Seperti menyeret beban yang luahan yang tak mahu luntur, menghadap   perceptibility dengan jiwa yang seakan diikat ladung pemberat penafian   kebenaran, memikul ketulan ketulan daging yang di belenggu dosa dosa   kelmarin dan dengan setiap oksigen yang diuraikan, jantung meretak   dengarn rasa rasa pedih anti kehidupan.
Aku  memandang  ruang ruang putih yang terhampar didepan mata, jari jemari  laju mengukir  gukir keyboard cuba menyambung huruf huruf yang dapat  meng -exist- kan  maksud yang tak dapat diluah oleh mulut. Ternyata  tiada apa yang dapat  ku muntah kan melainkan berterusan dipanah silau.
Setiap   kali ada kata yang terluah, setiap kali itu juga timbul penyesalan dan   setiap kali ada penyesalan terus hancur sgala yang aku mulakan.
............
Aku   kumpul sisa sisa keras hati, aku tahan segala kemelut dalam diri,  aku   tak mahu menjadi kepingan kepingan protein yang pecah berkecai dimamah   maggot. Jika  sekiranya Soekarno masih hidup mungkin aku menjadi anak   muridnya,  bagaiman dia berjaya menimbulkan konfrontasi dan mati dalam   ego  setinggi gunung.
Fikir..
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Selamatkah kita  di tangan dalang wayang itu
Selamatkah kita di tangan ahli koporat  itu
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Selamatkah  kita di tangan pakar kitab itu
Selamatkah kita di tangan Tuhan-Tuhan  itu
Panggil mereka pulang, ayah nak ajar, tentang kurang ajar
Jadi mereka  takkan dimomok lagi
...................................
Itu pun kalau kau faham apa yang aku cuba katakan wahai pembaca pembaca hantu.