Assalamualaikum Brader..
Aku tulis note  ni, aku  harap kau baca. Aku takda niat nak stalk hidup kau, aku harap  lepas kau  baca surat berhantu aku, aku harap kau sedar. Aku hidup lebih  dulu dari  kau. Itu tak bermaksud aku lebih pandai dari kau. Tapi  sebelum kau mati  sebagai anak derhaka. Aku rasa layak untuk aku karang  note ini, aku  malas nak tegur kau depan - depan nanti kau tarik muka  dengan aku. Kalau  kau tarik muka mulalah aku rasa nak pijak - pijak  kau.
Ok.  Kau dah sedar.? Belum lagi.? Ok  aku sambung lagi, kau tahu tak berapa  susah mak ayah kau kat kampung  tu, berapa susah mereka cari duit untuk  sara hidup kau kat sini. buat  kerja - kerja buruh, kerja kasar, pakai  koyak koyak. Takda hati nak  beli baju baru sebab nak sara hidup kau kat  sini. Takda duit nak pergi  Mekah, Korek duit sana sini untuk sara kau,  minta dari adik beradik  kau, sedara mara kau, atuk nenek kau, jiran  jiran kau. Kau pula.!  Enjoy.! tak ingat keluarga, tak ingat tuhan,  hanyut dengan duniawi  Kuala Lumpur. Ok, aku tahu seribu alasan yang akan  kau akan katakan,  Hey, kau sedar tak ni. Kau nak kata kau "broken  family" sejauh mana  broken kau berbanding orang lain. Elok pula orang  lain yang jauh lebih  broken dari kau. Boleh maju, boleh capai cita -  cita, boleh bagi ijazah  dekat mak ayah kat kampung.
Babi.!  Kau  sedar tak nie. Kau sedar tak, aku taknak layan cerita cerita karut  kau  tentang mak ayah kau, sanggup kau gadaikan maruah mak kau, kau kata  mak  kau ambik duit kau buat shopping gila babi. Kau nak aku percaya tu   semua. Aku tak bodoh dan kami tak bodoh untuk mempercayai cerita cerita   karut kau. Ada kau call mak ayah kau kat kampung hari hari, ada,? Ada   call seminggu sekali.? Ada.? Tak kan. Kau tak call kan. Kau call pun   bila kau takda duit. Takda not not hijau untuk kau belanjakan.
Celaka.!   Kau dah sedar belum.? Oww masih leka diulit gadis.? Sejauh mana kau   mampu pergi dengan gadis gadis pilihan kau tu. Ada sampai ke jinjang   pelamin.? Tak kan. Paling kuat boleh tahan sebulan, duit kau pula ribu   ribu habis kat gadis gadis kau. Ratus ratus habis kat topup. Ada kau   fikir mak ayah masa kau dapat duit. Ada kau kisah kakak abang dan adik   kau banting tulang kat kampung tu semata nak biaya perbelanjaan maksiat   kau kat Kuala Lumpur nie. Duit yang mak ayah abang adik kakak kau  kumpul  untuk hantar mak ayah pergi Mekah, kau tolong habiskan..
.....
Brader..   Sedarlah, aku nak tanya kau, dalam sujud kau, ada kau doakan mak ayah   kau.? Aku bagi jawapan bagi pihak kau. "tak aku tak pernah doakan sebab   aku tak sujud mengadap tuhan" - Kau lupa doa mandi wajib ke.? Aku  boleh  ajarkan, cuma kau kena ada kekuatan untuk terus terang dengan  aku.  Brader, aku bukan kasyaf, aku bukan dapat menerobos hati hati  korup  seperti kau, hati hati gelap seperti kau, kau tahu mana aku tahu  pasal  keluarga kau. Aku bukan duduk kat Kuala Lumpur ni aku kenal orang  sini  je. Kau silap.! Dari johor sampai ke perlis membawa ke sabah  sarawak,  kalimantan dan sumatera, semua ada kaki. Jadi, hentikanlah  penipuan kau.  Hentikanlah.!
......
Kau tahu  apa kakak kau cakap dengan  aku, " akak nak tengok dia berjaya, ada  ijazah, bukan jadi macam nie,  habiskan harta mak ayah, buat mak ayah  akak susah hati, sedih, kalaulah  dia sedar".- Aku jawab dengan jawapan  yang kurang jujur, isyaallah dia  berubah. Mana aku jumpa kakak kau,  jangan tanya. Kau nak suruh aku faham  perasaan kau.? Apa gila aku nak  faham hati budi orang macam. Dah aku  nak makan sarapan kat pelita tu
...
Siapa kata masuk syurga itu mudah.
Syurga meminta tebusan yang sangat mahal.
Kesedaran yang tinggi dan amal yang besar.
Keberanian yang tak kenal gentar.
Selebihnya syurga meminta ketakutan.
Dan Cinta kepada tuhan.
Dan   Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada  dua orang   ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah  yang   bertambah-tambah, dan menydukungmu dalam dua tahun. Bersyukurlah    kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Ku-lah    kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersatukan dengan Aku    sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu    mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan    ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya    kepada-Ku-lah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu    kerjakan". (QS. Al-Lukman: 14--15)