Bersandar di satu sudut, di ruang sempit, mencongak semula pertemuan aku dengan dia, ya dia, Lelaki berwajah berwajah bersih, berjubah putih, berketayap putih lembik dengan wajah bercahaya dan berjanggut panjang, di gerai cendol tadi. "god is great, God is great" Kata dia. You are the lucky guy here, This place everyday full with crowd, but now it's only you and me here. You and me. It's good to have quality time to think about ourself, to think about Almighty kata lelaki tersebut tanpa aku mengerti apa yang di maksudkan.
You know you are my special one, you are very lucky guy, out of thousands people out there you are Almighty guest here. Aku senyum mengiya tidak, mengangguk pun tidak. Life is short, dont waste it, go back make God happy, Pray to him, praise to him, thinks about him before doing thinks, i'm sure, He always on your side. Dengan intonansi pelik, aku tersentap, dia mengukir senyuman tenang.
Dia bercerita semua tentang kebesaran tuhan, mukjizat, keagungan, keajaiban, dunia akhir zaman, aku hanya mendengar, telinga aku tadahkan, dengan fikiran menerawang jauh mengukir susuk tubuh seseorang untuk di abadikan. Aku tunduk, senyum dan bangkit semula kekuatan. Stop thinking about that, if it's yours, Allah will keep it just for you, believe me, you do all things, you stand on what you believe, He proud with you He proud with you, it's hard to find someone like you. You know something, He will take everyone He loves before this world ends, before all things in this world changes to dust, Sambil memegang lutut aku. Lelaki ini terlalu kasyaf, mudah sahaja menerobos masuk kedalam sarang sarang sanubari aku.
Now, whats you need to do, stop thinking about world, your praise for other, your parents, god will guide them, don't worry, now whats you need start prays for yourself, you never do somethings just for your own. Now is a good time,
..........
Satu petang, Rest Riang Riang.
Aku menceritakan apa yang berlaku pada dua mahkluk, Jin dan Malaikat.
Jin, aku rasa dah sampai masa kau balik ke pangkal jalan. Betul tu, dah sampai masa dah, mungkin hanya tinggal 10 jumaat, kata malaikat. Aku pintas, ini bukan main main, sedap rasa tafsir kata orang tua ketayap lembik itu, dia tak cakap aku nak mati dalam waktu terdekat.
Habis hang nak tafsir macam mana, itu yang paling mudah, paling senang, ayat ayat orang tua tu berbaur kematian, Malaikat kata. Jin, dah sampai masa kau start tulis wasiat, blackberry ni kau bagi aku, kuda putih pun bagi sekali, takpa kawan punya pasal dalam van jenazah kang aku teman sampai kanpung kau. Malaikat, van tu aku yang drive, aku pasang lagu lagu pebret hang, orait.?
Aku jawab, habis kalau separuh jalan, aku bangun minta berhenti dekat BHP macam mana.?
Jin dan Malaikat tahan perut mengekek ketawa.
............
Mulut ku seperti longkang, dahi ku penuh dengan kedut kedut rungsing, aku dibutakan dengan kuasa kuasa kapitalis, dan sebelum virus virus dunia mengjangkiti keupayaan kubikel kubikel akal, sebelum rasa rasa ini di telan hangus api kesombongan, hanya satu yang ingin aku perkatakan 'aku ingin pulang"
Ying dan yang, hitam dan putih, malam dan siang, pretty dan ugly, api dan air, melayu dan cina, plastik dan kaca, hidup dan mati, syurga dan neraka. Setiap yang terjadi berpasang - pasang. Dan aku sentiasa terfikir menjadi helaian helaian protein yang di mamah maggot di dalam kubur nanti. Ingatlah selama mana kau teguh berdiri, satu hari kau akan terperosok masuk ke dalam bumi.
...
Dan untuk kau, betapa aku mahu katakan pada kau, di antara ruang dan masa, serta isi isi yang memenuhi ruang angkasa, aku tidak sesekali mencari sebab, reason atau punca untuk putus harapan. Maafkan aku, aku mungkin terlalu mencemburui, fragile dan terlalu takut dengan kenyataan yang bakal menghujani jalan hidup seterusnya.
Percayalah, tapi disini ( tunjuk kepala) dan sini ( tekap dada ) they’re always about you. Sentiasa.
It’s all you.
Perpetually.