

Tidak selamanya aku mampu seperti itu, aku penat dengan dualiti yang wujud dalam watak karektor aku. Aku kecewa dengan sikap pemaaf dan memendam, aku tewas dengan bersangka baik dengan orang orang yang berlaku buruk terhadap aku.

Dalam kepala aku penuh dengan ilusi ilusi optikal yang tak terhitung.  Buat aku tidak keruan dan cacat. Aku tidak mampu berpura pura optimis. Aku tidak punya kapsul masa untuk mengubah sejarah yang telah didaftar, di kreditkan.

Sampai bila aku perlu terlekat dalam dualiti ini.? Hey siapa sebenarnya aku.?

Apa yang kamu semua mahukan ialah- Teman bila mana waktu pasca susah mahupun masa celaka atau waktu kau rasa gembira, you just need someone to make you feel better. Untuk buat kau semua lupa sementara dengan drama swasta dunia.
.....

Dan untuk kau "angel" biar aku katakan ini, Aku masih berpegang dengan kata kata aku walaupun aku tahu kau tak pernah mahu tahu. Dan akan aku biarkan ia meresap ke dalam hati kau seperti helaian tissue yang menyerap air.

Tuesday, May 17, 2011

Imbau

Dua kosong satu satu, I wonder almost fifteen year, Junaidah guru matematik pertama mungkih telah lama bersara dan sedang menunggu kelahiran cucu pertama mungkin, anak perempuan pertamanya seusia dengan aku. Cikgu pertama yang memberi ganjaran aiskrim vanilla pada aku satu masa dulu. Murni cikgu Bahasa Inggeris pertama yang sentiasa menjulang nama aku kerana penguasaan bahasa yang lebih baik dari mereka yang lain.

Shahril guru muzik yang pertama, yang pernah memberi ketukan keras pada kepala aku dengan rekorder dengan tuduhan tak berasas, tidak fokus pada tiupan rekorder dan jeda muziknya. Dan aku yakin dia tidak lagi mendaftar kewujudan aku pada sisi hidupnya.

Rahman, guru geografi merangkap komandan unit beruniform pada waktu itu. Pernah memberi kepercayaan dengan melantik aku sebagai ketua jurulatih dan komandan kawat kaki gabungan unit beruniform setiap kali wakil rakyat menampilkan muka setiap kali pilihanraya hampir tiba. Dia juga memberi pengisian agama memandang pada kejahilan aku pada waktu itu.

Zainuddin Abdullah, guru sains yang sentiasa dan kekal mendaftar aku pada sisi hidupnya hingga kini. memberi tugasan tugasan sukar mekanikal dan teknikal. Menyelengara mesin mesin elektrik di sekolah dahulu. Satu-satunya guru yang memberi kebenaran mutlak pada aku untuk keluar dari sekolah pada waktu rehat. Om to peer, peer to peer, High and low inpedance, injectors, frekuensi yang tidak lepas dari dari lidah miliknya. Selalu membawa aku bersama bila menyelengara peralatan teknikal di sekolah lain, tidak ketinggalan pacuan antik merah miliknya.

Dua kosong satu satu, Aziz shafie antara pensyarah bengis yang ditakuti di jabatan aku. Ironinya dia adalah pemantau bagi penulisan karya agung aku. Bekas Kapten angkatan tentera, selalu menggunakan kelebihan fizikal kepada pelajar bermasalah, kerap melakukan penyiksaan psikologi. Menundukkan setiap kepala pelajar dengan renungan tajam. Dan aku yakin ramai yang mengalirkan air mata bila diherdik, rata ratanya pelajar perempuan. " Saya ambil kamu dibawah penyelian saya kerana saya lebih yakin dengan daya pemikiran kamu" kata kata semangat bila mana aku hampir kehilangan idea untuk menganalisis setiap variable yang ada. Yang nyata-nya, aku hampir mengalirkan air mata bila mana aku selesai menyudahkan ribuan aturan nombor yang menyulitkan.

Dua kosong satu satu, almost fifteen year, aku gusar apa yang telah terjadi pada mereka. bila aku sambut gulungan sijil nanti, jika nyawa masih bersarung jasad ingin sekali aku menemui mereka terutama Zainuddin dan Aziz, Jabat tangan-nya, renung mata-nya dan ucap pada-nya, terima kasih cikgu.

Sunday, May 15, 2011

Home

This  residential, ruang yang dulu aku panggil, a home, kini sepi dan sunyi. Kosong dan bergema. Yang tinggal cuma, habuk, sawang, debu, sampah, akhbar lama, contengan-contengan abstrak dinding, dan juga kenangan-kenangan lampau.

Melewati ruang-ruang di dalamnya, mata aku diilusikan dengan jelmaan kenangan lepas, yang membuat aku terganggu. Bangku batu, tasik lumpur, pokok tua.  Bau-bauan yang sungguh distinct, yang biasanya muncul pada waktu senja, membunuh hati aku perlahan-lahan.

