Dua kosong satu satu, I wonder almost fifteen year, Junaidah guru matematik pertama mungkih telah lama bersara dan sedang menunggu kelahiran cucu pertama mungkin, anak perempuan pertamanya seusia dengan aku. Cikgu pertama yang memberi ganjaran aiskrim vanilla pada aku satu masa dulu. Murni cikgu Bahasa Inggeris pertama yang sentiasa menjulang nama aku kerana penguasaan bahasa yang lebih baik dari mereka yang lain.
Shahril guru muzik yang pertama, yang pernah memberi ketukan keras pada kepala aku dengan rekorder dengan tuduhan tak berasas, tidak fokus pada tiupan rekorder dan jeda muziknya. Dan aku yakin dia tidak lagi mendaftar kewujudan aku pada sisi hidupnya.
Rahman, guru geografi merangkap komandan unit beruniform pada waktu itu. Pernah memberi kepercayaan dengan melantik aku sebagai ketua jurulatih dan komandan kawat kaki gabungan unit beruniform setiap kali wakil rakyat menampilkan muka setiap kali pilihanraya hampir tiba. Dia juga memberi pengisian agama memandang pada kejahilan aku pada waktu itu.
Zainuddin Abdullah, guru sains yang sentiasa dan kekal mendaftar aku pada sisi hidupnya hingga kini. memberi tugasan tugasan sukar mekanikal dan teknikal. Menyelengara mesin mesin elektrik di sekolah dahulu. Satu-satunya guru yang memberi kebenaran mutlak pada aku untuk keluar dari sekolah pada waktu rehat. Om to peer, peer to peer, High and low inpedance, injectors, frekuensi yang tidak lepas dari dari lidah miliknya. Selalu membawa aku bersama bila menyelengara peralatan teknikal di sekolah lain, tidak ketinggalan pacuan antik merah miliknya.
Dua kosong satu satu, Aziz shafie antara pensyarah bengis yang ditakuti di jabatan aku. Ironinya dia adalah pemantau bagi penulisan karya agung aku. Bekas Kapten angkatan tentera, selalu menggunakan kelebihan fizikal kepada pelajar bermasalah, kerap melakukan penyiksaan psikologi. Menundukkan setiap kepala pelajar dengan renungan tajam. Dan aku yakin ramai yang mengalirkan air mata bila diherdik, rata ratanya pelajar perempuan. " Saya ambil kamu dibawah penyelian saya kerana saya lebih yakin dengan daya pemikiran kamu" kata kata semangat bila mana aku hampir kehilangan idea untuk menganalisis setiap variable yang ada. Yang nyata-nya, aku hampir mengalirkan air mata bila mana aku selesai menyudahkan ribuan aturan nombor yang menyulitkan.
Dua kosong satu satu, almost fifteen year, aku gusar apa yang telah terjadi pada mereka. bila aku sambut gulungan sijil nanti, jika nyawa masih bersarung jasad ingin sekali aku menemui mereka terutama Zainuddin dan Aziz, Jabat tangan-nya, renung mata-nya dan ucap pada-nya, terima kasih cikgu.