Hari berlalu, kepingan kepingan puzzle mulai gugur satu demi satu, dan aku mula mengutip satu demi satu deraian puzzle dan cuba mencantumnya kembali. Semakin gagah aku cuba melupakan, semakin layu dia dalam ingatanku, gaya liriknya, gaya senyumnya, gaya tawanya, cara duduknya dan bau rambutnya, semua semakin kabur. Aku masih lagi tidak mampu mengiyakan kenyataan bahawa aku bukan lagi menjadi milik kepada senyumnya, tawanya dan etc etc. Kau takkan pernah faham tentang puzzle puzzle dalam diri ini.
Kalau aku cuba mengharapkan reaksi positif, memang takkan pernah aku mendengarnya, atau mendengar baris baris perkataan I'll try to fix it, itu cuma terlintas dalam kapsul tengkorak kau dan tidak mungkin cuba kau laksanakan. Dan aku jantan cengkung, selamanya tidak akan memiliki lirik kening dan anak mata kau. dan sememangnya aku amat memahami bahawa kau, sedang membina tembok tinggi dalam memahami erti sebenar. Aku sanggup membida harga tertinggi dalam untuk memiliki jiwa yang melengkapi dan membebaskan kau dari jiwa jiwa yang pura pura memahami. *sigh
Bertemankan kafein yang telah meresap ke dalam pembuluh darah, aku sudah tidak punya kondisi untuk menulis lagi. Outside, siang telah mula memamah malam, dan ianya berubah setiap hari, but here it never changed dan aku mahu kau benar benar memahami.
Dan aku selalunya dikhianati perasaan sendiri. . Aku sudah tidak punya kewarasan akal lagi, dan kalau boleh aku tidak mahu mati dan hidup kembali. Mati hidup kembali berkali kali. Itupun kalau kau faham. Ohh lupa, aku tidak punya idea lagi.
#Mungkin hidup ini hanya perlu bertahan#