3 fucking years, and hell yeah, I have to move forward.

Something in the past is something to be remembered.

Tuesday, May 10, 2011

Mild

Lepas dari tanggungjawab yang digalas, langkah deras menghala ke kereta buruk, keluar dari hutan batu yang tidak bertimbang rasa kepada setiap nyawa yang menyabung hidup di atas kerak hitam.

Fuck KL.!! Jerit hati-nya.

Tanpa sebarang tidur, sebagai ganti lebih banyak kafeina meresap ke dalam pembuluh  dan ruas ruas badan, dia mahu terus waras. At least, dia tetap bertahan dalam kewarasan walau ada watak yang menjadi bayang, umpama eletron dan nukleus yang mengorbit diri-nya

Dia memecut keluar dari kotak pandarom yang menjemukan. Dia tidak mahu bertembung dengan mata yang di tunggu sepanjang hari. Sudah terlalu banyak pertembung-an mata yang di lalui-nya pada hari itu, setiap kali bertembung setiap kali itu juga hati-nya berdarah dan setiap kali hati-nya berdarah setiap kali itu juga dia speedometer akalnya menjunam laju, setiap kali itu juga dia terjun ke dalam air hijau sebagai iodin untuk merawat, sekurang-kurangnya dia masih mampu tersenyum bila mana berada dalam tangkungan kumbahan.

Di atas lebuhraya, kepanasan siang yang mengigit kulit, dalam kesesakan enjin penderma gas gas monoksida, dia statik memegang pengawal di dalam ruang sempit memecut mengendong beban kosong, larut meneroka moment lepas yang masih bersisa.

Di bahu jalan, ada mesin mesin pemusnah yang di hantar khas dari neraka, memacak tiang tiang tinggi sebagai rusuk untuk membina struktur tinggi mencakar langit, barangkali untuk manusia lebih dekat dengan syurga.

Tiada apa yang mampu menarik minat, tiada obsesi tentang muzik, tiada obsesi tentang seni, tiada obsesi tentang buah dada yang mengiurkan, tiada obsesi tentang gajet canggih, tiada. Tiada obsesi tentang video telanjang tokoh politik, tiada obsesi itu ini dan cetera cetera.

...

Hidup tidaklah sepalat mana, walaupun hidup tidak pernah buat dia rasa sempurna, but at this time, at this moment, dia adalah unsung heroes yang berjaya melongkang-kan segala daki duka durjana jahat dunia yang menjajah hidup-nya.

Come to think in something in life,

The lonelier you become, the older you will grow.

Apa yang dia cuma perlukan, adalah sesuatu yang melengkapi dalam hidup.
................................

Yes, Im an arsehole, why bother then.?

Saturday, May 7, 2011

Reflection 9

Betapa aku mahu nyata-kan pada kau di antara jarak, ruang dan masa, serta isi-isi yang mengelilingi ruang dan formasi-formasi orbit-nya, dalam depa ini, jengkal ini atau seluas pemeluk ini aku tak akan pernah, aku ulang, aku tak akan pernah berhenti mencari reason untuk surrender dan putus harapan.

Girl, Is this divine gift.?

Sunday, May 1, 2011

Reflection 8

Aku cuma manusia, manusia seperti kamu, yang bukan mahabijaksana dalam merungkai persoalan yang kau ajukan pada aku. Setiap persoalan kuadratik yang kau tanyakan kadang kala tak termampu untuk aku rungkai-kan satu persatu. Dan ada masanya, kata kata aku jika tidak difahami sepenuhnya lebih cenderung kepada merosakkan dari memulihkan keadaan.

Maafkan aku, perempuan, aku bukan jantan yang cenderung kepada pembohongan, mungkin aku terlalu berterus terang dan itu yang kau perlu tahu.  Jiika kau ajukan soalan permasalahan kuadratik hubungan vagina testis kau yang bermasalah kepada seseorang dan dia mampu memberi kau false hope hanya untuk menyenangkan hati kau. Itu hanya alasan ciptaan hanya untuk menambah masalah kepada perhubungan kau.

Dan aku jantan yang tidak mampu menipu semata - mata untuk menyenangkan hati manusia lain. Jika dia bukan pasangan vagina testis kau yang terbaik aku akan kata tidak baik, dan jika dia terbaik, aku akan kata baik, dan aku berikan jalan - jalan yang aku rasakan perlu untuk kau membina semula.

Aku ragu ragu terhadap penghuni alam yang lain, like a bunch of sotong, a bunch of hypocrite they are, bermuka muka macam manusia yang salam ber-isi dengan tuan rumah kenduri kahwin.

Perhaps, this is answer for your big question. Why he did that, why she did that, Why both of you like Kelantan and Selangor football club, why we like Manchester United and Arsenal.

Okay, enough, some of you for sure didn't get it.