Lahir dimuka bumi ini bagi aku hanya pada satu maksud, untuk mati dan dihakimi.
Seterusnya, di campak ke syurga atau neraka.
Bila aku ke panggung, aku berserabut mahu bikin filem melayu yang penuh artistic, bila aku mendengar muzik aku kalut mencari definisi, seni dan maksud kepada penghasilan lirik tersebut. Bila aku bersama set set sosial aku cuba berfikir secara sehaluan dengan set perbualan tersebut walaupun secara real aku tidak bersetuju dengan penyampaian yang cuba disampaikan, bila fikir mati, aku kalut memikirkan amanah dan tanggungjawab yang tidak tertunai lagi.
Aku kerap kali terfikir tentang maut, tentang jasad kaku yang tidak lagi bernyawa, menjadi buta, pekak dan bisu. Terfikir tentang soalan soalan yang bakal dihujahkan, tentang pembentangan gerak laku hidup aku didunia di hadapan khayalak umum. Tentang perbicaraan ke atas setiap perlakuan yang aku lakukan atas kerak bumi.
Hakikatnya, selama mana aku bernafas, segagah mana aku mampu berdiri, selantang mana aku mampu bersuara, setinggi mana aku mampu terbang tinggi, pasti, suatu hari nanti akan terperosok ke dalam perut bumi. Tetapi dalam ruang kubikel hidup yang singkat ini, aku masih lagi mencari kepuasan, keseronokkan, yang aku tahu ianya bukan sesuatu yang abadi.
Bangkit dari mimpi Revitalize yang panjang, setiap hari seperti satu jasad sesat yang terperangkap dalam satu sistem robot yang telah di set untuk mematikan tujuan asal didunia. Jiwa terperangkap dalam satu set sistem kegusaran yang seperti tiada penghujung.
Jika kita sudah sering dicandui dengan kepastian kematian, kepedihan siksaan dan kemanisan syurgawi, jadinya apa yang masik diburu di atas kerak bumi ini. Mengapa ada godaan dan mengejar sebutir permata dunia.? Mengapa perlu ada.? Sedangkan sudah dicandui dengan nikmat firdausi yang tak terhingga semenjak dilahirkan lagi. But..
The big question, mampukah aku menjawap setiap soalan yang diajukan nanti, bersediakah aku untuk melalui-nya. Apakah Dia akan mendengar setiap alasan terhadap catatan bahu kiri aku nanti. Will He listen to reason (REASONS). Will He.?
...
Kerap kali aku rasa takut untuk terus hidup, adakah setiap langkah aku akan mendekatkan aku dengan bahang neraka. Dengan perlakuan aku yang tidak tahu tentang erti hidup yang sebenar.
Aku tak mahu dihantar ke sana, aku tak mahu hidup dalam api, aku tak suka panas.
Tapi apa jaminan untuk aku, kau dan mereka yang kau bakal selamat dari api neraka, walaupun kau laksanakan dengan sempurna semua perintah-Nya.?
Tiada langsung jaminan.
Kerana,
Masuk syurga atau neraka adalah hak yang Maha Berkuasa.